- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Ritual peng0rb4nan
manusia. Kebiasaannya, itulah perkara pertama yang muncul dalam benak fikiran
kita ketika berbicara tentang tamadun Aztec. Bagaimanapun, hakikatnya tamadun
tersebut mempunyai banyak ciri lain yang mampu menggamit perhatian kita.
Misalnya pada tahun
1519 Masehi, yakni sewaktu penj4j4h-penj4j4h Sepanyol di bawah pimpinan Hernán
Cortés mula menapakkan kaki di Mexico, tamadun Aztec mempunyai populasi yang
mencecah seramai lima hingga enam juta manusia. Jumlah penduduk yang ramai ini
memerlukan mereka memanfaatkan tanah pertanian dengan sebaik mungkin dan
perkara ini dapat dilihat menerusi penerapan satu sistem pertanian yang disebut
sebagai chinampa atau ‘kebun-kebun terapung’ di Lembah Mexico.
![]() |
Rangkaian saluran air yang menghubungkan chinampa-chinampa di Tenochtitlan |
Walaupun asal-usul chinampa
masih belum diketahui, sejarahwan mempercayai bahawa amalan tersebut sudah pun
diterapkan di seluruh Mesoamerika jauh sebelum kemunculan tamadun Aztec. Namun,
hanya dengan kehadiran tamadun Aztec barulah ia dijalankan secara sistematik
dan memakan masa yang lebih singkat. Hal ini terbukti menerusi keseragaman saiz
dan susun-atur chinampa Aztec.
Batas-batas chinampa
dibangunkan mengikut bentuk segi empat tepat, dengan ukurannya adalah 30 meter
panjang dan 2.5 meter lebar. Batas-batas tersebut kemudian dipenuhi dengan
lumpur dan sayur-sayuran yang telah mereput, sebelum ia dipagari dengan
batang-batang kayu.
Untuk mengelakkan
akar-akar tumbuhan digenangi air, batas dibangunkan dengan agak tinggi. Pokok-pokok
janda merana juga biasanya ditanam di sekeliling batas supaya akarnya yang
tumbuh berselirat nanti dapat menstabilkan lagi batas-batas chinampa sekali
gus menghindarkan tanah-tanahnya dari terhakis.
Setiap batas
dibangunkan dalam kedudukan selari, dengan setiap satunya dijarakkan
sekira-kira muat untuk sebuah kanu lalu di celahannya. Setiap batas chinampa
dikelilingi oleh saliran-saliran air sekali gus membuatkan kawasan
pertanian tersebut kelihatan seperti terapung di atas air. Lantaran itulah
makanya ia disebut sebagai ‘kebun-kebun terapung’.
![]() |
Chinampa tamadun Aztec |
Bagi memastikan chinampa
mengeluarkan hasil tuaian yang memberangsangkan sepanjang tahun, pengairannya
perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. Tambahan pula, chinampa mudah
dilimpahi air banjir yang kebiasaannya berlaku pada musim hujan. Oleh kerana
itu, sistem saluran air keluar seperti pintu air, terusan, dan empangan,
diperlukan bagi menangani permasalahan tersebut.
Pada musim kering pula,
kelembapan tanah perlu dijaga dan hal ini dilakukan secara manual dengan
petani-petani perlu mengambil air dari terusan dan menyiram tanaman dan
batas-batas chinampa.
Untuk membaja
tanaman-tanaman tersebut, masyarakat Aztec kebiasaannya menggunakan n4j!s
manusia yang diambil dari kota Tenochtitlan dan ia diangkut menggunakan
kanu-kanu khusus. Selain memberi manfaat kepada sektor pertanian, penggunaan
n4j!s manusia sebagai baja juga menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat
memandangkan air kumbahan dapat dirawat dengan lebih baik.
Sistem pertanian chinampa
dianggap menarik kerana ia memperlihatkan sistem pengurusan sumber manusia yang
tersusun rapi dalam tamadun Aztec. Walaupun tamadun tersebut sering dilihat
sebagai sebuah tamadun yang primitif, kemampuan mereka untuk memanfaatkan tanah
pertanian dengan semaksimum dan sesistematik mungkin ternyata membuktikan
betapa mereka sebenarnya adalah sebuah tamadun yang maju dan pintar.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (7 April 2014). Chinampas, The Floating Gardens of Mexico.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-americas/chinampas-floating-gardens-mexico-001537
- Get link
- X
- Other Apps