- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Mindy Weisberger. (20 Mei 2019). We May Finally Know Where the Cannabis Plant
Originated. Live Science.
https://www.livescience.com/65517-cannabis-asia-originated.html
https://www.livescience.com/65517-cannabis-asia-originated.html
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Ganja mungkin berasal
dari Dataran Tinggi Tibet, menurut hasil penyelidikan yang dijalankan ke atas
debunga fosil.
Walapun tumbuhan
perubatan dan psikotropik ini telah lama diketahui berevolusi buat pertama kali
di Asia Tengah, para saintis masih tidak mengetahui tentang lokasi tepatnya.
Hal ini disebabkan oleh kekurangan bukti fosil ganja purba berbentuk
kesan-kesan yang ditinggalkan olehnya pada batu-batuan.
Namun, saintis
melaporkan bahawa mereka mempunyai banyak debunga fosil yang mewakili genus Cannabis. Walau bagaimanapun,
penilaian-penilaian terhada debunga fosil di Asia yang dilakukan sebelum ini
menggolongkan debunga Cannabis (ganja)
bersama dengan tumbuhan yang berkait dalam genus Humulus (yang mana sebahagian daripadanya digunakan untuk
menghasilkan arak).
Bagi kajian yang
dijalankan baru-baru ini, para penyelidik memisahkan debunga Cannabis dari perkaitan dengan debunga Humulus menerusi 155 buah kajian.
Kemudian, mereka memetakan hasil kajian tersebut ke daerah-daerah di seluruh
Asia demi memastikan dari mana dan pada waktu bila Cannabis muncul.
Para saintis mengenal
pasti sesebuah debunga fosil itu sebagai Cannabis
sekiranya ia muncul bersama beberapa jenis debunga dari ekosistem steppe –
iaitu kawasan terbuka dan tidak dilitupi hutan tebal yang dipercayai sesuai
dengan pertumbuhan Cannabis. Mereka
menemukan debunga fosil Cannabis terawal di barat laut Cina dan ianya berusia
sekitar 19.6 juta tahun lalu.
Namun, Cannabis diketahui telah berpisah dari Humulus sekitar 28 juta tahun yang lalu.
Hal ini sekaligus mengisyaratkan bahawa Cannabis
berkemungkinan berasal dari tempat lain, sebagaimana yang dilaporkan oleh
jurnal kajian yang dikeluarkan.
Walaupun para
penyelidik tidak berhasil menemukan sebarang debunga ganja yang berusia 28 juta
tahun, mereka berjaya menemukan debunga berusia 28 juta tahun dari Artemisia, satu lagi genus tumbuhan
steppe yang tumbuh dengan banyak bersama Cannabis jutaan tahun dahulu. Bukti
debunga Artemisia terawal ini ditemukan di Dataran Tinggi Tibet yang terletak
berhampiran Tasik Qinghai, di mana lokasi ini berkedudukan kira-kira 10 700
kaki (3260m) dari paras laut.
Dengan menggunakan
model statistik, para penyelidik menganggarkan bahawa memandangkan kumpulan
tumbuhan di lokasi tersebut – termasuklah Artemisia
– turut ditemui bersama Cannabis di
lokasi-lokasi lain yang usia mereka adalah jutaan tahun kemudian, maka mereka
berpendapat bahawa Cannabis juga
wujud di ekosistem beraltitud tinggi ini. Pendapat ini diterima walaupun
sekiranya tiada bukti langsung tentang kewujudan debunga Cannabis di situ (Dataran Tinggi Tibet, tulis para penyelidik.
Dari Dataran Tinggi
Tibet, ganja kemudiannya tiba di Eropah kira-kira 6 juta tahun dahulu dan
tersebar jauh ke timur Cina kira-kira 1.2 juta tahun yang lalu.
Penemuan ini disiarkan
di atas talian pada 14 Mei dalam jurnal Vegetation
History and Archaeobotany (Sejarah Tumbuhan dan Arkeobotani).
- Get link
- X
- Other Apps
