- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (12 April 2016). Vahagn: The Armenian Dragon Slayer God and Bringer
of Fire. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/vahagn-armenian-dragon-slayer-god-and-bringer-fire-005699
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/vahagn-armenian-dragon-slayer-god-and-bringer-fire-005699
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Vahagn merupakan dewata
yang dipuja di Armenia sebelum kemunculan agama Kristian. Vahagn dipuja dewa
api. Nama Vahagn dipercayai diambil daripada gabungan dua perkataan Sanskrit,
iaitu vah dan agni yang masing-masing bermaksud ‘pembawa’ dan ‘api’. Justeru, nama
dewata purba ini boleh diterjemahkan sebagai ‘pembawa api’. Vahagn juga dipuja
sebagai dewa gunung berapi, dewa matahari dan juga dewa pahlawan.
ASAL-USUL
LAIN BAGI NAMA VAHAGN
Terdapat juga
penjelasan lain berkenaan asal-usul nama Vahagn, di mana ia dikatakan diambil
daripada dewa Parsi yang bernama Veretrana / Veretranga / Verethranga. Bagi
keadaan ini, bukan sahaja nama Vahagn, malah entiti dewata itu sendiri
berasal-usul daripada Parsi yang kemudiannya dibawa masuk ke dalam budaya
masyarakat Armenia.
Dewata yang dikenali
sebagai Artagnes juga dikatakan merupakan versi Yunani bagi Vahagn,
memandangkan Artagnes turut dikenal-pasti sebagai Veretrana / Veretranga /
Verethranga. Apapun, Dewa Artagnes paling masyhur dikenali sebagai gabungan
dewa (Artagnes-Herakles-Ares) yang digambarkan di Gunung Nemrud, kawasan
pemakaman suci yang dibina oleh Antiochus I Theos, pemerintah paling masyhur
bagi Kerajaan Commagene.
![]() |
| Tugu Vahagn Si Penumbang Naga digambarkan sedang mencekik seekor naga di Yerevan |
Secara umum, Vahagn
dipuja sebagai dewata tiga serangkai, bersama dewa Aramazd dan Anahit. Walaupun
kedua-dua dewa tersebut dipuja oleh masyarakat Armenia, terdapat kemungkinan
bahawa keduanya mempunyai asal-usul daripada Parsi. Aramazd dipercayai
diadaptasi daripada Ahura Mazda dalam kepercayaan Zoroastrian, manakala Anahit
pula berakar daripada Anahita yang terdapat dalam kepercayaan Parsi lama.
Keadaan sebegini
diangap sebagai bukti lanjut yang boleh mendokong dakwaan bahawa Vahagn adalah
versi Armenia bagi dewa Veretrana / Veretranga / Verethranga. Walau
bagaimanapun, terdapat juga beberapa orang penyelidik yang berpendapat bahawa
Vahagn bukanlah berasal daripada Parsi, sebaliknya ia adalah dewata asli dari
Armenia yang mana asal-usulnya mungkin boleh didapati di dalam catatan-catatan
masyarakat Armenia yang masih belum ditemui.
KELAHIRAN
DEWA PEMBUNUH NAGA
Walaupun dipuja sebagai
salah satu dari tiga dewata serangkai, Vahagn mempunyai signifikasi tersendiri.
Vahagn dikenali secara umum dengan gelaran ‘Vishapakagh’
yang bermaksud ‘Pembunuh Naga’. Gelaran ini secara jelas menerangkan bahawa
Vahagn merupakan dewa yang menundukkan naga, justeru menjadikannya sebagai
dewata pahlawan. Kisah berkenaan hal tersebut didapati di dalam sebuah lagu
purba yang dikarang oleh seorang sejarahwan Armenia abad ke-5 yang bernama
Moses Khorenatsi / Moses of Khoren.
Namun malangnya,
rangkap yang menceritakan tentang pertempuran antara Vahagn dan naga dipercayai
telah pun hilang. Pun begitu, kisah kelahiran Vahagn masih lagi terpelihara
sekaligus mencerahkan sedikit pemahaman sejarahwan tentang dewata tersebut.
