- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
DHWTY. (18 Ogos 2018). Tiamat: Mesopotamian Mother Goddess and the Key Component in Creation. Ancient Origins.
DHWTY. (18 Ogos 2018). Tiamat: Mesopotamian Mother Goddess and the Key Component in Creation. Ancient Origins.
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Tiamat merupakan satu dewata
yang samar-samar perinciannya namun memainkan peranan penting dalam mitos
penciptaan Mesopotamia purba. Beliau merupakan personafikasi lautan yang paling
awal – lautan yang melahirkan generasi pertama dewa-dewa Mesopotamia. Kemudian,
Tiamat ditewaskan oleh Marduk, iaitu dewa pelindung kota Babylon. Tiamat
dipercayai merupakan dewi yang berbentuk seekor naga, walaupun tidak ada
sebarang imej dari zaman Mesopotamia yang dikenal pasti sebagai gambaran
terhadap dewi ini.
Mitos utama yang
menampilkan nama Tiamat ialah Enuma Elish,
iaitu mitos penciptaan dalam masyarakat Babylon. Di dalam mitos ini, Tiamat
merupakan satu karakter yang bersifat agak kabur. Hal ini kerana beliau pada
mulanya digambarkan sebagai satu dewa yang baik hati dan memiliki sifat
keibuan. Namun kemudian, beliau berubah menjadi watak antagonis di dalam mitos
tersebut.
Raksasa kekacauan (chaos; mungkin Tiamat) dan dewa matahari (mungkin Marduk) |
MENCIPTA DEWA-DEWA MESOPOTAMIA
Enuma
Elish dimulakan dengan kisah penciptaan para dewa; kisah susulan
daripada perkahwinan antara Apsu dan Tiamat:
Pada zaman di mana
langit-langit di atas masih belum dinamakan,
Dan daratan bumi di bawah belum lagi memiliki panggilan,
Apsu, dewa yang paling awal, sang penguasa
dan si pencipta Tiamat, yang melahirkan mereka semua,
telah menggabungkan air mereka berdua menjadi satu
dan kemudian para dewa pun dilahirkan dari dalam tubuh mereka.”

Menurut kepercayaan
masyarakat Mesopotamia, Apsu merupakan personafikasi air segar dari sumber
bawah tanah, sementara Tiamat pula adalah personafikasi air lautan yang
bersifat masin. Dua dewa terawal yang tercipta daripada penyatuan antara Apsu
dan Tiamat ialah Lahmu dan Lahamu, yang mana mereka berdua kemudiannya
melahirkan Anshar dan Kishar.
Tiamat |
KONFLIK ANTARA DEWA
Kemudian, dua buah
generasi dewata menyusul dan dewa-dewa muda ini kelak menimpakan gangguan
kepada Apsu dan Tiamat:
Dewa-dewa generasi tersebut saling
bertemu dan menganggu Tiamat,
keriuhan yang terhasil habis bergema meributkan suasana
Mereka membuatkan perut Tiamat menggelodak
Mereka membuatkannya naik jengkel dengan bermain-main di dalam Anduruna
Apsu sendiri tidak mampu mendiamkan kebisingan suara mereka
Dan Tiamat pula kelu seribu bahasa di hadapan mereka.

Walaupun berkali-kali diganggu
oleh dewa-dewa muda itu, Tiamat masih jua bertoleransi dengan mereka. Namun,
Apsu tidak boleh lagi bersabar dengan kerenah mereka dan memasang hasrat untuk
menghapuskan mereka. Tatkala niatnya itu diluahkan kepada Tiamat, dewi itu
tidak bersetuju. “Beliau naik marah dan menengking si suaminya. Teriakannya
begitu dahsyat dan Tiamat dipenuhi rasa marah. Namun, beliau kemudiannya
menahan (sifat) jahat itu di dalam perutnya.”
Apapun, Apsu tidak
mengendahkan bantahan isterinya itu dan sebaliknya menuruti cadangan penasihatnya,
iaitu Mummu. Apsu meneruskan rancangannya untuk menghapuskan anak-anaknya –
dewa-dewa generasi baru.
DEWI MESOPOTAMIA
MEMBALAS DENDAM
Rancangan Apsu itu
sampai ke pengetahuan dewa-dewa generasi muda. Salah seorang daripada mereka,
iaitu Ea mengenakan jampi terhadap Apsu sekaligus membuatkan dewa itu tertidur.
Ea kemudian membunuh dewa tersebut. Selepas berlakunya peristiwa itu, Marduk
pun dilahirkan dan dikurniakan empat arah mata angin sebagai teman sepermainan.
Beberapa dewa muda
berasa terganggu dengan pembunuhan Apsu itu lantas mengadukan hal tersebut
kepada Tiamat. Atas gesaan mereka, Tiamat pun mengambil keputusan untuk
menuntut bela atas kematian Apsu. Beliau kemudian menciptakan sebuah bala
tentera yang terdiri daripada gerombolan raksasa. Qingu, suami baru kepada
Tiamat dilantik sebagai komander bala tentera tersebut.
Apabila dewa-dewa muda
mengetahui rancangan Tiamat yang mahu menghapuskan mereka, maka mereka pun
mengadakan sidang mesyuarat. Namun, tiada buah fikiran yang mampu diutarakan
sebagai jalan penyelesaian.
Kemudian, Marduk
menawarkan diri untuk bertarung melawan Tiamat dengan syarat beliau perlu
diberikan kedudukan sebagai ketua para dewa andai meraih kemenangan. Syarat
tersebut dipersetujui dan Marduk pun melawan Tiamat. Dengan memanfaatkan angin
yang sememangnya merupakan kemahirannya, Marduk berjaya melumpuhkan pergerakan
Tiamat lalu membidik anak panah tepat ke perut dewi itu.
TIAMAT DIBENTUK MENJADI DUNIA DAN ALAM SEMESTA
Akhirnya, Marduk
menciptakan alam semesta dengan menggunakan jasad Dewi Tiamat.
Beliau membahagi-bahagikan anggota
jasadnya (Tiamat) dan menciptakan keindahan (alam semesta) daripada jasad
tersebut.
Beliau membelah jasad itu menjadi separuh, persis seekor ikan yang dibelah dua untuk dikeringkan.
Separuh jasadnya diletakkan di atas sebagai bumbung langit.
Kemudian, beliau melepaskan sambaran kilat dan menyuruh seorang pengawal untuk memegangnya (sebagai penahan langit agar tidak runtuh).
Air pada jasad Tiamat disusun supaya tidak tertumpah.
… Beliau membuka (mencipta) Sungai Furat dan Tigris daripada mata Tiamat
Beliau menimbunkan gunung-ganang daripada buah dada dewi itu.
Ekornya dihamparkan, lalu diikat dengan ketat untuk menjadi pengikat alam semesta

Rajah pada materi silinder Neo-Assyria dari abad ke-8SM yang dikenal pasti oleh beberapa sumber sebagai gambaran pembunuhan Tiamat dari Enûma Eliš. |
SUMBER
- Anon. The Epic of Creation. [Dalley, S. (trans.). 2008. The Epic of Creation, in Myths from Mesopotamia, Creation, the Flood, Gilgamesh, and Others. Oxford: Oxfod University Press]
- Helle S. (2016). Tiamat (goddess).
- New World Encyclopedia. (2015). Tiamat.
- The Mystica. (2018). Tiamat.
- Gateways to Babylon. 2018. Tiamat.
- Get link
- X
- Other Apps