- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (22 November 2014). Mount Popa Monastery and the Mythology of the
Thirty-Seven Spirit Guardians. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/mount-popa-monastery-and-mythology-thirty-seven-spirit-guardians-002350
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/mount-popa-monastery-and-mythology-thirty-seven-spirit-guardians-002350
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Burma, atau nama
rasminya, Republik Kesatuan Myanmar, merupakan sebuah negara berdaula di Asia
Tenggara yang bersempadan dengan Bangladesh, India, Cina, Laos dan
Thailand. Dalam sebahagian besar sejarah
modennya,Myanmar terpencil dari dunia, diperintah oleh kententeraan junta yang
memegang kuasa penuh walaupun dicemuh oleh badan antarabangsa kerana
kezalimannya terhadap kemanusiaan. Walau bagaimanapun, di kala
permasalahan-permasalahan masa kini yang dialaminya, Burma memiliki sejarah
lampau yang berwarna-warni dan warisan yang kaya. Salah satu contoh yang paling
mengagumkan adalah biara Taung Kalat.
Taung Kalat (bermaksud
bukit berlapik) terletak di barat daya Gunung Popa (bahasa Pali/Sanskrit bagi
bunga), sebuah gunung berapi yang terletak di Banjaran Pegu di tengah-tengah
Burma, kira-kira 50km arah tenggara dari kota Bagan purba. Taung Kalat sendiri
merupakan leher gunung berapi (satu ciri semula jadi yang terbentuk dari
pengerasan magma di dalam lubang gunung berapi aktif semasa ia bergerak ke
atas), walaupun kini gunung berapi tersebut dipercayai telah tidak aktif. Lebih
memeningkan, Taung Kalat kadangkala disebut sebagai Gunung Popa. Untuk
mengelakkan kekeliruan tersebut, gunung berapi itu dipanggil oleh penduduk tempatan
sebagai Taung Ma-gyi, yang bermaksud ‘ibu bukit’.
![]() |
| Pandangan Gunung Popa dari jauh |
Tepat di puncak Taung
Kalat, dibina sebuah biara agama Buddha sekaligus menghidangkan pemandangan
indah kepada para pelancong yang berupaya menggagahi 777 anak tangga untuk tiba
di puncak gunung berapi tersebut. Tidak hanya menjadi tarikan pelancong, biara
itu juga merupakan tapak penziarahan suci (pilgrimage). Dipercayai
bahawa Taung Ma-gyi yang terletak berhampiran dihuni oleh Nat-Nat Agung.
Menurut kepercayaan agama Buddha-Burma, nat adalah kumpulan roh yang
sifatnya pelbagai, dari pelindung individu secara peribadi hinggalah roh hutan.
Pemujaan nat lahir lebih awal berbanding ketibaan agama Buddha di Burma,
walaupun amalan tersebut diserap masuk ke dalam ajaran Buddha-Burma semasa ia
tiba dari India pada kurun ke3SM.
Nat-Nat Agung adalah
kumpulan khusus 37 nat yang kepentingannya diperakui di seluruh negara.
Hampir kesemua nat ini adalah manusia yang menemui kematian tragis.
Kisah-kisah hidup para nat ini mungkin dianggap sebagai legenda, akan
tetapi terdapat kemungkinan bahawa manusia di sebalik legenda tersebut
benar-benar wujud. Walaupun kesemua 37 Nat Agung ini dipuja di Taung
Ma-gyi, hanya empat daripada mereka sahaja memiliki persemayaman di gunung
tersebut. Mereka adalah Maung Tint Dai, Saw Me Yar, Byatta dan Mai Wunna.
Setiap satu figura ini memiliki kisah tersendiri bagaimana mereka menjadi nat.
![]() |
| Yokkaso (roh pelindung pokok) dalam gambaran masyarakat Burma |
Menurut legenda, Maunt
Tint Dai merupakan seorang tukang besi yang hidup pada zaman pemerintahan
kerajaan semi-legenda, Tagaung pada abad ke-6SM. Beliau dikenali sebagai
seorang yang sangat kuat lagi gagah hinggakan raja sendiri menyimpan rasa takut
terhadapnya. Akibat keadaan itu, raja memutuskan untuk menghapuskannya dengan
suatu helah. Raja mengumumkan bahawa beliau ingin memperisterikan saudara
perempuan Maung Tint Dai yang bernama Saw Me Yar lalu menjadikannya ratu. Untuk
itu, si raja pun menjemput tukang besi itu datang ke kota diraja. Apabila Maunt
Tint Dai tiba untuk mengucapkan tahniah kepada saudara perempuannya, beliau
langsung sahaja diberkas dan diikat pada sebatang pokok champa emas lalu
dibakar sehingga mati.
