- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal
Yelena Melnichenko. (1 Julai 2019). 11 Fierce Facts About Tigers. Mental Floss.
http://mentalfloss.com/article/64948/11-ferocious-facts-about-tigers
http://mentalfloss.com/article/64948/11-ferocious-facts-about-tigers
Penterjemah:
Alam Bahasa
Sempena Hari Harimau
Antarabangsa yang disambut pada 29 Julai lalu, artikel ini menghidangkan
beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang haiwan eksotik lagi
terancam ini.
1. TIADA BELANG HARIMAU
YANG SERUPA
Kucing besar ini
menggunakan bulunya untuk menyamar. Setiap harimau mempunyai corak belang yang
unik yang boleh digunakan untuk mengenalinya, sama seperti cap jari manusia.
Sebahagian harimau mempunyai bulu warna jingga dengan belang berwarna hitam;
sementara sejumlah yang lain berwarna hitam dan berbelang gelap sambil beberapa
harimau lagi berwarna putih dan berbelang gelap, atau bahkan kesemuanya
berwarna putih (albino).
2. HARIMAU ADALAH SPESIS
YANG TERANCAM
Manusia buat sekian
lamanya telah memburu harimau untuk mendapatkan bulu dan bahagian tubuhnya yang
lain. Harimau juga telah kehilangan habitat akibat pertanian dan pembalakkan
yang dilakukan oleh manusia. Misalnya di Sumatera, Indonesia yang menjadi
tempat tinggal bagi Harimau Sumatera telah kehilangan separuh dari litupan
hutannya (50%). Dalam masa hanya seratus tahun, 97% populasi harimau telah
lenyap, tiga subspesis telah pupus dan seluruh spesis ini dijangka akan
mengalami kepupusan dalam masa sedekad.
3. HARIMAU DI DALAM
KURUNGAN JAUH LEBIH BANYAK BERBANDING DI HUTAN
Dianggarkan terdapat
3000 ekor harimau di hutan manakala 5000 hingga 10 000 ekor berada di dalam
kurungan, di Amerika Syarikat. Sekitar 90% daripada jumlah itu dikurung di
dalam zoo, laman belakang fasiliti pembiak baka, gerabak sarkas, dan sebagai
haiwan peliharaan di rumah.
4. HARIMAU ADALAH HAIWAN
TERBESAR DALAM KELUARGA KUCING
… Disusuli oleh singa
di tempat kedua dan jaguar (harimau kumbang) di tempat ketiga, Harimau Siberia
adalah subspesis paling besar dengan berat yang mampu mencapai 675 paun dan
berupaya membunuh haiwan yang bersaiz dua kali ganda lebih besar berbanding
dirinya.
5. HARIMAU ADALAH HAIWAN
YANG MEMILIKI WILAYAH
Harimau hidup
bersendirian dan menghidu-tanda di wilayah-wilayah mereka. – yang mana ia boleh
mencapai sehingga 10 000 kilometer persegi (Perlis 821 km persegi dan Kuala
Lumpur 243 km persegi). Harimau jantan melindungi wilayahnya daripada
pencerobohan harimau jantan yang lain. Pun begitu, ia membenarkan harimau
betina untuk memasuki wilayahnya untuk tujuan pengawanan. Wilayah harimau
jantan lazimnya jauh lebih besar berbanding wilayah harimau betina, dan mungkin
boleh bertindih dengan 1-7 wilayah harimau betina.
6. TERDAPAT SEHINGGA
SEMBILAN SUBSPESIS HARIMAU
Dalam satu masa,
subspesis ini melibatkan subspesis Bengal, Siberia, Indocina, Selatan Cina,
Sumatera, Malaya, Kaspia, Jawa dan Bali. Di antara kesemua subspesis ini,
Kaspia, Jawa dan Bali telah pun mengalami kepupusan manakala subspesis Selatan
Cina pula telah pun pupus di hutan belantara dan selebihnya berstatus terancam.
7. JANGKA HAYAT HARIMAU
MAMPU MENCAPAI 10-15 TAHUN
Harimau secara
tipikalnya bersifat kemalaman (nocturnal) dan hidup secara terpencil.
Pada permulaan hidupnya, harimau meluangkan selama dua setengah tahun bersama
ibunya sebelum menjalani kehidupan berdikari untuk seumur hidup.
8. BANYAK BUDAYA
MENGANGGAP HARIMAU SEBAGAI SIMBOL KEKUATAN DAN KEGAGAHAN
Walau bagaimanapun,
anggapan ini juga memiliki kesan susulan yang buruk memandangkan memburu
harimau ini juga dianggap sebagai lambang keberanian. Di Asia, harimau adalah
salah satu dari lima jenis haiwan yang menerima upah paling tinggi sekiranya
berjaya diburu. Selain itu, 60% penduduk Cina memburu haiwan untuk tujuan
perubatan. Ekonomi yang galak di Asia Tenggar mendorong kepada permintaan yang
tinggi terhadap produk hiliran berasaskan harimau. Secara umum, perdagangan
antarabangsa melibatkan produk haiwan liar ini dianggarkan mencapai 6 billion
dollar setahun.
9. KESEMUA HARIMAU ADALAH
KARNIVOR, NAMUN TERGOLONG DALAM KARNIVOR YANG MASIH MENJAGA PERILAKU
Harimau jantan kebiasaannya
memburu dan memakan hasil buruannya secara sendirian. Sekiranya ia mempunyai
keluarga, harimau berkenaan akan memberi laluan kepada harimau betina dan
anak-anaknya untuk makan terlebih dahulu. Makanan mereka lazimnya berupa
khinzir, rusa, badak dan anak gajah. Mereka mampu memakan sehingga 21 kilogram
daging sehari.
10. HARIMAU MAMPU MEMILIKI
SEHINGGA TUJUH EKOR ANAK
Harimau betina dewasa
secara umum mampu beranak setiap dua tahun. Namun, sekitar separuh sahaja dari
anak harimau dapat terus hidup. Hal ini kerana sang ibu tidak dapat
meninggalkan kumpulannya (anak-anaknya) buat tempoh masa yang cukup lama untuk
membunuh haiwan mangsa yang cukup untuk melangsungkan kehidupan mereka. Anak-anak
harimau hanya dapat menyertai ibunya berburu setelah berusia 8 hingga 10 bulan,
dengan pengawasan rapi daripada sang ibu.
11. HARIMAU BERGANTUNG
SEPENUHNYA PADA TARING MEREKA UNTUK HIDUP
Rahang harimau dicipta
untuk ‘mematahkan leher, menghancurkan tulang hingga ke sumsum dan melumatkan
daging sehingga cukup lembut untuk ditelan”. Gigi taring mereka sangat tajam
dan dipenuhi dengan saraf untuk membenarkan mereka berburu dan menyerang mangsa
dengan jitu dan tepat. Sekiranya seekor harimau kehilangan taringnya, ia tidak
lagi mampu membunuh dan hanya menunggu ajal datang menjemputnya, akibat
kebuluran.
- Get link
- X
- Other Apps