- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke
artikel asal:
Istana Donggung merupakan istana kedua (sampingan) bagi para pemerintah Kerajaan Silla. Namun, ia adalah kediaman utama bagi putera mahkota yang mempunyai balairungnya yang tersendiri di situ. Selama beberapa abad, istana ini turut berfungsi sebagai tempat berlangsungnya jamuan dan majlis resepsi diplomatik.
Tiga buah astaka yang terdapat di sana pada asalnya dibina untuk kemanfaatan para pengunjung dan menyediakan tempat berteduh untuk mereka. Astaka-astaka ini dibina di atas dermaga, atapnya digayakan dengan gaya tradisional China dan bangunannya disokong oleh sejumlah tiang. Struktur astaka-astaka ini dibina dan diperbaiki semula mengikut bentuk sebenarnya. Para pengunjung boleh berjalan melalui astaka-astaka ini untuk mendapatkan pemandangan Kolam Wolji yang sama seperti dilihat oleh para raja dan putera di zaman dahulu.
Istana yang dahulunya menjadi kediaman putera mahkota kini tidak lagi wujud. Semasa menjalankan penyelidikan arkeologi di tapak itu pada tahun 1980an, ahli-ahli arkeologi mendapati bahawa pada asalnya terdapat lebih banyak bangunan di tepi Kolam Wolji. Malahan, ia dikelilingi oleh tembok batu. Dipercayai bahawa terdapat juga sejumlah terusan yang menghubungkan kolam ini dengan kawasan-kawasan berhampiran. Kompleks yang telah dibaik-pulih ini setidak-tidaknya dapat memberikan kita gambaran tentang bagaimana pemandangan Istana Donggung dan Kolam Wolji di zaman Silla.
Ed Whelan. (18 Januari 2020). Donggung Palace and Wolji Pond: Waters that
Reflects the History of South Korea. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/donggung-palace-0013164
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/donggung-palace-0013164
Penterjemah: Amir Zayyanid
Antara tapak
bersejarah yang paling indah daripada sekalian banyaknya monumen warisan di
Korea Selatan adalah Istana Donggung dan Kolam Wolji, yang turut mempunyai
sejumlah pagoda yang menghiasi sebuah kolam buatan yang memukau. Tapak ini
berusia hampir 1500 tahun dan dianggap sebagai khazanah negara masyarakat
Korea.
SEJARAH
GEMILANG ISTANA DONGGUNG DAN KOLAM WOLJI
Kolam Wolji
dan astaka-astaka yang terdapat di sekitarnya pernah menjadi sebahagian
daripada kompleks istana yang terletak di ibu kota Kerajaan Silla, kerajaan
yang pernah memerintah bahagian tenggara Semenanjung Korea selama hampir satu
milenium (57SM-935M).
Raja Munmu,
salah seorang monarki teragung Korea, menyatukan kerajaan-kerajaan Korea dan
kompleks istana ini dibina atas perintahnya pada tahun 674M. Beliau
bertanggungjawab mengusir kekuatan Tang-China dari semenanjung Korea. Namun,
walaupun kerajaannya berkonflik dengan China, Silla tanpa dapat dinafikan
dipengaruhi oleh budaya Tang dengan begitu kuat, terutama pada aspek keagamaan
seperti Taoisme.
Buddhisme juga
diperkenalkan ke Silla menerusi hubungan yang dijalinkan dengan China. Pengaruh
ini menonjol secara khusus pada pagoda-pagoda di sekitar Kolam Wolji, di mana
bangunan-bangunan tersebut dicirikan dengan seni bina klasik Tang. Reka letak
kolam tersebut juga didasari oleh model daripada China dan diinspirasikan
daripada prinsip-prinsip estetika Taoisme dan Buddhisme. Istana Donggung dan
Kolam Wolji tidak hanya direka dengan nilai estetika yang unggul, malahan ia
turut berupaya menghadirkan suasana tenang pada diri seseorang untuk
membolehkannya merenung atau mengintrospeksi diri.
![]() |
| Pengaruh seni bina Tang yang tampak pada perincian bumbung astaka |
Istana Donggung merupakan istana kedua (sampingan) bagi para pemerintah Kerajaan Silla. Namun, ia adalah kediaman utama bagi putera mahkota yang mempunyai balairungnya yang tersendiri di situ. Selama beberapa abad, istana ini turut berfungsi sebagai tempat berlangsungnya jamuan dan majlis resepsi diplomatik.
