- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Masalah-masalah yang dihadapi oleh Seleucus II tidak hanya terhad kepada ancaman di wilayah-wilayah timur. Di barat, Perang Syria Ketiga meletus pada tahun 246SM. Selain itu, adik Seleucus yang bercita-cita tinggi, Antiochus Hierax menuntut pemerintahan di Asia Kecil. Berikutan beliau sedang sibuk berperang dengan Empayar Ptolemy, Seleucus II tiada pilihan lain selain akur kepada tuntutan adiknya itu.
Pada penghujung Perang Syria Ketiga iaitu sekitar 241SM, Seleucus II cuba merebut semula Asia Kecil. Lantaran itu, perang saudara pun tercetus di antara dua beradik itu. Antiochus berjaya mempertahankan wilayahnya setelah menewaskan Seleucus dalam Pertempuran Ancyra sekitar tahun 239SM. Tidak lama kemudian, Seleucus terpaksa berundur dari Asia Kecil untuk menangani masalah di timur pula, sekaligus meninggalkan Antiochus dalam keadaan yang semakin selamat.
Wu Mingren. (19 September 2019). The Rise and Demise of the Seleucid Empire.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/seleucid-empire-0012599
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/seleucid-empire-0012599
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Empayar Seleucid
merupakan sebuah kuasa yang wujud pada rentang waktu antara kurun ke-4 hingga
kurun pertama Sebelum Masehi. Empayar ini ditubuhkan oleh Seleucus I Nicator
(bermaksud ‘si juara’ atau ‘si penakluk’), salah seorang diadochi atau
penyambung legasi Alexander Yang Agung. Seleucus meraih kekuasaan ke atas
wilayah-wilayah di timur dan empayarnya merupakan antara yang terbesar di
antara kesemua empayar penyambung legasi Empayar Macedonia. Pada masa-masa
kemuncaknya, keluasan Empayar Seleucid terbentang luas dari Thrace di barat
hingga ke India di timur.
Apapun, saiznya yang
besar itu di samping menjadi kekuatannya, ia juga merupakan kelemahannya
rentetan sukar buat mereka untuk mengawal wilayahw-wilayah yang luas. Seleucid
seringkali berperang dengan pengganti-pengganti Alexander yang lain, terutama
sekali Empayar Ptolemy. Namun pada akhirnya, mereka saling tidak dapat
mengatasi antara satu sama lain dan bangsa Rom pula yang muncul sebagai juara
yang menundukkan kedua-dua empayar berkenaan.
KRISIS PEWARISAN TAKHTA
EMPAYAR MACEDONIA
Pada 10 atau 11 Jun 323
Sebelum Masehi, Alexander Agung meninggal dunia di Babylon. Memandangkan beliau
mangkat tanpa meninggalkan pewaris yang dewasa, Empayar Macedonia berhadapan
dengan krisis pewarisan kuasa.
![]() |
| Sebuah catatan Babylonia yang merekodkan kemangkatan Alexander Agung |
Dua calon yang dianggap
paling layak untuk menggantikan Alexander adalah abang tirinya, Philip III
Arrhidaeus dan puteranya bersama Roxana, iaitu Alexander IV. Bagi kedua-dua
calon ini, wakil pemerintah diperlukan memandangkan Alexander IV masih belum
cukup umur manakala Philip III pula mempunyai kekurangan dari segi mental di
samping menghidap penyakit sawan.
Pada masa kemangkatan
Alexander, salah seorang lelaki yang paling berkuasa di dalam empayarnya adalah
Perdiccas, seorang chiliarchos (bermaksud ‘panglima seribu tentera)
merangkap Panglima Kavalri Pengawal Peribadi. Selain itu, Perddicas juga
merupakan orang yang diberikan oleh Alexander cincin peribadinya sejurus
sebelum kemangkatannya. Hal ini seolah-olah mengisyaratkan bahawa beliau dilantik
sebagai wakil pemerintah.
