- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
April Holloway. (20 Mei 2013). Archaeologists Reveal Details about Lifestyle of
First New Zealanders. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/archaeologists-reveal-details-about-lifestyle-first-new-zealanders-00462
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/archaeologists-reveal-details-about-lifestyle-first-new-zealanders-00462
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Sebuah kertas kajian
yang disiarkan di dalam jurnal antarabangsa, PLOS ONE, telah mendedahkan
maklumat baru (Mei 2013) tentang pemakanan, gaya hidup dan pergerakan para
penghuni terawal New Zealand dengan menganalisa tulang-tulang dan gigi mereka.
Pasukan penyelidik yang
diketuai oleh Universiti Otago menjalankan penyelidikan isotop ke atas
tulang-tulang Rangitane iwi tupuna sejurus sebelum ianya dikebumikan semula di
Wairau Bar pada tahun 2009. Tulang-tulang tersebut pada asalnya ditanam dalam
tiga kumpulan terpisah di sebuah kampung yang agak besar, yang kampung tersebut
digali buat pertama kalinya pada sekitar 70 tahun yang lalu. Tapak penggalian
tersebut merupakan salah sebuah tapak arkeologi terpenting di New Zealand
kerana (peletakan) usia sejarah negara itu dan juga pelbagai jenis artifak dari
timur Polynesia tersimpan di situ.
“Dengan menyelidik
nisbah kehadiran isotop karbon dan nitrogen di dalam kolagen tulang tersebut,
kami berupaya menganggar corak pemakanan yang diamalkan oleh individu-individu
awal di New Zealand sekitar 10-20 tahun sebelum kematian mereka. Analisis
isotop strontium yang kami jalankan pada gigi pula membolehkan kami untuk
membezakan antara masyarakat yang tumbuh mendewasa di lanskap geografi
berlainan,” ujar Dr Rebecca Kinaston yang menjalankan penganalisaan isotop pada
tulang-tulang dan gigi yang dimaksudkan.
Penganalisaan isotop
yang dijalankan itu mendedahkan bahawa individu-individu daripada kumpulan
pertama yang dikaji mempunyai diet pemakanan dan asal-usul zaman kanak-kanak
yang sama, manakala individu-individu daripada dua kumpulan lain pula memiliki
kepelbagaian diet yang lebih tinggi dan mereka meluangkan zaman kanak-kanak di
kawasan geografi yang berbeza dengan kumpulan pertama. Kelihatan juga terdapat
perbezaan budaya antara kumpulan-kumpulan tersebut, di mana perkara ini dapat
disimpulkan menerusi kedudukan jasad semasa disemadikan dan jenis-jenis alat
pengebumian yang turut dikuburkan bersama yang berbeza-beza.
“Menariknya,
individu-individu daripada Kumpulan 1 menunjukkan corak pemakanan yang sama
dengan individu-individu prasejarah yang telah pun dikenal pasti (perihal
mereka) daripada sebuah tapak yang terletak di Kepulauan Marquesas di Polynesia
Perancis, yang kedua-duanya ini mempunyai kepelbgaian yang rendah dalam
pengambilan sumber protein,” ujar Dr Kinaston.
Sambil itu, corak
pemakanan dalam Kumpulan 2 dan 3 pula ditemui sejajar dengan individu-individu
yang meluangkan kebanyakan hidup mereka dengan memakan pelbagai sumber protein,
seperti anjing laut, burung moa dan burung-burung lain.
Pasukan penyelidik ini
mengusulkan pendapat bahawa kumpulan penghuni pertama New Zealand
berkemungkinan mengamalkan gaya hidup yang lebih mobil (bergerak), manakala
kumpulan kedua dan ketiga pula sudah pun menubuhkan dan menerapkan kefungsian
tapak kediaman dan upacara.
- Get link
- X
- Other Apps
