- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Caroline Redmon. (12 Jun 2019). Plant’s Response to Being Eaten is Very Similar
to Our Response to Pain, Researchers Prove. All That Interesting.
https://allthatsinteresting.com/plants-defense-mechanism
https://allthatsinteresting.com/plants-defense-mechanism
Penterjemah:
Khairul Asraf Shah Nizamuddin
Apabila manusia berasa
terancam, respons lari-atau-lawan akan dibangkitkan dan ternyata, hal ini turut
berlaku pada tumbuhan juga.
Video baru yang dirakam
oleh pengkaji bakal mengubah cara pandang orang ramai terhadap tumbuh-tumbuhan.
Sebuah kajian Universiti
Wisconsin-Madison yang diterbitkan pada 14hb September di dalam Science telah
menunjukkan bahawa apabila sebatang pokok tercedera, ia akan merembeskan
isyarat seperti sistem saraf ke seluruh bahagian mereka – satu isyarat yang
serupa dengan tindak balas rasa sakit yang dijumpai di dalam manusia dan haiwan
lain.
Apabila seorang manusia
tercedera, sel deria di dalam badan kita akan mengarahkan sistem saraf kita
untuk merembeskan pengutus saraf (neurotransmiter) glutamate. Hal
ini akan merangsang sebahagian otak kita untuk merembeskan adrenalin di mana
adrenalin inilah yang akan memulakan respons lari atau lawan.
Rakaman di dalam kajian saintis
ini menunjukkan seekor ulat beluncas sedang memakan sebatang tumbuhan dan
tindak balas lanjut tumbuhan itu.
Tumbuh-tumbuhan tidak
mempunyai neurotransmiter kerana mempunyai kekurangan sistem saraf namun mereka
masih mempunyai glutamate. Di dalam video ini, sebatang pokok telah
digigit oleh seekor ulat beluncas lalu ia merembeskan glutamate di
tempat gigitan. Hal ini akan mengaktifkan rangsangan kalsium untuk meluru ke
setiap bahagian tumbuhan. Seterusnya ia akan mencetuskan perembesan hormon
tekanan (stres) oleh tumbuhan.
Buat pertama kalinya,
video yang menakjubkan ini menunjukkan betapa lajunya tindak balas tumbuhan
bertalun di seluruh anggota tumbuhan. Mengikut kenyataan daripada Universiti
Wisconsin-Madison, ia mengambil masa kurang daripada dua minit bagi isyarat itu
untuk tiba di setiap penghujung tumbuhan dengan kelajuan satu milimeter sesaat.
Sebaik sahaja isyarat itu diterima sepenuhnya, ia mula menyedari bahawa ia
sedang diancam dan boleh memberi tindak balas yang sepatutnya terhadap ancaman
tersebut.
Saintis telah lama
menyedari akan tindak balas tumbuhan ini namun tidak pernah berupaya untuk merakamkan
fenomena ini atau memahami punca ia berlaku.
“Kami mengetahui bahawa
jika anda melukakan sehelai daun, anda akan menghasilkan cas elektrik dan anda
boleh melihat penyebarannya merentas tumbuhan tersebut,” kata Simon Gilroy dan
salah-seorang penulis artikel. Simon Gilroy merupakan seorang professor di
Universiti Wisconsin-Madison turut menyatakan, “Namun kami tidak mengetahui
mekanisme sistem tersebut.”
Para pengkaji telah
melakukan ubah suai secara genetik terhadap tumbuhan tersebut dengan menjadikan
protein bercahaya terang apabila berdekatan dengan kalsium. Ini supaya kita
dapat melihat apa yang terjadi di dalam tumbuhan apabila mereka terancam. Ini
juga membenarkan mereka melihat rangsangan kalsium yang mengalir di dalam
tumbuhan selepas ia dicederakan.
Pengkaji telah menggunakan gigitan ulat beluncas, guntingan gunting, dan cedera dilenyekkan sebagai cara mencederakan tumbuhan dan mencetuskan tindak balas glutamate. Sebaik sahaja tindak balas amaran oleh tumbuhan dikeluarkan ke seluruh anggotanya, daun-daun akan mula merembeskan hormon-hormon berkaitan pertahanan diri bagi melindungi mereka daripada sebarang serangan yang akan melanda.
Hormon-hormon
pertahanan ini dirembeskan termasuklah bahan kimia yang akan memulakan proses
pembaikpulihan di samping bahan kimia yang memualkan bagi menghalau pemangsa
yang lain.
Tindak balas tumbuhan
ini terhadap kecederaan bukan sama seperti respons lari atau lawan manusia atau
haiwan lain. Namun ia merupakan cara mereka yang tersendiri.
“JIka anda ialah seekor
haiwan, berdepan dengan dunia pada satu-satu tahap adalah lebih jelas dan mudah
secara relatifnya kerana anda tidaklah begitu tahu apa yang terjadi,” beritahu
Gilroy kepada Forbes. “Apa yang anda perlu tahu adalah kalau-kalau ada perkara
buruk yang terjadi dan anda akan berasa, ‘Oh, Oh, rasa tak sedap hati. Saya
tidak pasti apa yang terjadi namun saya akan beredar. Bergerak bebas memberikan
anda suatu jalan ‘keluar’ yang hebat, jalan yang tidak memerlukan persediaan
yang canggih. Tetapi tidak sama sekali buat tumbuh-tumbuhan, ia tidak mempunyai
kelebihan tersebut.”
Jadi tumbuhan mungkin
tidak berasa sakit sepertimana manusia rasakan namun penemuan baru ini
menunjukkan bahawa mereka bertindak-balas kepada kecederaan dan serangan di
dalam cara yang hampir serupa tetapi mengagumkan.
Kelak jika anda duduk
dan ingin menikmati sehidangan ulaman yang baik, cubalah supaya tidak
memikirkan kesemua glutamate yang dihasikan oleh ulaman tersebut (akibat
dimakan).
- Get link
- X
- Other Apps