Kebanyakan rakyat
Alexander menerima Perdiccas sebagai wakil pemerintah, walaupun kedudukannya dicabar
oleh Meleager, panglima pemimpin tentera infantri. Pada suatu tahap, keduanya
berjaya berbaik-baik. Pun begitu, tdiak lama kemudian Perddicas menyingkirkan
Meleager.
Namun, kedudukan
Perdiccas sebagai wakil pemerintah belum terjamin memandangkan beliau mempunyai
musuh-musuh yang kuat dari kalangan rakan-rakan diadochi yang lain di
samping pemberontakan yang meletus pantas. Salah seorang pemberontak tersebut
adalah Ptolemy I Soter, pengasas Dinasti Ptolemaic di Mesir.
Semasa membawa pasukan
tenteranya mara memerangi Ptolemy pada tahun 321/320SM, para pegawainya
berpaling tadah lantas Perdiccas pun dibunuh. Salah seorang pegawai tersebut
adalah Seleucus, yang telah menjawat kedudukan sebagai komander ulung Perdiccas
sejak tahun 323SM lagi. Rentetan kemangkatan Perdiccas itu, Empayar Macedonia
sekali lagi terdedah kepada konflik pewarisan takhta.
Seleucus kemudiannya
diberikan satrapy (hak penggabenoran) ke atas Babylon sebagai ganjaran
di atas peranan yang beliau mainkan semasa membunuh Perdiccas. Pada tahun
316SM, Seleucus melarikan diri ke istana Ptolemy demi menghindarkan diri dari
ditangkap oleh Antigonus Monophthalmus, seorang lagi diadochi. Beliau
terus menumpahkan khidmat untuk Ptolemy sehingga tahun 312SM, setelah
kedudukannya dijamin selamat berikutan kemenangan yang diraih oleh mereka dalam
Pertempuran Gaza.
![]() |
| Gambaran Pertempuran Gaza sebelum tertubuhnya Empayar Seleucid |
SEJARAH PENUBUHAN
EMPAYAR SELEUCID
Pada tahun yang sama,
Seleucus menakluk semula Babylon bersama sepasukan tentera yang kecil,
sekaligus menandakan bermulanya penubuhan Empayar Seleucid. Walaupun Antigonus
cuba mengusir Seleucus dari Babylon dengan menghantar salah seorang panglimanya
yang bernama Nicanor untuk menyerang dari arah timur manakala puteranya,
Demetrius untuk menyerang dari arah barat, gerakan ketenteraan ini tidak
berhasil meraih kejayaan.
Pada tahun-tahun
berikutnya, Seleucus memperkukuhkan kedudukannya dan menjelang tahun 305SM,
beliau menyandang gelaran basileus (raja). Sekitar waktu yang sama,
Empayar Seleucid pun mula berkembang dan menakluk wilayah-wilayah jiran di
timur sehingga ke sempadan India.
Di sana, kemaraan
Seleucus dihambat oleh Chandragupta Maurya, seorang lagi pembina empayar hebat
merangkap pengasas dinasti Maurya. Sebuah perjanjian damai termeterai antara
kedua-dua pemerintah itu di mana Seleucus membuat konsensi wilayah dengan
pertukaran sebanyak 500 ekor gajah. Selain itu, perjanjian tersebut juga
diperteguhkan lagi dengan jalinan hubungan perkahwinan di antara puteri
Seleucus dan putera Chandragupta.
![]() |
| Chandragupta Maurya menghiburkan pengantin dari Babylon, perkahwinan yang dipersetujui antara Empayar Seleucid dan Dinasti Maurya |
Di wilayah barat
empayarnya, Seleucus menyertai pakatan Ptolemy, Cassander dan Lysimachus yang
ditubuhkan dengan tujuan memerangi Antigonus dan Demetrius. Dalam Pertempuran
Ipsus yang berlangsung pada tahun 301SM, pasukan tentera Antigonus berjaya
ditewaskan oleh pakatan berkenaan.
