- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Cordis. (2 Ogos 2019). Dark Energy vs Modified Gravity: Which one will prevail?
Phys.org.
https://phys.org/news/2019-08-dark-energy-gravity-prevail.html
https://phys.org/news/2019-08-dark-energy-gravity-prevail.html
Penterjemah:
Muhammad Eilham
Teori Kenisbian Umum
Enstein telah pun menjangkakan kewujudan tenaga gelap – satu entiti misteri
yang mampu menembusi ruang dan menyebabkan berlakunya pecutan terhadap
perkembangan alam semesta. Tetapi, bagaimana kalau sebenarnya (teori) Einstein
(itu) salah dan tidak wujud pun sebenarnya benda yang dipanggil sebagai tenaga
gelap ini? Projek The GalaxyDance sedang menjalankan penyelidikan
terhadap idea ini.
Meskpun ianya telah pun
dibuktikan tepat berkali-kali sejak ia mula dikeluarkan, Teori Kenisbian Umum
bukanlah satu-satunya teori yang wujud untuk menerangkan fenomena graviti.
Bahkan sebenarnya, telah wujud banyak teori alternatif yang dicipta di luar
sana. Masalah utama dengan teori-teori ini adalah para saintis tidak mengetahui
bagaimana caranya untuk mengaitkan teor-teori tersebut dengan pemerhatian dan
simulasi terhadap alam semesta.
Untuk memberi lebih
pencerahan (dan mengecilkan permasalahan tersebut), Projek GalaxyDance yang
merupakan usahasama dengan program Marie Sklodowska-Curie telah pun
menggunapakai maklumat yang diperoleh daripada data statistik halaju galaksi
daripada semesta berhampiran, ditambahkan lagi dengan pemerhatian terhadap
anjakan merah yang terhasil akibat ruang yang terherot.
Dr. Wojciech Hellwing,
koordinator bagi projek tersebut merangkap Felo Pengkaji di Pusat Fizik Teori
Akademi Sains Poland, berbincang mengenai hasil projek tersebut buat masa
sekarang.
APAKAH YANG MENYEBABKAN
PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA INI SUKAR UNTUK DIFAHAMI?
Semakin kita dalami dan
telusuri pemerhatian kita terhadap alam semesta, kita tidak akan terlepas dari
mempersoalkan serba-sedikit mengenai sifatnya. Salah satunya adalah berkenaan
dengan pecutan fabrik ruangmasa, yang pada masa ini kita nisbahkan(nya sebagai)
akibat dari sifat yang dibawa oleh tenaga gelap. Namun sejujurnya, kita cuma
boleh mengambil tenaga gelap sebagai hipotesis yang baik sekiranya Teori
Graviti Einstein berguna (berfungsi) dalam kesemua skala kosmo, dan kita tahu
bahawa Teori Graviti Einstein tidak terpakai dalam beberapa keadaan, antaranya
seperti titik singulariti dalam lohong hitam.
Ada banyak lagi
penjelasan lain yang tidak memerlukan model tenaga gelap untuk menerangkan
fenomena pengembangan alam. Teori ini selalunya teori yang dilihat menjangkaui
Teori Kenisbian Umum, dan seringkali dipanggil sebagai “Teori Graviti
Terubahsuai”. Menguji Teori Kenisbian Umum serta teori-teori alternatif
terubahsuai ini pada skala antara galaksi adalah menjadi keperluan utama dalam
Astronomi Antara Galaksi Moden, dan ini merupakan tujuan utama Projek GalaxyDance
ditubuhkan.
BOLEH TERANGKAN DENGAN
LEBIH MENDALAM TENTANG APA YANG ANDA BUAT?
GalaxyDance
telah pun memperkenalkan satu pendekatan baharu yang terdiri daripada
penggunaan statistik tertib rendah bagi data-data halaju galaksi serta kelompok
mereka untuk menguji Teori Kenisbian Einstein serta teori alternatif yang lain.
Pendekatan ini merangkumi jarak antara galaksi yang luas, satu jarak yang mana
teori graviti jarang sekali diuji dengan pendekatan ini. Saya telah pun berjaya
menunjukkan pendekatan ini membawa kepada beberapa kelebihan: model ini bebas
dari unsur graviti, tiada bias dalam pemilihan galaksi serta secara umumnya
tidak terkesan dengan bidang fizik yang lain, seperti Fizik Baryonik.
Saya juga telah pun
menggunapakai simulasi komputer terkini dalam rangka mensimulasikan alam
semesta secara maya. Dengan menganalisa data ini, kita boleh berusaha
menggunapakai teori graviti terubahsuai serta mencari data yang mampu
mendatangkan hasil.
