- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Bateri-bateri litium-ion telah memperbaharui dan menambah-baik kehidupan kita sejak kali pertama memasuki pasaran pada tahun 1991. Ciptaan ini memberikan sumbangan signifikan dalam mewujudkan masyarakat yang bebas bahan api fosil dan memberi manfaat yang besar kepada manusia.
Nobel Foundation. (9 Oktober 2019). Nobel Prize in Chemistry 2019: Lithium-Ion
batteries. Science Daily.
https://www.sciencedaily.com/releases/2019/10/191009082508.htm
https://www.sciencedaily.com/releases/2019/10/191009082508.htm
Penterjemah:
Iman Syah
Akademi Sains Diraja
Sweden sebulat suara dalam memberikan Anugerah Nobel Kimia 2019 kepada John B.
Goodenough dari University of Texas di Austin, Amerika Syarikat; M. Stanley
Whittingham dari Binghamton University, State University of New York, Amerika
Syarikat; dan Akira Yoshiro dari Asahi Kasei Corporation, Tokyo Jepun; serta
Meijo University, Nagoya, Jepun ‘kerana membangunkan bateri litium-ion’.
MEREKA
MENCIPTA SEBUAH DUNIA YANG MAMPU DICAJ SEMULA
Anugerah Nobel Kimia
2019 telah diberikan kepada tokoh-tokoh pembangun bateri litium-ion. Bateri
yang bersifat ringan dan mampu dicaj semula ini kini telah digunakan dalam
segala perkara, bermula dari telefon bimbit hingga ke komputer riba dan juga
kereta elektronik. Ia juga boleh menyimpan amaun tenaga yang banyak dari tenaga
solar dan tenaga angin, sekaligus membolehkan wujudnya komuniti yang
bebas-bahan api fosil.
Pembangunan bateri
litium-ion dimulakan semenjak berlakunya krisis minyak pada 1970an. Stanley
Wittingham memperkenalkan kaedah-kaedah yang boleh membawa kepada tenaga
teknologi yang bebas-bahan api fosil. Beliau memulakan kajian ke atas
superkondukter dan menemukan sebuah bahan yang sangat kaya dengan tenaga. Bahan
ini beliau gunakan untuk menciptakan sebuah katod inovatif di dalam sebuah
bateri litium. Ianya diperbuat daripada titanium disulfida (titanium disulphide) yang mana pada
tahap molekul, memiliki ruang-ruang yang mampu menempatkan litium-ion.
Anod pada bateri
diperbuat daripada litium metalik, yang mempunyai dorongan yang kuat untuk
membebaskan elektron. Hal ini menjadikan bateri tersebut semakin berpotensi,
sekitar dua volt lebih kuat. Namun, litium metalik bersifat reaktif dan bateri
pula bersifat mudah letup.
John Goodenough
menjangkakan bahawa katod tersebut boleh memiliki potensi yang lebih besar jika
ia diperbuat daripada besi (logam) oksida, dan bukannya besi (logam) sulfida.
Setelah menjalankan sebuah penyelidikan yang sistematik pada tahun 1980, beliau
membuktikan bahawa kobalt oksida dan litium-ion boleh menghasilkan sehingga
empat volt. Hal ini merupakan satu pencapaian yang penting dan mampu membawa
kepada penghasilan bateri-bateri yang lebih berkuasa.
Dengan katod ciptaan
Goodenough sebagai asas, Akira Yoshino menghasilkan bateri litium-ion pertama
yang boleh dikomersialkan pada tahun 1985. Beliau tidak menggunakan litium
reaktif pada anod, sebaliknya memanfaatkan kok petroleum, sebuah logam karbon
yang sama seperti kobalt oksida pada katod, ianya boleh menyuntik litium-ion.
Hal ini berjaya
menghasilkan bateri yang ringan dan berdaya tahan tinggi yang boleh dicas
ratusan kali sebelum prestasinya merudum. Kelebihan bateri-bateri litium-ion
adalah ianya tidak didasarkan pada tindak-balas kimia yang memecahkan elektrod,
akan tetapi pada litium-ion yang mengalir secara berterusan di antara anod dan
katod.
Bateri-bateri litium-ion telah memperbaharui dan menambah-baik kehidupan kita sejak kali pertama memasuki pasaran pada tahun 1991. Ciptaan ini memberikan sumbangan signifikan dalam mewujudkan masyarakat yang bebas bahan api fosil dan memberi manfaat yang besar kepada manusia.
John
B. Goodenough, dilahirkan pada tahun 1922 di Jena,
Jerman. Mengambil Ph.D. pada tahun 1952 di University of Chicago, USA.
Pengerusi Virginia H. Cockrell dalam jurusan Kejuruteraan di Universiti Texas,
Austin, USA.
M.
Stanley Whittingham, dilahirkan pada tahun 1941 di UK.
Mengambil Ph.D. pada tahun 1968 di Universiti Oxford, UK. Profesor terkemuka di
Universiti Binghamton, State University of New York, USA.
Akira
Yoshino, dilahirkan pada tahun 1948 di Suita, Jepun.
Mengambil Ph.D. pada tahun 2005 di Universiti Osaka, Jepun. Felo Kehormat di
Asahi Kasei Corporation, Tokyo, Jepun dan seorang professor di Universiti
Meijo, Nagoya, Jepun.
Jumlah
Hadiah: 9 juta krona Sweden, untuk dikongsikan secara sama
rata antara pemenang.
- Get link
- X
- Other Apps
