- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel
asal:.
Epoch Times. (29 Mac 2018). Hidden For a Thousand Years – China’s “Underground
Great Wall”. Ancient Origins
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/hidden-thousand-years-chinas-underground-great-wall-009814?
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/hidden-thousand-years-chinas-underground-great-wall-009814?
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Dalam sejarah Cina,
direkodkan bahawa Dinasti Song Utara (960-1127M) berperang selama 200 tahun
dengan Dinasti Liao dan Dinasti Jin, yang pada masa itu masing-masing
diperintah oleh bangsa minoriti dari Wilayah-Wilayah Utara Cina, iaitu Khitan
dan Jurchen. Dataran Utara Cina merupakan tanah rata yang terbentang luas,
tanpa gunung-ganang mahupun sungai yang boleh digunakan untuk membantu dalam
mempertahankan diri daripada serangan pihak di utara. Maka bagaimana, Dinasti
Song yang lebih lemah berupaya untuk bertahan buat tempoh masa yang panjang?
LALUAN-LALUAN
PERANG PURBA YONGQING
Pada musim panas tahun
1948, kampung Yongqing, wilayah Hebei mengalami bencana banjir besar yang
membadai pantas ke seluruh pekan. Penduduk tempatan bergegas melarikan diri ke
tempat yang selamat sejurus mendengar bunyi bising. Namun, haluan banjir
tiba-tiba saja berubah dan tidak lama kemudian, paras air banjir surut dengan
banyak. Beberapa tempoh kemudian, di bahagian barat laut pekan, penduduk
tempatan mendapati bahawa air banjir itu pada hakikatnya dialihkan haluannya
oleh laluan bawah tanah.
![]() |
| ‘Sungai Kuning Melepasi Laluannya’ oleh Ma Yuan |
Pada tahun 1951, sebuah
rumah yang terletak kira-kira 2.5 km dari pekan Yongqing tiba-tiba sahaja
runtuh dan mendedahkan sebuah gua bawah tanah yang berkeluasan sekitar 150
meter persegi. Di dalam gua itu terdapat berdozen-dozen pintu kecil, yang
setiap satunya membawa kepada sebuah laluan. Di dalamnya terdapat pondok-pondok
kecil, lengkap dengan lilin-lilin yang telah separuh terbakar dan lampu-lampu
di atas katil-katil batu yang boleh dihangatkan.
Selepas melakukan
penyelidikan lanjut, pakar mendapati bahawa laluan-laluan perang purba
terbentang di seluruh Wilayah Yongqing, meliputi kawasan yang luasnya kira-kira
300 km persegi.
SIAPAKAH
YANG MEMBINA LALUAN-LALUAN PERANG PURBA INI DAN BILAKAH IA DIBINA?
Pakar mendapati bahawa
laluan-laluan perang purba Yongqing ini dibina secara meluas. Pada hakikatnya,
ia merupakan sebuah binaan berskala besar yang digunakan untuk menempatkan
tentera pada waktu-waktu perang. Struktur gua-guanya sangat rumit namun
sempurna, dengan dilengkapi fasiliti ketenteraan seperti laluan keluar yang
palsu, pintu keluar dan gerbang-gerbang berkunci. Fasiliti petempatan tentera
juga turut ditemui; misalnya lubang-lubang pengudaraan, lampu-lampu diri dan
katil-katil batu yang boleh dihangatkan.
‘Batu-batu biru’ yang
digunakan untuk membina laluan-laluan ini bersaiz 30x16x8 cm kubik. Batu jenis
ini dihasilkan daripada tanah bakar yang dipanaskan pada suhu yang tinggi
sekaligus menjadikannya sangat padat dan kuat. Pengunaan fasiliti-fasiliti
sebegini mengisyaratkan wujudnya sebuah rangkaian bawah tanah yang terancang
rapi dan maju.
