- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Erin Blakemore. (28 Jun 2019). How archaeologists determine the date of ancient
sites and artifacts. National Geographic.https://www.nationalgeographic.com/culture/archaeology/archaeologist-methods-date-sites-artifacts/
Penterjemah: Alam Bahasa
Dari pentarikhkan radiokarbon untuk membandingkan
bentuk merentasi zaman, ahli arkeologi mengumpulkan petunjuk untuk mengira umur
sesebuah artifak. Tanyalah seorang ahli arkeologi tentang umur tapak
yang mereka gali, dan mereka mungkin tiada jawapannya. Mungkin mereka mempunyai
firasat tentang hal itu. Walau bagaimanapun, pentarikhan tapak berkenaan hanya
boleh ditentukan dengan tepat apabila ia ditemui dan digali.
Menentukan usia tapak arkeologi bukanlah suatu hal
yang mudah. Namun, para pengkaji
mempunyai pelbagai jenis teknik secara relatif iaitu kaedah-kaedah yang
menentukan kronologi secara kasar sehinggalah ke kaedah secara mutlak iaitu
cara yang lebih tepat untuk membuktikan usia objek yang ditemui.
PENTARIKHKAN
RELATIF
Teknik relatif ini terbentuk pada awal sejarah bidang
arkeologi serta dianggap kurang dipercayai berbanding yang mutlak. Terdapat
beberapa kaedah yang tertentu.
Dalam Stratigrafi (Cabang geologi yang menentukan
kedudukan lapisan bumi dan hubungannya terhadap skala masa geologi), ahli
arkeologi menganggap tapak berkenaan mengalami lapisan demi lapisan seiring
dengan berlalunya masa, menindihkan lapisan lama di bawah lapisan baharu.
Sebagaimana lapisan kek ataupun hirisan lasagna, lapisan bawah sesuatu tapak
dianggap lebih tua berbanding di atas. Dengan menggunakan anggapan yang
dikenali sebagai Hukum Tindihan, kronologi secara relatif bagi sesuatu tapak
berkenaan dapat ditentukan. Kemudian, mereka menggunakan teknik pentarikhkan
secara konteks dan mutlak untuk membantu menentukan umur sesuatu artifak yang
ditemui dalam setiap lapisan.
Seorang saintis mengekskavasi tulang-belulang haiwan dan alatan memburu pra-sejarah di Myrray Springs, Arizona |
Pensirian, di mana setiap kumpulan artifak dari tapak
yang sama dianalisis secara statistik dan dikelaskan mengikut turutan kronologi
yang juga menentukan usia tapak. Objek boleh dikumpulkan berdasarkan gaya
ataupun kekerapan untuk membantu dalam penentuan urutan kronologi.
Pentarikhan Relatif mempunyai hadnya. Teknik berkenaan
selalunya subjektif, dan lokasi sesebuah artifak dalam sebuah tapak ataupun relatif dengan objek-objek yang lain mungkin
tidak menggambarkan umur secara kronologinya yang sebenar. Hal ini mungkin kerana
ia telah beralih pada suatu masa yang tertentu. Untuk kaedah yang lebih jitu,
ahli arkeologi menggunakan teknik pentarikhkan secara mutlak.
PENTARIKHKAN
MUTLAK
Mungkin teknik pentarikhkan mutlak yang paling
terkenal iaitu pentarikhkan radiokarbon
telah dikembangkan pada tahun 1940an dan teknik ini bergantung kepada
kimia untuk menentukan usia sesuatu objek. Dengan menggunakan jirim berorganik,
teknik berkenaan mengukur kadar pereputan radioaktif karbon untuk mengukur usia
sesuatu objek. Pencipta teknik ini, Willard Libby, akhirnya memenangi Hadiah
Nobel atas penemuannya itu.
Pentarikhkan Termosinaran pula mengukur hitungan tahun
yang berlalu sejak pemanasan sesuatu bahan yang mengandungi galian kristal.
Teknik ini menentukan usia mendapan, seramik dan bahan lain. Sementara itu,
teknik Dendokronologi iaitu kajian lilitan batang pokok berfungsi bagi menentukan
tarikh struktur ataupun objek.
Variasi teknik berasaskan kimia yang lain juga boleh
digunakan. Dalam sesuatu kes, ahli arkeologi juga menentukan tarikh mutlak menerusi
penulisan pada sesebuah objek atau penulisan yang tercatat dalam rekod sejarah.
Pentarikhkan secara mutlak mempunyai kelemahannya:
Teknik ini memerlukan kos yang tinggi dan menyediakan keterangan yang lebih
rendah – tidak bersesuaian dengan nama teknik ini (Pentarikhkan Secara Mutlak).
Sebagai contoh, pentarikhkan Radiokarbon hanya boleh menentukan usia sesuatu
objek kurang daripada 62 000 tahun; hanya julat berkenaan yang dianggap tepat,
dan usianya boleh menjadi celaru apabila objek berkenaan bersentuhan dengan
bahan organik yang lebih muda. Walaubagaimanapun, teknik pentarikhan yang lebih
moden telah mengembangkan kebolehan ahli arkeologi dalam menentukan umur tapak
bersejarah.
MENGGABUNGKAN
TEKNIK-TEKNIK TERSEBUT
Teknik pentarikhkan Relatif dan Mutlak seringkali beriringan,
terutama apabila kronologi sejarah ataupun gaya ukiran tembira digunakan untuk
menentukan secara lebih tepat tarikh sesebuah objek yang telah dimuatkan dalam
julat usia 500 tahun melalui teknik kimia.
Memandangkan kebanyakan teknik pentarikhkan mutlak
menggunakan sampel bahan yang ditemui ketika proses menggali, maka ahli-ahli
arkeologi berkemungkinan mencuba untuk melakukan pentarikhkan secara kasar
sementara tapak berkenaan masih sedang diperiksa. Proses ini, yang bergantung
kepada maklumat secara konteks, dikenali sebagai Pentarikhkan Tentu. Data ini
boleh membantu dalam proses pentarikhkan mutlak kelak.
- Get link
- X
- Other Apps