- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
P3r4ng Salib
Kanak-Kanak merupakan salah satu peristiwa pelik yang berlaku di Eropah pada
Zaman Pertengahan. Peristiwa ini menyaksikan puluhan ribu kanak-kanak tidak
bers3nj4ta berangkat dari Perancis dan barat Jerman pada tahun 1212 Masehi
menuju ke Jerusalem demi merebut Tanah Suci itu dari tangan Muslim. Walaupun
disebut sebagai P3r4ng Salib, pasukan ini sama sekali tidak menerima restu
daripada paus dan lebih malang, kelangsungannya hanya memalitkan d4r4h hitam
pada lembaran sejarah. Dalam puluhan ribu kanak-kanak yang terlibat, tidak
seorang pun berjaya sampai ke destinasi. Ramai yang dib3rk4s dan diperas
menjadi hamba sahaya, ramai juga yang tidak berpeluang pulang ke pangkuan
keluarga.
PER-ANG-PER-ANG SALIB
YANG UTAMA
Sepanjang kurun ke-11
hingga ke-13 Masehi, sebanyak tujuh P3r4ng Salib utama dilancarkan oleh umat
Kristian di Eropah bagi men3nt4ng kaum Muslimin. Di samping itu, Gereja Katolik
Rom turut mengisytiharkan beberapa P3r4ng Salib Kecil bagi men3nt4ng mereka
yang dianggap sebagai penyeleweng agama. Antaranya, P3r4ng Salib Albigensian
(1208-1241 M) yang bertujuan membanteras golongan penyeleweng Cathar di selatan
Perancis, dan P3r4ng Salib Utara (1193-1290 M) yang bertujuan m3m3rangi
golongan pagan di Eropah Utara. Apapun, sepanjang berlangsungnya kempen P3r4ng
Salib dalam dunia Kristian, tiada yang lebih aneh berbanding ‘P3r4ng Salib
Kanak-Kanak’ yang berlaku pada tahun 1212 Masehi.
Menukil sebuah karya
kurun ke-13 yang berjudul Chronica regia Coloniensis (Hikayat Diraja
Cologne), P3r4ng Salib Kanak-Kanak membuka tirainya sekitar Hari Easter tahun
1212. Dicatatkan: “Ribuan kanak-kanak, berusia dalam lingkungan enam hinggalah
usia akil baligh, keluar meninggalkan jentera bajak dan gerabak yang
dikendalikan mereka, keluar meninggalkan ternakan-ternakan yang digembala, dan
keluar meninggalkan apapun jua perkara yang sedang mereka kerjakan; walaupun
orang tua, sanak-saudara, dan sahabat handai mereka memujuk supaya tetap
tinggal di rumah, mereka tetap juga keluar meninggalkan kehidupan sediakala.
Seorang demi seorang berkumpul menyahut panggilan salib. Dengan demikian,
berhimpunlah kumpulan-kumpulan anak kecil – seramai dua puluh orang, lima puluh
orang, seratus orang – dan mereka pun mengangkat panji p3r4ng lalu berangkat
menuju ke Jerusalem.”
![]() |
Lukisan berjudul ‘The Departure: An Episode of the Child’s Cru-sade 13th Century’ oleh Joanna Mary Boyce |
Kononnya menurut
kanak-kanak itu semua, mereka ditakdirkan oleh kehendak tuhan supaya menyertai
P3r4ng Salib. Walaupun demikian, kempen mereka tidak berhasil mencapai
tujuannya. “Sebahagian daripada mereka berpatah balik semasa tiba di Metz, ada
yang pulang setibanya di Piacenza, ada pula yang berpaling setelah sampai di
Rome. Sebahagian yang lain sempat tiba di Marseilles. Namun, apakah mereka
sempat menyeberang laut dan tiba di Jerusalem, tidak pula diketahui. Tidak juga
kita ketahui bagaimana kesudahan mereka.”
Pengarang Chronica
regia Coloniensis menyudahkan catatannya dengan kenyataan yang memilukan,
“Cuma apa yang pasti; dalam puluhan ribu yang berangkat, hanya sedikit sahaja
yang pulang.”
STEPHEN DAN NICHOLAS –
PEMIMPIN PASUKAN SALIB KANAK-KANAK
Dalam
penceritaan-penceritaan pada era yang lebih terkemudian, disebutkan bahawa
terdapat dua kumpulan utama yang terlibat dalam P3r4ng Salib Kanak-Kanak.
Kumpulan pertama berasal dari Perancis, diketuai oleh seorang kanak-kanak
petani bernama Stephen of Cloyes.
Stephen mendakwa
kononnya beliau didatangi Christ dalam mimpi, dan dalam perjumpaan tersebut,
beliau diserahkan sepucuk surat dari Syurga. Setelah bangkit dari lena, Stephen
pun menggalang sepasukan pemuda di kota Vendôme lalu berangkat menuju
Saint-Denis yang terletak betul-betul di luar Paris. Di sana, Stephen berhasrat
mahu menyerahkan isi kandungan ‘surat’ tersebut kepada raja Perancis, Philip
II.
