- Get link
- Other Apps
- Get link
- Other Apps
Pautan
ke artikel asal:
Tony Dunnel. (n.d.). Kaohsiung National
Stadium. Atlas Obscura.
https://www.atlasobscura.com/places/kaohsiung-national-stadium
https://www.atlasobscura.com/places/kaohsiung-national-stadium
Penterjemah: FarahiKamaruddin
Arena sukan berbentuk naga
ini merupakan stadium berkuasa solar yang terbesar di dunia.
Stadium
Nasional di Kaohsiung, Taiwan, telah direkabentuk dan dibina sebagai tapak
utama bagi Sukan Dunia 2009. Selain daripada menjadi stadium dengan kapasiti
paling besar di Taiwan, ia juga merupakan stadium berkuasa solar yang terbesar
di dunia.
Dahulunya
dikenali sebagai Stadium Sukan Dunia, stadium tersebut telah direkabentuk oleh
seorang arkitek tersohor Jepun, Toyo Ito. Dengan kapasiti sebanyak 55,000, ia
merupakan stadium terbesar di Taiwan dan digunakan kini terutamanya untuk
perlawanan bola sepak.
Ito,
yang turut merekabentuk Kubah Nipro Hachiko di Jepun, terkenal dengan
rekabentuk inovatifnya dan senibina konseptual. Stadium Kebangsaan ini
sememangnya mengikuti trend tersebut. Secara visualnya, stadium tersebut
kelihatan seperti naga berlingkar atau ular yang berada di atas landskap,
dengan sela yang besar antara bahagian kepala dan ekor yang berfungsi sebagai
pintu masuk bagi arena tersebut. Dan sisik tersebut bukanlah sisik yang
sebenar: ia adalah panel-panel solar.
Bumbung
stadium ini dilitupi dengan 8,844 buah panel solar, menjadikannya sebagai
stadium pertama di dunia yang berfungsi dengan tenaga sendiri. Ia juga
merupakan sistem photovoltaic yang terbesar di Taiwan, dengan kemampuan
membekalkan 1.14GWh tenaga elektrik tahunan.
Tenaga
yang terhasil adalah lebih daripada cukup untuk menampung kuasa bagi 3,300 buah
lampu serta dua skrin tayangan jumbo di stadium tersebut. Pada hari-hari di
mana stadium tidak digunakan, pihak kerajaan Taiwan akan menyalurkan tenaga
tambahan kepada grid tempatan, yang membekalkan hampir 80 peratus daripada
keperluan tenaga di kawasan tempatan.
Satu
lagi ciri inovatif di Stadium Nasional ini ialah – ia dibina menggunakan 100
peratus bahan mentah kitar semula – yang memberi perincian terhadap feng
shui bersama dengan simulasi komputer. Dengan bantuan daripada Biro Cuaca
Berpusat, stadium itu telah direkabentuk dengan berpandukan kepada arah angin
musim panas, yang membenarkan peredaran udara secara bebas bagi memaksimumkan
penyejukan semulajadi.
Bumbung
bahagian stadium juga telah diorientasikan secara cermat bagi melindungi para
penonton daripada matahari musim panas di Kaohsiung. Ia juga mengumpulkan air
hujan bagi kegunaan di dalam stadium, dengan sistem perpaipan yang membawa air
ke tangki-tangki bawah tanah.
Sementara
itu, di sekeliling kawasan stadium, terdapat hampir tujuh hektar kawasan hijau
awam, termasuklah taman dengan tumbuhan tropika, laluan basikal, taman sukan
dan tasik ekologi.
Stadium
Nasional terletak di Daerah Zuoying di Kaohsiung, iaitu sebuah bandar pesisir
pantai di selatan Taiwan. Perhentian bas terletak di sepanjang Shiyun Boulevard
dan Jalan Junxiao, yang bersempadan dengan stadium tersebut di bahagian selatan
dan barat. Semak senarai tempatan untuk perlawanan bola sepak akan datang serta
acara-acara lain.
- Get link
- Other Apps