- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Andres Martinez. (14 November 2014). Why Mandarin Won’t Be A Lingua Franca.
Times.
https://time.com/3585847/mandarin-lingua-franca/
https://time.com/3585847/mandarin-lingua-franca/
Penterjemah: KhairulAsraf Shah Nizamuddin
Seorang warga Russia,
seorang warga Korea dan seorang warga Mexico masuk ke dalam sebuah bar.
Bagaimanakah mereka berbual antara satu sama lain?
Tentunya dalam bahasa
Inggeris walaupun ia bukanlah bahasa ibunda mereka. Sekarang, gantikan (latar
tempat) bar itu dengan Persidangan Kerjasama Asia-Pasifik (APEC) di China yang
berlangsung pada minggu ini. Setiap ketua negara yang mewakili negara-negara
berkenaan masih jua perlu berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. Hal ini
kerana bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa rasmi bagi APEC, walaupun
jika perkumpulan APEC itu diadakan di Beijing.
Baru-baru ini, Mark
Zuckerberg telah menarik perhatian ketika lawatan persendiriannya ke Beijing
ekoran beliau memberikan kenyataan dengan menggunakan bahasa Mandarin. Berita
tersebut melahirkan buah mulut yang berkisar seputar adakah kenaikan ekonomi
Cina menandakan bahawa bahasa Mandarin juga berupaya untuk menandingi bahasa
Inggeris sebagai bahasa global pada suatu hari nanti?
Tak usah pasang hasrat
langsung (untuk hal tersebut menjadi kenyataan). Kefasihan bertutur dalam
bahasa Mandarin sememangnya akan sentiasa membantu memudahkan para pengunjung
luar negara untuk menjalankan perniagaan di Cina, sama seperti kemahiran
bertutur bahasa Portugis dapat memberikan kelebihan ketika berada di Brazil.
Namun, bahasa Mandarin sama sekali tidak berupaya menggugat bahasa Inggeris
sebagai bahasa perhubungan dunia, di mana bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua
sesiapa pun jua ketika mereka ingin berkomunikasi dan berdagang di luar
sempadan negara.
Berkat percaturan bijak
daripada empayar British pada masa dahulu, penutur-pribumi Inggeris dapat
mengambil kedudukan-kedudukan strategic di merata dunia. Bahasa Inggeris juga
merupakan bahasa ibunda bagi budaya popular sedunia seperti industri industri
muzik, wayang, dan juga sukan terutama apabila berlakunya peningkatan
kemasyhuran Liga Bola Sepak Inggeris (England’s Premier Leage). Selain
itu, tidak diragukan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa teknologi yang
menghubungkan kita semua. Kebanyakan bahasa langsung tidak berminat untuk
menamakan semula istilah bagi perkara-perkara seperti ‘internet’ atau ‘text’
atau ‘hashtag’.
Tidak menghairankan
apabila keluar anggaran lebih kurang dua billion manusia akan bertutur dalam
bahasa Inggeris menjelang 2020, di mana kebanyakan daripada mereka mempelajari
bahasa tersebut sebagai bahasa kedua mereka.
Bahasa Inggeris secara
asasnya merupakan sebuah bahasa yang bersifat berkecuali (neutral).
Tiada ciri pengkhususan jantina dalam bahasa Inggeris sepertimana yang wujud
dalam bahasa Romawi. Tidak ada juga pengkelasan taraf atau beza umur di dalam
bahasa tersebut, berbeza dengan kebanyakan bahasa yang mempunyai ciri yang
membezakan perkataan ‘kamu’ dengan konjugasi kata kerja yang berbeza-beza. Contohnya, perkataan ‘kamu’ yang bersifat hormat (merujuk kepada ketua, orang
tua, atau orang tak dikenali) berbanding perkataan ‘kamu’ untuk kenalan rapat
(rakan, orang bawahan, kanak-kanak). Bahasa ini merupakan sebuah bahasa yang
moden dan memiliki ciri kesamarataan yang bukan sedikit. Makanya, penggunaan
bahasa ini juga bersifat lebih mudah dan jelas.
Bahasa Inggeris juga
bersifat jauh lebih berkecuali dalam hal politik berbanding apa yang kita
fikirkan. Malahan, pihak propaganda Jihad Islamis (merujuk kepada militan
seperti IS) turut mengakui bahawa bahasa Inggeris itu lebih mudah untuk
digunakan bagi tujuan menyebarkan dakyah mereka ke seantero dunia. Dan sebarang
kemunduran relatif kuasa dan pengaruh Amerika secara global di masa hadapan pada
hakikatnya akan membantu penggunaan bahasa Inggeris secara lebih melua dan
bukannya merosakkannya sekaligus hal ini akan menguraikan persepsi manusia
terhadap bahasa Inggeris daripada perkaitan dengan Amerika Syarikat dan
pengaruhnya.