Mereka kemudiannya
membahagi-bahagikan wilayah yang dirampas dan Seleucus meraih kekuasaan ke atas
Syria. Pada masa yang sama, Dinasti Ptolemy yang tidak mengambil bahagian dalam
pertempuran tersebut bertindak menguasai Coele Syria, iaitu wilayah paling
selatan di Syria. Walaupun Seleucus tidak menegaskan tuntutan pemilikan ke atas
daerah tersebut, kelak perkara ini bakal menjadi puncak konflik di antara
Empayar Seleucid dan Empayar Ptolemy.
Pada tahun 281SM,
Pertempuran Corupedium meletus, melibatkan pasukan tentera Seleucus dan pasukan
tentera Lysimachus. Lysimachus sendiri terkorban dalam pertempuran ini dan
wilayah miliknya diserap masuk ke dalam Empayar Seleucid.
Seleucus kini berada di
kemuncak kuasanya, memandangkan beliau menguasai hampir keseluruhan wilayah
yang pernah diperintah oleh Alexander, kecuali Mesir yang ketika itu dikuasai
oleh Empayar Ptolemy. Walau bagaimanapun, Seleucus tidak ditakdirkan untuk
memerintah keseluruhan wilayah Empayar Macedonia memandangkan beliau dibunuh
oleh Ptolemy Ceraunus, putera sulung Ptolemy yang mencari suaka perlindungan di
istana Seleucus tidak lama selepas kemenangan Seleucus ke atas Lysimachus.
PEWARISAN KUASA DAN
PEPERANGAN EMPAYAR SELEUCID
Kedudukan Seleucus
diambil-alih oleh puteranya, Antiochus I Soter yang memerintah sehingga tahun
261SM. Pada masa pemerintah beliau inilah berlakunya konflik pertama di antara
Empayar Seleucid dan Empayar Ptolemy dalam berebutkan wilayah Coele Syria.
Konflik ini merupakan yang pertama dari keseluruhan enam Perang Syria, yang
mula meletus pada tahun 274SM dan berakhir pada tahun 271SM dengan kemenangan
di pihak Ptolemaic. Di samping itu, Antiochus I Soter juga terpaksa berhadapan
dengan serangan Celtic di Anatolia (278SM). Kali ini, beliau berjaya
menanganinya dengan bergaya.
![]() |
| Antiochus dan Seleucus, Antiochus, putera Secleucus menggantikan sebagai pemerintah Empayar Seleucid |
Tiga orang pemerintah
Empayar Seleucid yang berikutnya adalah Antiochus II Theos (261-246SM), Seleucus
II (246-225SM) dan Seleucus III (222-223SM). Sepanjang tempoh ini, dua buah
peperangan (Perang Syria Kedua dan Ketiga) meletus dan Empayar Seleucid mula
mengalami keruduman setelah tamatnya pemerintahan Antiochus II.
Sekitar tahun 246SM,
Empayar Seleucid kehilangan banyak wilayahnya di kawasan timur. Dua orang
gabenor Seleucid, iaitu Diodotus dan Andragoras turut mengisytiharkan
kemerdekaan mereka pada masa-masa tersebut. Diodotus mentadbir Bactria dan
menubuhkan Kerajaan Graeco-Bactria manakala Andragoras pula merupakan gabenor
di Parthia.
Kerajaan Graeco-Bactria
bertahan sehingga kurun ke-2SM manakala Parthia pula ditakluk oleh Arsaces,
seorang ketua suku Parthia pada tahun 238SM. Arsaces kemudiannya mengasaskan
Dinasti Arsacid yang memerintah Empayar Parthia.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh Seleucus II tidak hanya terhad kepada ancaman di wilayah-wilayah timur. Di barat, Perang Syria Ketiga meletus pada tahun 246SM. Selain itu, adik Seleucus yang bercita-cita tinggi, Antiochus Hierax menuntut pemerintahan di Asia Kecil. Berikutan beliau sedang sibuk berperang dengan Empayar Ptolemy, Seleucus II tiada pilihan lain selain akur kepada tuntutan adiknya itu.
