- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Adakah anda tahu bahawa manusia bukanlah satu-satunya spesis makhluk yang kidal? Dalam meta-analisis terkini (sebuah himpunan statistik dari pelbagai kajian saintifik) terhadap penggunaan tapak kaki kucing dan anjing menunjukkan bahawa kira-kira 36% hingga 46% kucing adalah kidal (Ocklenburg et al., 2019). Bagi anjing pula, sekitar 31-53% adalah kidal.
Sebastian Ocklenburg. (11 Ogos 2019). The New Neuroscience of Left-Handedness.
Psychology Today.
https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-asymmetric-brain/201908/the-new-neuroscience-left-handedness
https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-asymmetric-brain/201908/the-new-neuroscience-left-handedness
Penterjemah:
A.D. Alexander
13
Ogos adalah Hari Kidal Sedunia – dan artikel ini menghidangkan maklumat yang
anda perlu tahu.
Sejak tahun 1976,
orang-orang kidal di seluruh dunia meraikan Hari Kidal Sedunia pada tanggal 13
Ogos. Walaupun faktor-faktor yang membuatkan seseorang itu menjadi kidal masih
lagi sebuah misteri saintifik, para saintis neuro bekerja keras untuk cuba
memahami fenomena yang menarik perhatian ini.
Berikut adalah beberapa
penemuan saintifik terkini tentang orang-orang kidal yang mungkin anda belum
tahu.
1. TERDAPAT KIRA-KIRA 708
JUTA ORANG KIDAL DI DUNIA
Dalam percantuman 200
buah kajian statistik berkenaan orang-orang kidal yang melibatkan sampel
keseluruhan daripada lebih 2.3 juta individu baru-baru ini, kita mendapati
bahawa peratusan orang kidal adalah sekitar 9.2 peratus dari jumlah populasi
dunia (Papadatou-Pastpou, et al., 2019). Memandangkan terdapat kira-kira 7.7
billion manusia di muka bumi ini, maka dianggarkan bahawa dalam kalangan angka
itu, terdapat sekitar 708 400 000 orang kidal.
2. LELAKI LEBIH CENDERUNG
UNTUK MENJADI KIDAL BERBANDING
WANITA
Sebuah analisis
terhadap 144 buah kajian berkenaan orang kidal (sampel keseluruhan daripada
1,787,629 individu) menunjukkan peningkatan 2 peratus bagi orang kidal dalam
kalangan lelaki berbanding wanita. (Papadatou-Pastou et al., 2008). Punca di
sebalik keadaan ini masih lagi tidak dapat difahami dengan jelas. Akan tetapi,
diandaikan bahawa faktor hormon atau masyarakat berkemungkinan memainkan
peranan dalam hal ini.
3. KUCING DAN ANJING JUGA
BOLEH MENJADI KIDAL
Adakah anda tahu bahawa manusia bukanlah satu-satunya spesis makhluk yang kidal? Dalam meta-analisis terkini (sebuah himpunan statistik dari pelbagai kajian saintifik) terhadap penggunaan tapak kaki kucing dan anjing menunjukkan bahawa kira-kira 36% hingga 46% kucing adalah kidal (Ocklenburg et al., 2019). Bagi anjing pula, sekitar 31-53% adalah kidal.
Ini menunjukkan bahawa
perkembangan penggunaan tangan kiri bukanlah sesuatu yang hanya biasa bagi
manusia sahaja, akan tetapi ia juga boleh dilihat berlaku pada spesis lain.
Walau bagaimanapun, peratusan yang rendah bagi jumlah manusia kidal (hanya
sekitar 10%) kelihatannya hanya berlaku bagi kita manusia, memandangkan kadar
ini cenderung tinggi bagi makhluk bukan manusia (haiwan).
4. ORANG KIDAL SERING MENANG DALAM SUKAN KERANA TINDAKAN MEREKA BERSIFAT LEBIH
MENGEJUTKAN PIHAK LAWAN
Tahukah anda bahawa
orang-orang yang kidal ini selalunya lebih berjaya dalam sukan berbanding
orang-orang yang cenderung tangan kanan? Hal ini berlaku terutamanya bagi sukan
bola interaktif dan sukan tarung interaktif. Misalnya, kajian Basque pada tahun
2019 meneliti kesan kidal kepada persembahan para pemain polo air bertaraf
dunia (Barrenetxea-Garcia et al., 2019). Hasilnya? Para pemain lelaki kidal
melakukan lebih banyak pukulan secara keseluruhhan, lebih banyak pukulan per
minit dan yang paling penting, menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain
cenderung-bertangan kanan.
