- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Sepanjang sejarah
Vietnam, kaum wanita memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam usaha
penen.tangan ke atas kuasa-kuasa asing. Antara srikandi tersohor dalam kalangan
mereka ialah Trung bersaudari, yang mengepalai kempen meme.rangi China pada
tahun 40 Masehi.
Trung Trắc dan Trung
Nhi yang secara bersama dikenali sebagai Trung bersaudari dilahirkan sekitar
tahun 12 Masehi. Mereka berdua merupakan puteri kepada seorang raja di wilayah
Giao Chi, Vietnam Utara.
Pada waktu itu, seluruh
wilayah Vietnam berada di bawah ja.jahan tak.luk Dinasti Han China. Berbeza
dengan wanita-wanita China yang agak terhad kebebasannya, kaum wanita Vietnam dibiasakan
mempusakai warisan ibu masing-masing. Trung bersaudara tumbuh mendewasa dalam
keluarga yang membenarkan mereka mempelajari seni pepe.rangan dan kemahiran
bertem.pur.
Warga Vietnam mulanya
tidaklah menunjukkan penen.tangan secara terbuka terhadap kerajaan China.
Segalanya bertitik tolak pada tahun 39 Masehi, di mana keadaan semakin
meruncing buat mereka.
Penen.tangan awal
dilakukan oleh Thi Sách, suami kepada Trung Trắc, yang membantah kenaikan cukai
yang membebankan warga Vietnam. Untuk menenteramkan keadaan dan menghu.kum Thi
Sách, kerajaan China mengutus seorang komander ten.tera untuk membu.nuh beliau
dan meno.dai kesucian Trung Trắc.
Sangka mereka, tindakan
ini memadai untuk menanamkan rasa gentar dalam kalangan warga Vietnam. Namun
hal sebaliknya pula berlaku. Ia hanya membenihkan api pemberon.takan terhadap
kerajaan China.
Pembu.nuhan suami Trung Trắc dan penca.bulan ke atas maruahnya mendorong beliau menghimpunkan seramai 80,000 orang bala ten.tera bagi meme.rangi China |
Tra.gedi yang menimpa
Trung Trắc ini mendorong beliau dan adiknya, Trung Nhi untuk merintis usaha
penen.tangan bagi membela kema.tian Thi Sách di samping membungkamkan keangkuhan
pemerintahan Dinasti Han.
Mereka pantas
menggalang sukarelawan – yang rata-ratanya terdiri dari kaum wanita – untuk
meme.rangi tentera China. Bilangan perajurit yang dihimpunkan ini mencecah seramai
80,000 orang, lelaki dan wanita – termasuklah 36 orang panglima perempuan, yang
salah seorangnya ialah ibu mereka sendiri.
Di bawah kepimpinan
mereka berdua yang gagah menunggangi gajah, pasukan penen.tang dari Vietnam ini
berhasil mere.but lebih 65 buah kubu. Kejayaan tersebut meraihkan mereka
berdua gelaran ratu kerajaan Vietnam yang baru. Sepanjang memerintah, Trung
bersaudari mengha.puskan cukai-cukai melampau yang dikenakan oleh China, di
samping mengembalikan adat-istiadat tempatan.
Lebih tiga tahun
lamanya China berusaha untuk mere.but semula Vietnam, namun semuanya digagalkan
oleh keampuhan pasukan ten.tera Trung. Hanya se.rangan pada tahun 43 Masehi
sahaja yang berhasil menggugat kedudukan Trung. Kerana enggan dihinakan, mereka
berdua memilih untuk membu.nuh diri dengan terjun ke dalam sungai.
Tugu Trung bersaudari di Taman Tema Suoi Tien |
Sehingga hari ini, nama
Trung bersaudari dikenang sebagai srikandi pembela tanah pertiwi. Banyak kuil
didirikan bagi menghormati dan menghargai perjuangan mereka. Antaranya
termasukah Kuil Hai Bà Trưng yang terletak berhampiran Tasik Hoàn Kiếm. Begitu
juga dengan kuil-kuil yang berada di daerah Mê Linh, Phúc Thọ, Hoàng Hoa Thám,
Bình Thạnh dan Ho Chi Minh.
Kerajaan Vietnam juga
mengkhususkan tanggal 3-6 Februari sebagai hari peristiwa bagi memperingati
ketokohan Trung bersaudari, di mana ia disambut dalam sebuah keraian yang
dikenali sebagai Hai Bà Trưng.
TERJEMAHAN
M
R Reese. (12 Oktober 2014). Hell hath no fury like the Trung Sister freedom
fighters. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/hell-hath-no-fury-trung-sister-freedom-fighters-002199
- Get link
- X
- Other Apps