Pada penghujung Perang Syria Ketiga iaitu sekitar 241SM, Seleucus II cuba merebut semula Asia Kecil. Lantaran itu, perang saudara pun tercetus di antara dua beradik itu. Antiochus berjaya mempertahankan wilayahnya setelah menewaskan Seleucus dalam Pertempuran Ancyra sekitar tahun 239SM. Tidak lama kemudian, Seleucus terpaksa berundur dari Asia Kecil untuk menangani masalah di timur pula, sekaligus meninggalkan Antiochus dalam keadaan yang semakin selamat.
Nasib Empayar Seleucid
mula berubah berikutan kenaikan takhta Antiochus III Yang Agung pada tahun
223/222SM. Beliau merupakan putera kepada Seleucus II dan menggantikan
kedudukan saudaranya, Seleucus III. Pada permulaan pemerintahannya, Antiochus
terpaksa menangani para gabenornya yang memberontak. Di timur misalnya, gabenor
wilayah Media iaitu Molon mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Seleucid
dan menyandang gelaran raja.
![]() |
| Patung Antiochus III |
Antiochus III mara
bersama pasukan tenteranya untuk memerangi Molon dan berjaya menewaskannya pada
tahun 220SM. Dalam kempen tersebut, Antiochus III juga sempat menakluk bahagian
barat laut Media, iaitu Atropatene. Di Asia Kecil, seorang lagi panglima
yang bernama Achaeus memberontak setelah
menguasai wilayah-wilayah Seleucid yang jatuh ke tangan Attalids dari Pergamon.
Walau bagaimanapun,
Antiochus tidak segera bertindak-balas terhadap Achaeus memandangkan beliau
sedang terlibat dalam Perang Syria Keempat yang berpanjangan dari tahun 219
hingga 217SM. Dalam Pertempuran Raphia yang berlangsung pada tahun 217SM,
Antiochus III ditewaskan oleh pemerintah Empayar Ptolemy lantas sebuah
perjanjian damai pun dimeterai di antara kedua belah pihak. Selain menjalinkan
persekutuan dengan Attalus I dari Pergamon, Antiochus III pun berangkat untuk
memerangi Achaeus dan merebut semula Asia Kecil pada tahun 213SM.
Pada tahun-tahun
berikutnya, Antiochus III melancarkan kempen penaklukan semula wilayah timur
bagi merebut wilayah-wilayah yang dirampas di zaman pemerintahan ayahandanya.
Berikutan kejayaan kempen penaklukan timurnya itu, Antiochus sering disamakan
oleh masyarakat Yunani dengan Alexander Agung. Malah, mereka turut memberikan
gelaran ‘Agung’ kepada Antiochus III.
Semasa Antiochus III
pulang dari kempennya di timur pada tahun 205SM, berita Ptolemy IV yang jatuh
gering sampai ke pengetahuannya. Lantas, beliau pun menjalinkan persekutuan
dengan Philip V dari Macedon untuk melancarkan serangan ke atas Mesir. Ptolemy
IV mangkat pada tahun 204SM dan Perang Syria Kelima meletus pada tahun 202SM.
Menjelang tahun 195Sm, Empayar Seleucid berjaya meraih kekuasaan ke atas
wilayah selatan Syria di samping merampas wilayah jajahan Empayar Ptolemy di
Asia Kecil.
![]() |
| Empayar Seleucid pada tahun 200SM |
Setelah menewaskan
Empayar Ptolemy, Antiochus III mengalihkan tumpuannya ke barat pula. Walaupun
Seleucid telah pun menyeberangi Hellespont pada tahun 196SM, Thrace hanya
berjaya diserap masuk ke dalam empayar mereka dua tahun kemudian. Ketibaan
Empayar Seleucid di Eropah benar-benar mengancam kedudukan Rom.