Bahasa Perancis
merupakan bahasa terakhir yang dilihat berpotensi untuk bersaing menjadi bahasa
lingua franca dunia. Kita juga dapat mudah dapat memahami betapa bahasa
ini terluka dan terkesan ekoran kegagalannya merebut tempat daripada bahasa
Inggeris. Namun begitu, syarikat-syarikat Perancis juga dituntut untuk selari
dengan aturan dunia dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa organisasi
mereka. Terdapat satu kisah yang boleh dianggap sebagai satu parody bagi negara
Perancis moden di mana ianya melibatkan faktor kekecewaan yang menjadi dasar
berlakunya mogokan di Air France baru-baru ini. Ianya berasas daripada
kemarahan dalam kalangan kesatuan (union) syarikat penerbangan terhadap
polisi pengambil bahasa Inggeris sebagai bahasa tetap bagi kegunaan komunikasi
dalaman di setiap operasinya di peringkat global.
Video
soal jawab Mark Zuckerberg yang berlangsung dalam Bahasa Mandarin
Halangan bagi bahasa
Mandarin untuk mendapatkan kedudukan sebagai bahasa antarabangsa adalah terlalu
besar. Hal ini berdasarkan faktor linguistik, ekonomi, kebudayaan dan
politiknya sendiri. Perincian awal, bahasa Mandarin merupakan suatu bahasa yang
terlalu sukar untuk warga luar mencapai tahap pertuturan yang fasih. Tambahan
lagi, wujud pula kenyataan yang agak tidak menyenangkan di mana bahasa Mandarin
pada hakikatnya tidak dipandang tinggi pun di segenap pelusuk China.
Sememangnya,
penentangan paling tinggi ke atas sebarang dakwaan berkenaan kedudukan bahasa
Mandarin di peringkat dunia adalah berlaku di negara-negara berjirannya
sendiri. Kaji selidik yang dilakukan oleh PEW Research Center’s Global Attitude
Project menunjukkan bahawa penduduk di negara-negara seperti Filipina, Vietnam,
Korea dan Jepun lebih selasa dengan Amerika bebanding China sebagai kuasa besar
serantau. Dan ia bukanlah suatu kebetulan apabila bahasa Inggeris menjadi
satu-satunya bahasa rasmi bagi sebuah pertubuhan serantau negara-negara Asia
Tenggara – ASEAN.
Kaedah cordon
sanitaire (pendiding) dalam rangka menyekat penyebaran kebudayaan (atau
jika tiba pada tahapnya, ketenteraan) China merupakan salah satu kedinamikan
dunia hari ini yang kurang dihargai di mana hal ini merupakan aurgur
(isyarat) yang bagus bagi bahasa Inggeris dan pengaruh budaya Amerika.
Segala keriuhan yang
menyelubungi peningkatan Cina ke taraf kuasa besar telah membuatkan kita
terlepas pandang akan satu hakikat yang disebutkan oleh ejen-ejen hartanah
sebagai “Kawasan Sempadan China (China Adjacent Region atau CAR) yang
mempunyai jumlah penduduk dan kuasa ekonomi yang jauh terkehadapan meninggalkan
China – melibatkan gabungan negara Jepun, Korea, Malaysia, Vietnam, Indonesia
dan seluruh Asia Tenggara serta India.
Jadi, tak usahlah
mengharapkan yang bahasa Mandarin akan dapat mencapai
keunggulan-peringkat-global dalam mengambil-alih kedudukan bahasa Inggeris. Itu
adalah berita baik bagi rakyat Amerika. Namun ada juga berita buruk terutama bagi
penduduk Amerika yang merasakan bahawa mereka tidak perlu mempelajari bahasa
kedua (sebagaimana negara-negara lain yang dituntut mempelajari bahasa kedua
iaitu bahasa Inggeris).
Hal ini kerana
kesejagatan bahasa Inggeris itu sendiri akan membuatkan semakin ramai populasi
di dunia mampu bertutur dalam pelbagai bahasa (sekurang-kurangnya dua bahasa)
di mana mereka akan bercakap bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda mereka.
Namun begitu, penduduk Amerika masih memiliki kelebihan di mana mereka boleh memilih
bahasa kedua mengikut citarasa tersendiri.
- Get link
- X
- Other Apps