Namun, Philip II tidak
menunjukkan sebarang keterujaan terhadap pasukan salib muda itu. Beliau bahkan
enggan berjumpa dengan Stephen dan menyuruh mereka pulang. Maka, ramailah yang
pulang. Tetapi, masih ramai yang setia berdiri di belakang Stephen. Menurut
catatan, Stephen berjaya menghimpunkan seramai 30,000 orang kanak-kanak dan
mengetuai mereka ke Marseilles, dan dari sana, mereka merentasi Laut
Mediterranean lalu menuju ke Jerusalem.
![]() |
Lukisan berjudul ‘The Children’s Crusade’ oleh Gustave Doré |
Pada sekitar masa yang
sama juga, Jerman turut menyaksikan penubuhan sebuah pasukan t3nt3ra salib
kanak-kanak yang dianggotai oleh kira-kira 50,000 orang. Pasukan tersebut
diketuai oleh Nicholas dari Cologne. Cuma tidak seperti Stephen, pasukan
Nicholas ini turut disertai oleh orang dewasa. Mereka bergerak dari Jerman
menuju ke Itali, merentasi Banjaran Alps, dan menemui paus di Rom. Walaupun
keberanian mereka meraih pujian paus, namun dek usia yang terlalu muda, mereka
disuruh pulang. Justeru, ramailah yang berpatah balik ke kampung halaman
masing-masing, namun ramai juga yang terbvnvh semasa dalam perjalanan. Bagi
yang masih keras kepala, mereka menaiki kapal merentasi lautan lalu hilang
tanpa meninggalkan jejak sejarah.
PERTIKAIAN TERHADAP
KESAHIHAN PE-RANG SALIB KANAK-KANAK
Walaupun peristiwa
P3r4ng Salib Kanak-Kanak tercantum dalam lebih 50 buah karya dari kurun ke-13
Masehi, ramai yang mempersoalkan kesahihannya. Malah, ada yang beranggapan ia adalah
tokok-tambah bagi menyedapkan cerita sebenar. Apapun, yang pasti, P3r4ng Salib
Kanak-Kanak bukanlah p3r4ng salib sepertimana yang biasa kita fahami kerana
kempen tersebut langsung tidak pernah diseru dan direstui oleh pihak gereja.
Sebaliknya, ia sekadar satu gerakan sukarela yang didorong oleh kefanatikan
agama dan gejolak darah muda yang malangnya, mengakibatkan kehilangan ribuan
nyawa manusia.
![]() |
Pe-rang Salib Kanak-Kanak, 1212 |
Bukan hanya
kesahihannya sahaja yang menjadi persoalan. Sebahagian sejarahwan malah
mempersoalkan apakah P3r4ng Salib Kanak-Kanak memang disertai oleh anak kecil sahaja?
Persoalan ini dikemukakan, antara lain, oleh Peter Raedts pada tahun 1977.
Menurut beliau, individu-individu yang terlibat dalam P3r4ng Salib Kanak-Kanak
sebenarnya datang dari golongan terpinggir. Selepas kegagalan demi kegagalan
yang dialami oleh pasukan salib utama, golongan sebegini (termasuklah golongan
miskin) berasa bertanggungjawab untuk mengangkat panji Kristian dan
menggantikan tempat mereka. Dalam erti kata lain, Raedts menyimpulkan bahawa
pasukan kanak-kanak bukanlah dianggotai oleh anak kecil, tetapi masyarakat
miskin yang terpencil.
Pada tempoh
kebelakangan, nama P3r4ng Salib Kanak-Kanak lazim dijadikan sebagai gelaran
kepada gerakan-gerakan protes yang diketuai oleh golongan pemuda dan
kanak-kanak. Sebagai contoh, protes aman yang menentang dasar pengasingan di
Birmingham pada tahun 1963 dinamakan sebagai P3r4ng Salib Kanak-Kanak
Birmingham 1963. Begitu juga dengan protes terhadap penggunaan senjata api yang
dilakukan oleh ratusan pelajar sekolah di Florida pada tahun 2018, ia turut
disebut oleh sebahagian pihak sebagai P3r4ng Salib Kanak-Kanak 2018.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (9 November 2018). The Children’s Crusade: Thousands of Children
March to Holy Land but Never Return. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/childrens-crusade-thousands-children-march-holy-land-never-return-003044
RUJUKAN
History Learning Site. 2014.
The Children's Crusade.
http://historylearning.com/medieval-england/the-crusades/childrens-crusade/
Chronica Regiae
Coloniensis Continuatio prima, s.a.1213, MGH SS XXIV 17-18, translated by James
Brundage, The Crusades: A Documentary History, (Milwaukee, WI: Marquette
University Press, 1962), 213
http://legacy.fordham.edu/halsall/source/1212pueri.asp
The Economist, 2000.
The children’s crusade, Fairly holy innocents.
http://www.economist.com/node/457145
History House. 2007.
The Children's Crusade.
http://www.historyhouse.com/in_history/childrens_crusade/
Medieval Life and
Times. 2014. Children's Crusade.
http://www.medieval-life-and-times.info/crusades/childrens-crusade.htm
- Get link
- X
- Other Apps