Apabila saudara
perempuannya mendengar berita tersebut, beliau terus sahaja melompat ke dalam
api dan ikut terbunuh. Kedua beradik itu kemudiannya menjadi nat dan
hidup di dalam pokok yang telah separuh terbakar itu. Memandangkan orang-orang
yang berjalan di bawah pokok tersebut dikhabarkan telah terkena sumpahan, maka
si raja memerintahkan agar pokok berkenaan ditebang dan dihanyutkan ke Sungai
Irrawaddy. Dicatatkan bahawa pokok tersebut hanyut sehingga tiba di Bagan
semasa pemerintahan Raja Thigyang. Raja Thigyang menyelamatkan pokok itu dan
kayu-kayunya diukir sehingga membentuk patung Maung Tint Dai dan saudara Saw Me
Yar. Patung ini disimpan di Taung Ma-gyi.
![]() |
| Kuil suci Nat, terletak di tapak puncak Gunung Popa, mengandungi patung 37 pengemuka nat Burma. Sebahagiannya adalah dewa Hindu, sementara selebihnya dibina dari legenda tempatan |
Legenda Byatta dan Mai
Wunna pula berlaku pada zaman yang lebih terkemudian, iaitu di kurun ke-11
Masehi, semasa pemerintahan Raja Anawrahta. Byatta dicatatkan merupakan seorang
pelari yang laju dari India. Beliau bekerja sebagai pemetik bunga buat Raja
Anawrahta. Byatta dikatakan mampu berlari dari Bagan ke Taung Ma-gyi (berjarak
kira-kira 50km) dan berulang-alik sebanyak 10 kali dalam sehari demi
membekalkan bunga-bunga yang segar buat raja.
Dalam salah satu
perjalanannya ke Taung Ma-gyi, Byatta terserempak dan jatuh cinta dengan Mai
Wunna, si makhluk pemakan bunga yang hidup di gunung. Mereka berdua dikurniakan
dua orang putera. Apabila si raja mendengar hal ini, beliau langsung sahaja
memancung Byatta. Berita kematian Byatta sampai ke pengetahuan Mai Wunna yang
lantas meninggal dunia akibat dukacita. Pasangan kekasih ini kemudiannya
menjadi nat yang menghuni Taung Ma-gyi bersama Maunt Tint Dai dan Saw Me
Yar.
Mitologi Gunung Popa masih menjadi sebahagian dari kebudayaan Burma terutama dengan berlangsungnya festival dan keraian tahunan yang terus diadakan. Ribuan manusia turut melakukan ziarah-suci ke gunung berkenaan untuk memberi sembah korban kepada para nat serta memanjatkan doa agar meraih tuah di tahun mendatang. Melihat kemasyhuran yang masih dikecapi Gunung Popa mencerminkan hakikat bahawa masyarakat Burma masih mengamalkan secara aktif tradisi purba dalam kehidupan seharian. Tradisi-tradisi purba sebeginilah yang memberikan ciri kebudayaan yang unik, termasuk di wilayah sekitar.
Mitologi Gunung Popa masih menjadi sebahagian dari kebudayaan Burma terutama dengan berlangsungnya festival dan keraian tahunan yang terus diadakan. Ribuan manusia turut melakukan ziarah-suci ke gunung berkenaan untuk memberi sembah korban kepada para nat serta memanjatkan doa agar meraih tuah di tahun mendatang. Melihat kemasyhuran yang masih dikecapi Gunung Popa mencerminkan hakikat bahawa masyarakat Burma masih mengamalkan secara aktif tradisi purba dalam kehidupan seharian. Tradisi-tradisi purba sebeginilah yang memberikan ciri kebudayaan yang unik, termasuk di wilayah sekitar.
![]() |
| Pandangan kuil di puncak Gunung Popa – Taung Kalat yang lebih luas |
SUMBER
- Ashmore, R. 2012. The Temple that brings monks closer to God (because it’s nearly 5000ft up a mountain).
- Hla Tha Mein. 2012. Thirty-Seven Nats.
- Pavils, G. 2012. Popa Taung Kalat.
- Rioukhina, E. 2009. Legend of the Mount Popa.
- Spooky. 2009. The Incredible Taung Kalat Monastery.
- Wikipedia. 2014. Mount Popa.
- Wikipedia. 2014. Nat (spirit).
- Kuriositas. 2013. The Monastery Built on a Volcanic Plug.
- Get link
- X
- Other Apps




