- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Jake Rossen. (10 April 2018). The Typo That Helped End World War II. Mental
Floss.
http://mentalfloss.com/article/539781/did-typo-help-end-world-war-ii
http://mentalfloss.com/article/539781/did-typo-help-end-world-war-ii
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Semasa Geoffrey Tandy
dipanggil ke Bletchley Park pada tahun 1939M, beliau tidak menjangkakan sesuatu
yang besar akan berlaku. Sebagai seorang sukarelawan dalam Royal Navy Reserves
(skuad simpanan Tentera Laut Diraja), Tandy berhajat untuk berkhidmat kepada
Britain dengan apa cara sekalipun memandangkan Perang Dunia ke-2 yang
berlangsung ketika itu mengancam negaranya. Namun sebagai seorang ahli kriptogami
(cryptogamist) di Muzium Sejarah Negara, Tandy tidak begitu yakin beliau
akan dapat menyesuaikan diri. Ahli kriptogami mengkaji alga, sebuah kemahiran
yang tidak diperlukan dalam bidang penstrategian ketenteraan.
Tandy dialu-alukan oleh
perwakilan Kementerian Pertahanan, yang kelihatan amat teruja dengan prospek
penglibatan Tandy dalam pergerakan berkelas rahsia di Bletchley – terlalu teruja,
tentang seseorang yang pakar dalam bidang rumpai laut.
Pada suatu ketika,
Tandy menyedari bahawa berlaku kesilapan pada pihak Kementerian. Perincian yang
sebenar telah pun hilang dari sejarah, namun jelas apa yang diketahui adalah
seseorang secara tidak sengaja mencatatkan pekerjaannya, iaitu cryptogamist sebagai
cryptogramist – satu pekerjaan sebagai pemecah kod, pekerjaan yang
dilakukan oleh orang seperti Alan Turing di Bletchley. Kesilapan tersebut
membuatkan seorang pakar lumut dipindahkan tugas ke sebuah operasi paling sulit
dalam perang.
Ringkas cerita, Tandy
tidak berbuat apa-apa untuk pasukan tersebut selama dua tahun. Namun kemudian,
sesuatu yang menakjubkan berlaku.
Pada tahun 1941, pihak
Perikatan menggempur kapal-kapal U German dan merampas beberapa dokumen
penting, termasuklah kertas-kertas kerja yang memberikan garis panduan kepada
para pengguna Mesin Enigma Jerman tentang cara untuk mencampuradukkan mesej
pesanan. Permasalahannya adalah: Kertas tersebut basah-lecun, mengalami
kerosakan dan benar-benar perlu dipulihkan keadaannya sebelum dapat
dimanfaatkan.
Pihak Kementerian
memerlukan seseorang yang pakar dalam mengeringkan bahan yang bahas. Seseorang
yang mungkin pernah berlatih memelihara alga dengan cara sedemikian. Iya,
mereka memerlukan seseorang seperti Tandy.
Dengan menggunakan
bahan-bahan penyerap yang diambil daripada muzium, Tandy berjaya mengeringkan
dokumen-dokumen tersebut dan memulihkan keadaannya. Rentetan itu, pemecah-pemecah
kod Bletchley berupaya menggunakan maklumat yang terkandung di dalam dokumen
tersebut untuk memecahkan rahsia komunikasi Jerman sekaligus membenarkan pihak
Perikatan memintas percaturan strategi mereka. Penafsiran kod-kod tersebut
berjaya membawa pengakhiran kepada peperangan itu dengan lebih cepat, atau
dalam erti kata lain, menyelamatkan jutaan nyawa dari terus terkorban.
Apapun, masih tidak
dapat dijelaskan secara terperinci bagaimana kesilapan memasukkan Tandy ke
dalam pasukan tersebut boleh berlaku. Adakah seorang tukang rekrut tersilap
lihat ejaan, dan menambahkan huruf ‘R’ pada nama pekerjaan Tandy? Atau adakah
tulisan tersebut disalah baca?
Walau apapun keadaannya, salah faham tersebut
pada akhirnya mendatangkan seribu hikmah. Memetik sebuah ucapan ahli politik
British yang bernama William Hague pada tahun 2012, “Alangkah bergunanya (apabila
adanya) keluasan kepakaran.”
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Typo Yang Menamatkan Perang Dunia Kedua’
- Get link
- X
- Other Apps
