Penterjemah: Amir Zayyanid
Pada tahun 1127 Masehi,
penguasaan Dinasti Song (960-1279 M) di wilayah utara China mula luntur sekali
gus kehilangan akses ke Laluan Sutera dan rantau Parsi yang kaya. Selepas
menggu.lingkan Dinasti Song dan menabalkan dirinya sebagai maharaja China pada
tahun 1279 M, Kublai Khan memerintahkan supaya jutaan pokok ditanam dan
gudang-gudang kapal dibina.
Beliau jugalah yang
bertanggungjawab memberangkatkan armada ribuan kapal ke Jepun, Vietnam, dan Tanah Jawa. Walaupun se.rangan laut
tersebut tidak membuahkan hasil, ia setidak-tidaknya mengukuhkan dominasi China
ke atas laluan-laluan laut di perairan Jepun hingga ke Asia Tenggara. Bahkan,
Monggol secara tidak langsung membenihkan kemekaran dalam sektor perdagangan
maritim di rantau tersebut.
Bagaimanapun, keadaan mereka di atas daratan juga tidak lebih baik. Selepas mengharungi dekad demi dekad yang dipenuhi pembe.ron.takan, Dinasti Yuan akhirnya tum.bang pada tahun 1368 dan digantikan oleh Dinasti Ming yang memerintah sehingga tahun 1644.
![]() |
Laluan
yang ditempuhi Armada Khazanah |
Pengasas Ming, iaitu
Maharaja Hongwu sendiri memerintah sehingga tahun 1398, dengan beliau mempunyai
kecenderungan terhadap dasar hubungan antarabangsa. Justeru, beliau menghantar
ramai utusan ke serata negara vassal seperti Kemboja. Korea, Vietnam, Filipina,
dan Brunei. Dasar ini turut bertujuan memastikan kepentingan mereka tidak jatuh
ke tangan orang-orang perseorangan.
Yongle, maharaja ketiga
Ming, menambah baik lagi dasar Hongwu dengan mengha.ramkan perdagangan laut
milik orang perseorangan di samping meneguhkan lagi pengaruh China di Laut
China Selatan dan Laut Hindia.
Tempoh awal
pemerintahannya menyaksikan Vietnam ditak.luk dan Kesultanan Melaka ditubuhkan
sebagai penjaga titik masuk ke India – lokasi strategik menurut kepentingan
China. Justeru, Yongle berhasrat untuk menghimpunkan sebuah armada gergasi
untuk menguasai perairan-perairan yang dapat menghubungkan China dengan Asia
Tenggara dan India. Untuk tujuan tersebut, beliau melantik sida kanannya, Zheng
He sebagai kepala rombongan.
KEHIDUPAN AWAL ZHENG HE
Zheng He dilahirkan
pada tahun 1371. Nama sebenarnya ialah Ma He dan beliau berasal dari sebuah
keluarga Hui (China Muslim) yang menetap di Wilayah Yunnan – wilayah Monggol
terakhir di China.
Nama keluarga beliau,
iaitu Ma, dipercayai merujuk kepada nama junjungan Nabi Muhammad SAW. Justeru,
usia muda Ma He banyak dipengaruhi oleh gaya hidup Islami, termasuklah dalam
hal pemakanan. Pemakaian etnik Hui juga berbeza berbanding etnik Han, di mana
kaum lelaki mereka biasa mengenakan taqiyah (kopiah putih) dan kaum
wanitanya pula menutup kepala.
Sewaktu Ma He berusia 10 tahun, iaitu pada tahun 1381, wilayah Yunnan dire.but oleh Dinasti Ming. Bapa Ma He terkor.ban dalam salah sebuah pertem.puran yang tercetus. Ma He sendiri tertang.kap bersama beberapa kanak-kanak lain. Sebagaimana yang lazim menimpa ta.wanan pe.rang di China, Ma He dika.si dan dikerah berkhidmat di istana Ming.
![]() |
Zheng He memulakan perlayaran pertamanya pada usia 31 tahun, pada tahun 1402 M |
Dalam sejarah China,
sida adalah satu-satunya kaum lelaki bukan-kerabat yang dibenarkan untuk berada
dalam istana. Pada zaman Dinasti Ming, terdapat 100,000 orang sida yang
berkhidmat di istana. Angka tersebut berkurangan sehingga 70,000 orang pada
penghujung era Dinasti Ming.
Sida-sida tidak hanya
diambil dalam kalangan ta.ha.nan pe.rang sahaja. Ada juga yang sukarela membuang
alat ke.la.min demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik di istana. Mereka selalunya
berasal dari keluarga miskin yang tidak mampu melunaskan hutang, justeru dika.si
dan dijual kepada istana.
