- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Kota Tyre ditubuhkan
pada tahun 2750 Sebelum Masehi, justeru ia dianggap sebagai salah sebuah
metropolis tertua di dunia. Dalam hampir keseluruhan sejarahnya, Tyre berdiri
sebagai kota penting di rantau Mediterranean. Penghuninya terkenal sebagai
pelaut dan peneroka yang unggul. Mereka kerapkali mengharungi Mediterranean,
berinteraksi dengan tamadun-tamadun di sekelilingnya, dan menubuhkan sejumlah koloni
di sana. Oleh kerana itulah, kota Tyre
menjadi jantung hati kebanyakan masyarakat di Mediterranean.
Menurut mitologi
Yunani, Europa, puteri Empayar Phoenicia yang memberi namanya kepada benua
Eropah sebenarnya berasal dari kota Tyre. Kononnya, beliau dicu-lik oleh Zeus
yang menjelma sebagai seekor kerbau lalu dilarikan ke Pulau Crete. Setelah
berada di pulau tersebut, barulah Zeus mendedahkan identitinya dan Europa pula
dijadikan sebagai ratu Crete yang pertama. Europa mempunyai seorang saudara
bernama Cadmus. Menurut legenda, Cadmus inilah yang bertanggungjawab
memperkenalkan abjad ke tanah besar Yunani. Sememangnya, abjad atau alfabet ABC
yang kita gunakan pada hari ini berasal dari tamadun Phoenicia.
![]() |
Ukiran kapal Phoenicia, tamadun yang mentadbir kota Tyre |
Sepertimana yang
disebutkan sebelum ini, warga kota Tyre merupakan pelaut dan peneroka yang
unggul. Justeru, mereka menubuhkan banyak koloni di sekitar Mediterranean.
Antara koloni mereka yang paling tersohor ialah Carthage, mu-suh tradisi tamadun
Rom. Menurut legenda, kota tersebut ditubuhkan oleh seorang putero Tyre yang
bernama Dido. Dido meninggalkan Tyre bagi menyelamatkan dirinya dari
porak-peranda yang menimpa kota tersebut. Setibanya di Afrika Utara, Dido
membeli sebidang tanah dari Raja Iarbas lalu menubuhkan kota Carthage. Kisah
penubuhan kota Carthage ini tercantum dalam Aenid yang dikarang oleh
Virgil.
![]() |
Dido, pengasas kota Carthage, sedang mendengar hikayat Pe-rang Trojan dari Aeneas. Lukisan oleh Pierre-Narcisse Guérin, 1815, yang diilhami dari karya klasik, Aeneid |
Sementara itu, di dalam
Kitab Perjanjian Lama, kota Tyre disifatkan sebagai rakan sekutu Kerajaan
Israel sewaktu era pemerintahan Raja Daud dan Raja Sulaiman (alaihuma salam).
Menerusi hubungan yang terjalin antara kedua-dua kerajaan tersebut, warga Tyre
dapat memanfaatkan laluan-laluan perdagangan ke Mesir, Tanah Arab, dan
Mesopotamia. Raja Hiram I dari Tyre juga pernah mengutus beberapa orang
jurutera dan karyawan, serta sejumlah kayu cedar dan emas untuk membantu Kerajaan
Israel membina Haikal Sulaiman.
Bagaimanapun,
keunggulan kota Tyre sebagai pusat perdagangan menjadikannya sasaran utama bagi
kuasa-kuasa serantau lain, seperti Mesir, Assyria, Babylon, Parsi, dan
Macedonia, khususnya pada era Alexander Agung.
Kisah penak-lukan Tyre
itu sendiri membentuk bahagian penting dalam riwayat hidup Alexander.
Dicatatkan pada mulanya, Alexander berhajat mahu memberi sembah korban kepada
Melqart (atau Heracles dalam sebutan Yunani), dewa pelindung kota Tyre. Namun,
warga Tyre enggan memenuhi hasrat tersebut. Selepas kali kedua permintaannya
ditolak, Alexander pun menge-pung dan menak-luki kota tersebut. Penguasaan Tyre
secara tidak langsung menyumbang kepada perjalanan kempen-kempen keten-teraan
Alexander di timur, memandangkan ia menyekat akses Parsi ke laut
Mediterranean sekali gus menghalang
mereka dari melakukan se-rangan ke atas
Macedonia sewaktu ketiadaan Alexander.
![]() |
Pertem-puran laut sewaktu penge-pungan kota Tyre oleh Alexander Agung. Lukisan oleh André Castaigne, 1898 |
Kemudian pada tahun 68
Sebelum Masehi, kota Tyre diserap ke dalam Republik Rom selepas ia lama
diperintah oleh Empayar Ptolemaik dan Empayar Seleucid. Sepanjang berada di
bawah telunjuk kedua-dua empayar tersebut, Tyre tidak berpeluang menghirup
udara kegemilangan. Ia hanya kembali mekar sewaktu era Kristian dan seterusnya,
era Khulafa’ ar-Rashidin pada tahun 636 Masehi. Lima abad kemudian, iaitu
sekitar tahun 1124 Masehi, kota Tyre direbut semula oleh Ten-tera Salib dan
dijadikan sebagai salah sebuah kubu kuat mereka di Levant, sehinggalah ia
tumbang pada lewat kurun ke-13.
Pada hari ini, Tyre
diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO berikutan kekayaannya dari sudut arkeologi. Walaupun kota Tyre dihuni
oleh pelbagai tamadun sepanjang zaman, kebanyakan tinggalan arkeologinya datang
dari era Rom dan Ten-tera Salib. Hal ini kurang menghairankan kerana ia beberapa
kali dijilati api.
Selain runtuhan kota,
antara kawasan yang turut menjadi perhatian pihak penyelidik ialah kawasan
pesisiran pantai yang banyak menemukan khazanah yang telah lama terpendam dan
tenggelam. Kehadiran harta-karun bawah laut sebegini bukan hanya berharga
kerana berupaya menambah pengetahuan kita perihal kota lama tersebut, akan
tetapi ia turut berpotensi untuk dikembangkan sebagai destinasi pelancongan,
khusus buat penggemar sejarah.
![]() |
Tiang-tiang Rom di tapak ekskavasi Al-Mina, Tyre |
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (26 Januari 2015). The Phoenician city of Tyre – A rich history
of industry, mythology and conflict. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history/phoenician-city-tyre-rich-history-industry-mythology-and-conflict-002609
RUJUKAN
Honor Frost Foundation.
2014. Archaeological Survey of the Phoenician Harbour at Tyre, Lebanon – by
Ibrahim Noureddine and Aaron Mior.
Khalaf, S. G., 2015.
Phoenician Cities.
http://phoenicia.org/cities.html
UNESCO, 2015. Tyre.
http://whc.unesco.org/en/list/299
Sacred Destinations.
2015. Tyre, Lebanon.
http://www.sacred-destinations.com/lebanon/tyre
Zaatari, M., 2002.
Salameh announces plan to map underwater site.
http://www.lebanonwire.com/0207/02071212DS.asp
- Get link
- X
- Other Apps