![]() |
| Patung ketenteraan, Dinasti Song Utara, kurun ke-11 |
Penyelidikan lanjut mendedahkan
bahawa batu-batu biru yang ditemui di Wilayah Yongqing ini sama seperti batu
yang ditemui di laluan-laluan bawah tanah di Qigang, Wilayang Xiong dari zaman
Dinasti Song. Penghasilan dan penyelenggaraan rangkaian bawah tanah yang
sebesar ini memerlukan bekalan batu ini dalam jumlah yang besar. Dipercayai
bahawa laluan-laluan perang purba ini dibina sebagai sebahagian daripada projek
berskala negara dan ia pembinaannya diselia pada peringkat negara oleh
pemerintah pada waktu itu.
LALUAN-LALUAN
INI TERBENTANG SEJAUH 16000 KM PERSEGI
Pakar telah melakukan
penggalian ke atas laluan-laluan perang yang sama di Yongqing, wilayah Xiong
dan Bazhou. Laluan-laluan perang purba ini terbentang sejauh kira-kira 65 km
dari timur ke barat, dan 25 km dari utara ke selatan, yang secara
keseluruhannya meliputi kawasan seluas 1600 km persegi. Ketika sempadan barat
antara Dinasti Song dan Dinasti Liao berada di sejauh wilayah Rongcheng dan
Xushui, pakar memperkirakan bahawa terdapat banyak laluan perang purba di kawasan
itu. Ukuran jauh laluan-laluan perang purba ini dari Yongqing ke wilayah timur
masih belum diketahui.
![]() |
| Tiada siapa tahu seberapa jauh laluan-laluan perang purba ini terbentang ke timur dari Yongqing |
MENYEMBUNYIKAN
TENTERA DI DALAM LALUAN-LALUAN PERANG PURBA DEMI MEMPERTAHANKAN NEGARA
Dalam banyak-banyak
legenda yang ada berkenaan rangkaian bawah tanah ini, terdapat satu legenda
yang menyatakan bahawa laluan-laluan perang purba ini dibina oleh Panglima Yang
dan keluarganya; sebuah keluarga yang melahirkan tiga orang panglima hebat
dalam tiga generasi. Legenda lain pula menyatakan bahawa Panglima Yang Liulang
menggunakan laluan-laluan bawah tanah ini untuk mempertahankan sempadan. Pada
masa itu (960-1127M), tentera-tentera Dinasti Liao mengawal wilayah utara
Yongqing dengan ketat. Dicatatkan bahawa Yang Liulang membina laluan-laluan ini
untuk menyembunyikan pasukan tentera di bawah tanah. Dengan demikian, mereka
dapat segera mempertahankan diri tatkala menghadapi serangan yang dilancarkan
oleh pasukan tentera Liao.
![]() |
| ‘Empat Panglima Zhongxing’ oleh pelukis Dinasti Song Selatan, Liu Songnian (1174-1224) |
Pakar berpendapat
bahawa laluan-laluan bawah tanah ini berkemungkinan digunakan sebagai markas
untuk melancarkan serangan semasa meletusnya perang di zaman Cina purba.
Sebagai maksud pertahanan, merentas tahun, pihak pemerintah membina
tembok-tembok besar di kawasan pergunungan atau kawasan yang berhampiran denan
sungai dan tasik dengan tujuan untuk menghalang kemaraan pasukan tentera
berkuda musuh.
Namun di dataran
terbuka, di mana sukar untuk memanfaatkan permukaan bumi bagi maksud
pertahanan, kewujudan terowong bawah tanah dapat membolehkan tentera-tentera
bergerak di bawah tanah tanpa dilihat oleh musuh. Laluan-laluan perang purba
menjadi suatu sistem pertahanan yang masyhur lantaran kelebihan yang ia
berikan, sama ada semasa mempertahankan diri mahupun melancarkan serangan.
Justeru, ia digelari sebagai ‘Tembok Besar bawah tanah’.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Tersembunyi Selama Seribu Tahun – Tembok Besar Bawah Tanah Cina’
- Get link
- X
- Other Apps