Rom cuba menangani
keadaan dengan cara diplomasi menerusi penghantaran utusan demi utusan ke
istana Antiochus. Mereka menuntut agar Seleucids tidak mengganggu Eropah di
samping memerdekakan kesemua komuniti autonomi di Asia Kecil. Dalam erti kata
lain, Empayar Seleucid diminta agar menyerahkan semula kesemua wilayahnya di
barat. Permintaan ini sama sekali tidak diterima oleh Antiochus III. Ketegangan
di antara dua kuasa besar itu berlanjutan dan pada tahun 192SM, peperangan
meletus. Rom ketika itu menjalinkan persekutuan dengan Macedon, Rhodes,
Pergamon dan juga Liga Achaean.
Pada tahun 190SM,
Antiochus ditewaskan secara muktamad oleh pihak Rom dalam Pertempuran Magnesia.
Lantaran itu, beliau terpaksa menghentikan kesemua kempen penaklukannya di
Eropah dan Asia Kecil, terutama di kawasan barat Pergunungan Taurus. Selain
itu, beliau juga dituntut agar membayar pampasan perang berjumlah 15 000 talent
selama 12 tahun, menyerahkan gajah-gajah dan armada perang, di samping
memberikan tawanan perang termasuklah puteranya sendiri, iaitu Antiochus IV ke
bandar Rome.
Tiga tahun sesudah
Pertempuran Magnesia berlaku, Antiochus sekali lagi berada di timur. Beliau
mangkat dalam sebuah kempen serangan ke atas sebuah kuil Baal di Susa dalam
rangka menuntut ufti dari wilayah berkenaan.
Kedudukan Antiochus
digantikan oleh puteranya, Seleucus IV yang kebanyakan masa pemerintahannya
diluangkan untuk mengumpulkan wang yang cukup demi membayar pampasan perang.
Setelah pembunuhan Seleucus berlaku pada tahun 175SM, takhta dirampas oleh si
pembunuh yang bernama Heliodorus, Namun, beliau diberkas oleh adik Seleucus,
iaitu Antiochus IV.
![]() |
| Syiling menggambarkan Antiochus IV |
Empayar Ptolemy melihat
keadaan huru-hara sebegini sebagai peluang untuk mereka merebut semula wilayah
yang telah ditawan dari tangan mereka seperti Coele Syria, Palestin dan juga
Phoenicia. Rentetan itu, Perang Syria Keenam pun meletus pada tahun 170SM.
Antiochus IV
melancarkan serangan awal dengan menggempur Mesir. Pada tahun 169SM, seluruh
empayar Ptolemy digempur kecuali Alexandria yang telah pun dikuasai oleh
Seleucid. Namun, kemenangan tersebut tidak berpanjangan memandangkan pihak Rom
campur tangan pada tahun berikutnya. Menurut catatan yang diberikan oleh
sejarahwan Yunani yang bernama Polybius, Rom menghantar utusan yang bernama
Gaius Popillius Laenas untuk memberikan kata dua kepada Antiochus IV ketika
pemerintah Seleucid itu berada di Eleusis, pinggir bandar Alexandria.
Pihak Rom menuntut agar
Antiochus IV berundur dari Mesir dan Cyprus. Untuk itu, Antiochus IV meminta
sedikit masa untuk membuat pertimbangan. Merespon kepada permintaan tersebut,
Gaius Popillius mengambil tongkatnya dan melukiskan bulatan di tanah
mengelilingi Antiochus IV dan menyuruh raja tersebut agar memberikan keputusan
sebelum melangkah keluar dari bulatan berkenaan. Menyedari bahawa sekiranya
beliau enggan menuruti tuntutan Rom itu maka sebuah lagi peperangan akan
meletus, Antiochus IV pun terpaksa akur.