Diandaikan bahawa
keadaan ini disebabkan oleh pihak lawan yang menjangkakan lontaran atau pukulan
daripada tangan kanan, lalu terkejut apabila seseorang menggunakan tangan kiri.
Kesan serupa juga didapati di dalam sukan tinju dan lawan pedang.
5. GEN MEMAINKAN PERANAN
BAGI ORANG KIDAL
Pada tahun 2019, para
saintis dari Institut Psikolinguistik Max Planck di Nijmegen, Belanda
menjalankan kajian terbesar mengenai genetik-genetik orang kidal setakat ini
(de Kovel & Francks, 2019). Mereka mendapati bahawa sebilangan kecil gen
memainkan peranan dalam perkembangan orang-orang kidal, antaranya MAP2 (microtubule-associated
protein 2), iaitu gen yang penting untuk perkembangan sel-sel saraf di
dalam otak.
6. FAKTOR-FAKTOR KEHIDUPAN
AWAL YANG BERBEZA MEMPENGARUHI ORANG KIDAL
Tetapi, gen bukanlah
perkara yang meliputi keseluruhan hasil kajian berkenaan orang kidal. Sebuah
lagi kajian dari Belanda pada tahun 2019 menunjukkan bahawa faktor awal
kehidupan yang berbeza-beza juga mempengaruhi sama ada kita menjadi orang yang
cenderung bertangan kanan ataupun kidal (de Kovel et al,. 2019). Faktor-faktor
ini termasuklah tahun dan lokasi kelahiran, di mana hal ini memungkinkan bahawa
pengaruh kebudayaan juga boleh memberikan kesan (misalnya, masyarakat mengubah
sikap mereka terhadap golongan kidal).
Tambahan lagi, orang
kidal dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti berat semasa lahir, lahir
sebagai kembar atau lebih, musim kelahiran, penyusuan dan jantina.
7. PADA USIA 3 TAHUN,
KECENDERUNGAN PENGGUNAAN TANGAN MULA DITENTUKAN DALAM KEBANYAKAN KANAK-KANAK –
BUKAN SEMUA
Sebuah kajian terkini
yang berformat Home Handedness Questionnaire (HHQ) dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah (umur 3 tahun) mendapati
bahawa kebanyakan kanak-kanak cenderung menggunakan tangan kanan (Nelson et
al., 2019). Namun, sekitar 25% kanak-kanak menunjukkan perbezaan penggunaan
tangan untuk kerja-kerja yang melibatkan satu atau kedua-dua tangan. Hal ini
mengisyaratkan bahawa dalam kalangan kanak-kanak berusia 3 tahun ini, pola
penggunaan tangan mungkin masih mengalami perkembangan.
8. ADA JUGA SIFAT KIDAL KAKI
Menggunakan tangan bukanlah satu-satunya bentuk asimetri motor yang
ditunjukkan oleh manusia. Terdapat juga penggunaan kaki, iaitu kecenderungan
untuk menggunakan kaki kiri atau kaki kanan untuk menendang bola atau mencapai
sesuatu menggunakan jari kaki. Keadaan ini terlebih utama berlaku pada pemain
bola sepak (Delang et al., 2019).
Kecenderungan penggunaan kaki dan tangan sering berkait dalam
kebanyakan manusia. Namun, tidak semua kidal tangan itu kidal juga kakinya.
SUMBER
- Barrenetxea-Garcia J, Torres-Unda J, Esain I, Gil SM. (2019). Relative age effect and left-handedness in world class water polo male and female players. Laterality, 24, 259-273.
- de Kovel CGF, Carrion-Castillo A, Francks C. (2019). A large-scale population study of early life factors influencing left-handedness. Sci Rep, 9, 584.
- de Kovel CGF, Francks C. (2019). The molecular genetics of hand preference revisited. Sci Rep, 9, 5986.
- Get link
- X
- Other Apps