APAKAH YANG MEMBUATKAN
USAHA INI LEBIH INOVATIF?
Penggunaan simulasi
superkomputer yang pada asalnya adalah mustahil dengan model Teori Kenisbian,
akibat daripada kesukaran simulasi serta jumlah data yang banyak. Untuk
mengatasi masalah ini, kami telah pun memutuskan untuk menggunakan algoritma
(yang) lebih pantas – dengan kekurangan dari segi ketepatan – di mana pemodelan
alam semesta mampu dilakukan dengan lebih cekap.
Saya juga telah pun
berjaya menunjukkan bahawa dalam kes halaju kosmik, nilai anggaran dari data
kami adalah mencukupi untuk memberi hasil yang memberangsangkan.
APAKAH HASIL UTAMA YANG
ANDA JANGKAKAN DARI PROJEK INI?
Tidak diragui, salah
satu hasil yang dijangkakan dari projek ini adalah suatu set simulasi
teori-teori alternatif yang besar dan terkini yang membolehkan kajian terhadap
medan halaju kosmik mampu dihasilkan.
Kami telah pun
menunjukkan bahawa dengan statistik tertib rendah, medan halaju kosmik akan
mengandungi isyarat graviti terubahsuai yang kuat. Bagaimanapun, kami juga
telah menunjukkan bahawa, untuk mengekstrak isyarat ini, dedikasi serta
permodelan menyeluruh akan impak struktur kosmik berdekatan, seperti kelompok
galaksi Virgo, akan menjadi salah satu titik penting dalam penentuan kejayaan
kaedah yang kami gunapakai.
APA YANG ANDA HARAPKAN
SEBELUM PROJEK INI BERAKHIR?
(Agar) kami berupaya
menggunakan model tambahan dari proses-proses ini untuk menentukan warna
sesebuah galaksi, ketelusan serta bentuk galaksi tersebut. Hal ini akan
membolehkan penghasilan suatu “katalog galaksi maya” yang terhasil daripada
alam semesta yang dipengaruhi oleh teori graviti terubahsuai.
Dari situ, kita boleh
membandingkan hasil dapatan kami dengan model teori kenisbian Einstein yang
sedia ada, dan membuat unjuran akan kajian-kajian lain yang boleh dilaksanakan
di masa hadapan.
BAGAIMANAKAH REAKSI
MAKLUMBALAS KOMUNITI SAINTIFIK TERHADAP USAHA ANDA SETAKAT INI?
Ramai kenalan yang
kagum dengan kajian ini serta menunjukkan minat yang mendalam sewaktu kami
mempamerkan hasil projek kami di persidangan kosmologi antarabangsa. Tambahan
lagi, kami juga baru sahaja memulakan kolaborasi baru dengan saintis yang
mempunyai kepakaran dalam bidang pemerhatian galaksi (dari Lyon, Perancis)
serta dalam permodelan struktur kosmik (seorang saintis dari Potsdam, Jerman).
Kami amat gembira dengan jalinan kerjasama ini.
APAKAH IMPAK JANGKA
MASA PANJANG YANG ANDA HARAPKAN DARI PROJEK INI? BAGAIMANA PROJEK INI
MEMPERSIAPKAN KOMUNITI SAINTIFIK TERHADAP ERA DATA KOSMOLOGI YANG MAKIN BANYAK
DICERAP?
Harapannya adalah GalaxyDance
mampu membuka ruang kepada cara baru untuk kita menguji teori-teori
berkaitan gravity, serta menjadikan ujian kosmologi terhadap teori-teori
gravitini suatu reality. Apa sekalipun hasil akhirnya, sama ada teori tenaga
gelap ataupun teori graviti terubahsuai yang berjaya dibuktikan, harapannya
adalah agar projek ini mampu memberi kesan kepada pemahaman kita terhadap alam
semesta pada skala kosmologi.
Sekiranya dapatan
projek kami ini mampu membuktikan bahawa wujud fizik baru di sebalik teori
fizik yang ada sekarang, ia akan menggoyah pemahaman semasa kita terhadap
evolusi kosmo. Di suatu sudut yang lain, sekiranya projek kami mendapat hasil
yang negatif, hal ini akan menjadi hujat penguat terhadap teori kenisbian
Einstein di samping memaksudkan bahawa kita perlu berusaha lebih keras dalam
rangka merungkai misteri tentang tenaga gelap.
- Get link
- X
- Other Apps