- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Bermula dari pakaian
yang dijahit khas hinggalah sida-sida peribadi yang ditugaskan melayani setiap
keperluannya, anjing-anjing di Kota Larangan China menikmati berbagai jenis
kemewahan yang tidak semua manusia dapat kecapi.
Sebagaimana yang umum maklum, Kota Larangan merupakan kediaman peribadi maharaja-maharaja China sepanjang dua dinastinya yang terakhir, iaitu Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Ia dibina pada tahun 1406 dan siap pada 1420 Masehi, dilengkapi dengan 980 buah bangunan dan meliputi kawasan seluas 720,000 meter persegi.
Kompleks kediaman
diraja ini dikawal rapi sehingga tidak dapat dimasuki oleh masyarakat umum dan
hanya boleh diakses oleh maharaja dan kaum kerabatnya sahaja, termasuklah
ribuan gundik dan sida-sida. Pada tahun 1987, Kota Larangan diiktiraf sebagai
Tapak Warisan Dunia. Ia juga dinobatkan oleh UNESCO sebagai kompleks bangunan
kayu paling besar di dunia.
Kehidupan maharaja
China di Kota Larangan dipenuhi dengan kesenangan dan kemewahan, dan ia turut
dinikmati oleh anjing-anjing peliharaan mereka. Menurut Chen Shen, ahli kurator
di Muzium Diraja Ontario di Toronto di dalam bukunya yang berjudul ‘The
Forbidden City: Inside the Court of China’s Emperors’, anjing-anjing
maharaja China disediakan kediaman khusus di astaka-astaka yang berlantaikan
batu marmar dan berkatilkan bantal-bantal sutera. Mereka juga disediakan dengan
pelayan-pelayan khas dan sebuah jabatan khusus turut dibentuk bagi memenuhi
keperluan mereka, iaitu Jabatan Penjagaan Anjing.
Sida-sida tersebut
kebiasaannya diberikan latihan rapi untuk menjaga dan memenuhi setiap keperluan
mereka, manakala kaum wanita dalam istana pula menjadikan aktiviti mendandan
anjing sebagai antara aktiviti masa senggang pilihan. Pakaian yang dikenakan pada
anjing tersebut kesemuanya dijahit khusus mengikut saiz dan baka mereka.
![]() |
Pakaian anjing yang dikenakan pada seekor anjing bernama ‘Tuah Besar’ yang hidup dalam Istana Larangan China |
Pada tahun 2014,
pakaian salah seekor anjing diraja dari Kota Larangan pernah dipamerkan di
muzium sebagaimana yang diterakan pada gambar. Pakaian tersebut dihasilkan
daripada kain sutera dan dihiasi dengan corak bunga peon, cukup besar untuk
menutupi tubuh si anjing, dari ekor hingga ke muncungnya.
Cuma, kemewahan yang
dinikmati anjing-anjing diraja tersebut berakhir seiring dengan tum-bangnya
pemerintahan Dinasti Qing. Selepas Pembe-rontakan Yihetuan ditundukkan,
kuasa-kuasa asing menguasai Beijing dan menja-rah Kota Larangan pada tahun 1900.
Sebelas tahun kemudian, Puyi, maharaja China terakhir yang masih kecil
melarikan diri dari Kota Larangan dan dipaksa turun takhta sekali gus menamatkan
pemerintahan Dinasti Qing. Turut terkubur bersama adalah kemewahan yang dinikmati
oleh anjing-anjing istana.
TERJEMAHAN
April Holloway. (10 Mac 2014). The opulent life of royal dogs in the ancient
Forbidden City of China. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-general/opulent-life-royal-dogs-ancient-forbidden-city-china-001433
- Get link
- X
- Other Apps