KEHANCURAN EMPAYAR
SELEUCID DARIPADA DALAM
Antiochus IV merupakan
seorang pengamal budaya Hellenistik yang agak tegar. Beliau juga mengukir nama
tersendiri kerana menyebarkan budaya dan institusi Yunani ke seluruh
empayarnya. Kesan mutahirnya, polisi yang dijalankan oleh Antiochus IV ini
membawanya ke kancah konflik dengan rakyat-rakyat Yahudi.
Toleransi rakyat Yahudi
berakhir apabila perintah untuk mendirikan sebuah altar buat Zeus Olympios di
Kuil Jerusalem serta perintah agar korban manusia dipersembahkan kepada raja
dewa itu dikeluarkan oleh Antiochus IV. Justeru pada tahun 167SM, sekumpulan
Yahudi yang dikenali sebagai Hasidean melancarkan perang gerila menentang
Empayar Seleucid dengan diketuai oleh Judas Maccabeus.
![]() |
| Pembinaan Tugu Zeus di Olympia yang didirikan di Kuil Jerusalem menyumbang kepada kejatuhan Empayar Seleucid |
Antiochus IV dan para
panglimanya tidak berupaya menangani
pemberontakan tersebut lantas pemerintahan Judaean pun ditubuhkan pada tahun
160SM. Tidak lama selepas berlakunya Pemberontakan Maccabean itu, Antiochus IV
melancarkan pula kempen memerangi Parthian yang mengancam sempadan timur
empayarnya. Pada kempen inilah, iaitu sekitar 164SM, Antiochus IV mangkat
akibat gering di Tabae, Persis.
Antiochus IV merupakan
pemerintah terakhir yang namanya dikenang dalam sejarah Empayar Seleucid.
Empayar tersebut mengalami kejatuhan lanjut pada dekad-dekad berikutnya.
Ketikamana perang saudara yang berlaku menghancurkan empayar daripada dalam,
ancaman daripada luar terutama daripada Empayar Parthian memburukkan lagi
keadaan. Pada tahun 141SM, Seleucia ditawan oleh Parthian dan menjelang 139SM,
kekuasaan ke atas Dataran Iran tumbang ke tangan musuh empayar Seleucid itu.
Pemerintahan Empayar
Seleucid berakhir pada tahun 83SM apabila Syria dikuasai oleh bangsa Armenia.
Namun pada tahun 69SM, Empayar Seleucid dipulihkan semula oleh pihak Rom dan
dijadikan sebagai wilayah penampan. Pun begitu, Seleucid ternyata menghadirkan
kesusahan lanjut kepada Rom justeru pada tahun 63SM, Syria diubah sepenuhnya
menjadi wilayah jajahan Rom oleh Pompey sekaligus menamatkan secara mutlak
penguasaan Empayar Seleucid.
SUMBER
- Gill, N. 2018. Seleucids and Their Dynasty.
- Jakobsson, J. 2004. Seleucid Empire (306-c.150BCE)
- Lendering, J. 2019. Antiochus II the Great.
- Lendering, J. 2019. Antiochus IV Epiphanes.
- Lendering, J. 2019. Seleucids.
- Lendering, J. 2019. Seleucid I Nicator.
- New World Encyclopedia. 2015. Seleucid Empire.
- Seibert, J. 2015. Seleucus I Nicator.
- Strootman, R. 2015. Seleucid Empire.
- The Editors of Encyclopedia Britannica. 2014. Perdiccas.
- The Editors of Encyclopedia Britannica. 2019. Seleucid Empire.
- The Metropolitan Museum of Art. 2004. The Seleucid Empire (323-64BC).
- Volkmann, H. 2014. Antiochus IV Epiphanes.
- Volkmann, H. 2016. Antiochus III the Great.
- WorldHistory.Us. 2018. The Succession Crisis at Alexander the Great’s Death.
- Get link
- X
- Other Apps