Dalam lagu itu,
diisyaratkan bahawa Vahagn dilahirkan dari rongga tangkai rumpai laut:
“Dengan keringat,
lahirlah langit dan bumi.
Dengan keringat, lahirlah juga lautan ungu!
Keringkat ditumpahkan di lautan, di rongga merah yang kecil.
Daripada rongga tangkai, keluarlah asap.
Daripada rongga tangkai, keluarlah api.
Dan keluarlah juga pemuda yang berlari!”
Dengan keringat, lahirlah juga lautan ungu!
Keringkat ditumpahkan di lautan, di rongga merah yang kecil.
Daripada rongga tangkai, keluarlah asap.
Daripada rongga tangkai, keluarlah api.
Dan keluarlah juga pemuda yang berlari!”
Di dalam teks
berkenaan, turut jelas dinyatakan bahawa Vahagn merupakan dewata api. Selain
itu, rangkap yang menyebutkan bahawa asap dan api muncul daripada ‘rongga
tangkai’ kelihatan agak mirip dengan sebuah hikayat yang terdapat dalam
mitologi Hindu. Di dalam mitologi tersebut, dewa api Hindu iaitu Agni
dikisahkan pernah bersembunyi di dalam rongga tangkai sejenis tumbuhan dengan
tujuan untuk menghindari dari dewa-dewa lain yang mahu menggalaskan padanya
tugas membawa korban-korban yang dipersembahkan oleh manusia untuk para dewa.
![]() |
| Vahagn, dewa api Armenia |
DEWA
PENGECOH YANG MELAHIRKAN BIMA SAKTI
Vahagn tidak hanya
dikenali sebagai dewa api dan dewa pahlawan. Pada keadaan tertentu, ia turut
diyakini sebagai dewata pengecoh. Gelaran lain bagi Vahagn adalah ‘Hartagogh’ yang bermaksud ‘Pencuri
Jerami’. Kisah yang menjelaskan bagaimana Vahagn memperolehi gelaran tersebut
didapati di dalam sebuah legenda yang direkodkan oleh ahli astronomi kurun ke-7
yang bernama Anania Shirakatsi.
Menurut hikayat
tersebut, Vahagn dikisahkan pernah mencuri jerami dari dewa musuhnya, iaitu
Barsham / Baalshamin pada suatu malam yang dituruni salji. Ketika Vahagn sedang
tergesa-gesa melarikan diri, sebahagian daripada jerami yang dicurinya itu
berciciran di dada langit sekaligus melahirkan galaksi Bima Sakti.
![]() |
| Lukisan tentang Vahagn si Dewa Penumbang Naga oleh artis Austria, J Rotter |
Vahagn dianggap sebagai
dewa yang sangat masyhur di Armenia. Berikutan kemasyhuran yang dimilikinya
dalam kalangan masyarakat Armenia purba, kultus pemujaan satu lagi dewata
masyhur dari Zoroastrian, iaitu Mithra, sama sekali tidak mendapat tempat yang
kukuh dalam kalangan masyarakat berkenaan. Walau bagaimanapun, berikutan
kemunculan agama Kristian, Vahagn diubah daripada seorang dewa menjadi seorang
raja, di mana beliau disebut sebagai putera kepada Tigranes I dan ayahanda
kepada Aravan.
SUMBER
- Coulter, C.R. & Turner, P. 2000. Encyclopedia of Ancient Deities. Chicago. III: Fitzroy Dearborn Publishers.
- Hacikyan, A.J., Basmajian, G., Franchuk, E.S. & Ouzounian, N. 2000. The Heritage of Armenian Literature. Volume I: From the Oral Tradition to the Golden Age. Detroit. Mich: Mayne State University Press.
- Admin. 2015. Could this mysterious deity be the Armenian God Vahagn
- Hewsen, R. H. 1977. The Birth of Vahagn: An Armenian Vision of Celestial Catastrophe
- Kurkjian, V.M. 1958. A History of Armenia. Chapter XXXIV: Armenian Mythology.
- Get link
- X
- Other Apps