Pada kurun
ke-10, pemberontakan kelas aristokrat dan rakyat jelata membawa kepada
kejatuhan Silla. Pengganti kerajaan tersebut, iaitu Koryo, meninggalkan tapak
tersebut justeru membiarkannya usang dan seterusnya dilupakan.
Pada tahun
1970an dan 1980an, kerajaan Korea mengarahkan agar kolam dan pagoda-pagoda di
sekitarnya dibina semula secara sepenuhnya. Semasa kerja-kerja pembaikpulihan
ini dijalankan, ribuan artifak bersejarah dari zaman Silla ditemukan. Antara
lain adalah tembikar yang mendedahkan nama asal kolam berkenaan. Walaupun
selama berkurun-kurun ia dikenali sebagai Anapji, pihak berkuasa Korea kemudian
menamakan semula tapak bersejarah itu sesuai dengan nama asalnya. Nama Wolji boleh
diterjemahkan sebagai ‘air yang memantulkan bulan’ dan kolam tersebut kini
menjadi salah sebuah destinasi pelancongan yang paling masyhur di Korea
Selatan.
PEMANDANGAN DI
ISTANA DONGGUNG DAN KOLAM WOLJI
Tapak warisan
bersejarah ini terletak di Taman Negara Gyeongju, di pusat bandar Gyeongju,
Korea Selatan. Lokasinya tidaklah terlalu jauh daripada tapak istama utama
Silla di Banwolseong.
![]() |
| Bumbung miring dan tiang-tiang penyokong astaka Donggung |
Tiga buah astaka yang terdapat di sana pada asalnya dibina untuk kemanfaatan para pengunjung dan menyediakan tempat berteduh untuk mereka. Astaka-astaka ini dibina di atas dermaga, atapnya digayakan dengan gaya tradisional China dan bangunannya disokong oleh sejumlah tiang. Struktur astaka-astaka ini dibina dan diperbaiki semula mengikut bentuk sebenarnya. Para pengunjung boleh berjalan melalui astaka-astaka ini untuk mendapatkan pemandangan Kolam Wolji yang sama seperti dilihat oleh para raja dan putera di zaman dahulu.
Kolam yang
berbentuk bujur itu memiliki ukuran kira-kira 600 kaki (200m) panjang dari
timur ke barat dan 60 kaki (20m) dari utara ke selatan. Kolam Wolji juga
mempunyai tiga buah pulau kecil. Laluan-laluan pejalan kaki dan taman-taman
bunga yang terdapat di sekeliling kolam ini dapat diteroka bersama dengan taman
batu Buddhisme yang turut direka khusus bagi memancarkan ketenangan dan
seterusnya menerbitkan suasana introspeksi.
![]() |
| Pulau-pulau kecil di Kolam Wolji |
Istana yang dahulunya menjadi kediaman putera mahkota kini tidak lagi wujud. Semasa menjalankan penyelidikan arkeologi di tapak itu pada tahun 1980an, ahli-ahli arkeologi mendapati bahawa pada asalnya terdapat lebih banyak bangunan di tepi Kolam Wolji. Malahan, ia dikelilingi oleh tembok batu. Dipercayai bahawa terdapat juga sejumlah terusan yang menghubungkan kolam ini dengan kawasan-kawasan berhampiran. Kompleks yang telah dibaik-pulih ini setidak-tidaknya dapat memberikan kita gambaran tentang bagaimana pemandangan Istana Donggung dan Kolam Wolji di zaman Silla.
Para pelancong
yang mengunjungi tapak ini boleh mengupah penterjemah dan pemandu pelancong
semasa melawat tapak Istana Donggung dan Kolam Wolji. Muzium yang berada
berhampiran pula menyimpan artifak-artifak yang ditemukan di kolam tersebut.
Antara artifak yang terdapat di muzium itu adalah patung-patung Buddha,
jubin-jubin berhias dan barangan harian dari zaman Silla.
SUMBER
- Ahn, G.B. (2015). Consideration of Landscape Change Estimation in Donggung-Palace and Wolji-pond of Shilla, Using Materials from the Japanese Ruling Period. Journal of Korean Institute of Traditional Landscape Architecture, 33(1), 12-20.
- Choi, S.H. & You, J.H. (2015). Analysis of Actual Flora and Landscpae Planting Species of Donggung Palace and Wolji Pond in Gyeongju. Journal of the Korean Institute of Landscape Architecture, 43(3), 1-12
- Lee, S. & Leidy, D.P. (2013). Silla: Korea's golden kingdom. Metropolitan Museum of Art.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Istana Donggung Dan Kolam Wolji – Legasi Purba Korea Selatan’
- Get link
- X
- Other Apps



