- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ancient Origins. (16 Februari 2013). Kaimanawa Wall – New Zealand.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-oceania/kaimanawa-wall-new-zealand-00153
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-oceania/kaimanawa-wall-new-zealand-00153
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Berhampiran Tasik Taupo
di New Zealand terdapat sebuah tembok penuh misteri bernama Tembok Kaimanawa.
Tembok ini menghadap ke arah utara dan mengandungi bongkah-bongkah batu
mengalitik yang licin dengan bucu-bucunya pula bersimetri. Bongkah-bongkah
tersebut tercantum dengan sempurna dan berbentuk rata di bahagian hujung.
Terdapat banyak hipotesis yang dikemukakan bagi menjelaskan asal-usul bongkah-bongkah
bau tersebut, atau lebih khusus, sama ada struktur ini adalah buatan manusia
atau ia terbentuk secara semula jadi.
Tembok yang kontroversi
ini kemudiannya menjadi suatu topik perdebatan yang hangat pada awal 1990an
terutama berikutan penerbitan sebuah artikel Barry Brailsford di dalan New
Zealand Listener yang bertajuk, ‘Megalith Mystery: Are giant stones in the
Kaimanawa Forest Park evidence of an ancient New Zealand culture?’. Menurut
artikel tersebut, tembok batu itu berusia paling tidak 2000 tahun dan dibina
oleh penghuni-penghuni awal New Zealand, iaitu Waitaha yang kemudiannya
dihapuskan oleh kaum Maori yang tiba hanya 800 tahun lalu (atau mungkin dibina
oleh masyarakat yang menghuni kawasan itu sebelum kaum Waitaha).
Tambahan lagi, Brailsford
berpendapat bahawa tembok batu itu berkemungkinan menghadirkan perkaitan atau
jalinan hubungan antara New Zealand dengan Mesir, Amerika Selatan dan
tamadun-tamadun purba lain. Beliau menyenaraikan sebanyak 12 bukti yang
mengesahkan bahawa tembok tersebut dibina, antara lain seperti batu-batu tampak
di bahagian hadapan memiliki keseragaman, iaitu berukuran 1.9 meter lebar dan
1.6 meter tinggi dengan ukuran kedalaman adalah sekitar 1 meter.
Walau bagaimanapun,
secara politiknya, pandangan yang menganggap wujudnya tamadun-tamadun di New
Zealand sebelum kehadiran budaya Maori tidaklah begitu popular dalam kalangan
penduduk Maori tempatan, ahli-ahli arkeologi dan geologi dalam Jabatan
Pemeliharaan serta hampir seluruh parti politik di New Zealand. Malahan,
perhatian media yang lahir berikutan penerbitan artikel itu tadi membawa kepada
pengharaman penuh ke atas kawasan yang dimaksudkan.
Ahli-ahli arkeologi dan
antropologi New Zealand, tidak begitu tuntas dalam melakukan penyemakan semula
secara drastik terhadap paradigma fundamental yang mereka letakkan terhadap
penemuan dan kolonisasi New Zealand bagi Maori di samping mengarahkan suatu
kerja penyelidikan dilakukan ke atas tembok-tembok batu tersebut.
Kesimpulan yang
diberikan oleh ahli-ahli geologi yang bertugas adalah bahawa tembok tersebut
merupakan singkapan ignimbrite yang besar, iaitu suatu pembentukan batu secara
semula jadi yang berlaku kira-kira 330 000 tahun lalu. Mereka mendakwa bahawa
bentuk batu-batu itu terhasil daripada retakan pada batu semasa ignimbrite yang
bersuhu panas mengalami penyejukan. Pengalihan atau perubahan kedudukan
batu-batu ini juga berkemungkinan terjadi disebabkan oleh gempa bumi, letusan
gunung berapi dan kejadian-kejadian alam lain.
Kesimpulan rasmi yang
diberikan oleh para penyelidik meliputi kenyataan yang mengisytiharkan bahawa
Tembok Kaimanawa ini sebagai sebuah ‘bentukan batu secara semula jadi’. Namun,
banyak persoalan yang masih belum dirungkaikan dan ramai pihak yang meyakini
bahawa ahli-ahli arkeologi dan figura-figura politik mengambil sikap bias dalam
penyelidikan mereka ini dan tidak berhasrat untuk melakukan semakan semula
terhadap paradigma lama mereka.
Penerangan yang
meyakinkan, yang disokong oleh bukti-bukti konkrit bagi mendokong kedua-dua
sisi argument masih belum diberikan, namun kontroversi yang menyelubungi Tembok
Kaimanawa membangkitkan banyak persoalan penting tentang bagaimana
berkehendaknya manusia untuk menyelidiki asal-usul mereka dan tamadun-tamadun
awal.
SUMBER
- The Kaimanawa Wall Earthcache
- The Kaimanawa Wall structure, Lake Taupo – natural or man made?
- Kaimanawa Wall
- A New Age Myth: The Kaimanawa Wall
- The Kaimanawa Wall - Images
- Get link
- X
- Other Apps