Jika dilihat daripada
sudut hu.ku.man, kasi disenaraikan sebagai salah satu dari Lima Hu.k.uman (wǔ
xíng). Lima Hu.k.uman tersebut adalah Mo (ditatu pada muka atau dahi dengan
dakwat kekal), Yi (hidung dike.rat tanpa diberikan pelali), Yue (kaki kiri atau
kanan atau kedua-duanya diku.dungkan), Gong (alat ke.la.min dibuang dan dihukum
berkhidmat sebagai sida) dan Dà Pì (hu.ku.man ma.ti, sama ada dengan tubuh
dike.rat, direbus hidup-hidup, kepala dipeng.gal, kulit disi.at, atau sebagainya).
MA HE DI ISTANA ZHU DHI
Pada tahun 1390, Ma He
mula dikenali sebagai pegawai muda yang berketerampilan. Beliau kemudian
diperintahkan untuk berkhidmat di istana Zhu Di yang sebelas tahun lebih tua
berbandingnya. Ketika itu, Ma He masih berusia 19 tahun.
Sepanjang dekad berikutnya, Ma He diberikan latihan keten.teraan dan dilantik sebagai pembantu dan penasihat kepercayaan Zhu Di. Beliau juga bertugas sebagai pengawal peribadinya dalam beberapa pertem.puran mene.ntang Monggol.
![]() |
Kapal terbesar dalam Armada Khazanah bersaiz lebih 300 kaki dan mempunyai ruang khusus untuk menanam tumbuhan |
Pada tahun 1402, Zhu Di
merampas takhta dari anak saudaranya dan menabalkan diri sebagai MaharajaYongle
(1402-1424). Ma He pula dilantik sebagai Ketua Sida. Ketika itulah namanya
diubah menjadi Zheng He. Menurut catatan, Zheng merupakan nama kuda pe.rang
kegemaran Yongle. Justeru, pemberian nama Zheng He secara tidak langsung
mengisyaratkan betapa tingginya kedudukan Ma He di sisi Yongle.
Sebagai Ketua Sida, Ma
He bertanggungjawab ke atas pembinaan dan penyelenggaraan kompleks istana.
Beliau juga diberikan pendedahan dalam hal persen.jataan dan pembinaan kapal.
Pendedahan tersebut amat penting bagi kariernya kelak.
Hal ini kerana pada
tahun berikutnya (1403), Zhu Di memulakan pembinaan Armada Khazanah yang bakal
merentasi Laut China Selatan dan Laut Hindi. Ketua armada merangkap ketua duta
yang mewakili dirinya, tidak lain ialah Ma He sendiri.
ZHENG HE MENGETUAI
ARMADA KHAZANAH
Perlayaran Zheng He
boleh dibahagikan kepada dua fasa; iaitu tiga perlayaran awal dan perlayaran
ke-4 hingga ke-7. Matlamat perlayaran fasa pertama adalah untuk menjamin
kekuasaan maharaja dan memperagakan kekuatan serta kekayaan China. Matlamat
perlayaran fasa kedua pula adalah untuk menjalinkan hubungan antarabangsa
dengan kerajaan-kerajaan lain, di samping melaksanakan dasar peruftian yang
dikembalikan oleh Maharaja Yongle.
Walaupun
perlayaran-perlayaran tersebut diperintahkan sendiri oleh maharaja, tidak semua
pegawai istana memberikan kata setuju. Ketika itu, Istana Ming terbahagi kepada
beberapa faksi. Faksi paling utama ialah faksi yang pro terhadap dasar
perluasan dan faksi yang cenderung terhadap Konfusianisme.
Faksi pertama menyokong ekspedisi maritim yang bakal dikepalai oleh Zheng He, sementara faksi kedua pula menyerukan penjimatan harta empayar. Zheng He bagaimanapun tetap meneruskan perlayaran pertamanya atas perintah Yongle.
![]() |
Perlayaran Armada Khazanah bertujuan memperagakan kekuatan dan kekayaan China, di samping memeterai hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan asing |
Armada Khazanah
pimpinan Zheng He ini melibatkan 208 buah kapal dan 27,800 orang anak kapal,
termasuklah 180 orang pegawai kesihatan, penterjemah, artisan, dan karyawan. Awak-awaknya
ramai diambil dari kalangan bekas ban.duan yang rela menebus kehidupan di atas
lautan berbanding di pen.jara, di mana mereka ini dijanjikan pengampunan sesudah
pulang.
Zheng He memulakan perlayaran
pertamanya pada bulan Julai 1405. Mereka berangkat dari Pelabuhan Liujiagan di
Taicang dan singgah di beberapa tempat seperti Vietnam, Jawa, Sumatera, Melaka,
dan seterusnya ke Cochin dan Calicut.
Sepanjang perlayaran
tersebut, Zheng He memeterai hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan asing bagi
pihak China di samping menggiatkan aktiviti perdagangan rempah-ratus dan
komoditi-komoditi lain. Perlayaran pertamanya ini berakhir pada tahun 1407 dan
untuk 28 tahun berikutnya, Zheng He terus mengabadikan hidupnya sebagai
laksamana dan ketua duta Ming di atas Armada Khazanah.
RUJUKAN
Martini Fisher. (18 September 2020). Zheng He, The Eunuch Who Became A Ming
Dynasty Admiral. Ancient Origins.
https://members.ancient-origins.net/articles/zheng-he