- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Jiang shi
merupakan ma-yat hidup yang muncul dalam kisah rakyat China. Namanya seringkali
diterjemah sebagai ‘hantu lompat’. Secara harfiah, ia bermaksud ‘mayat kaku’. Jiang
shi sinonim dengan pakaian rasmi Dinasti Qing, di samping postur tubuh dan
pergerakannya yang ikonik – tangan didepakan ke hadapan sambil bergerak secara
melompat.
Namun, jiang shi
adakalanya tampil dengan rupa yang berbeza. Ada yang mempunyai taring, kuku
yang panjang, dan keadaan tubuh yang lebih reput berbanding biasa. Kadangkala,
kemunculannya diiringi asap hijau yang membangkitkan suasana misteri. Dalam
beberapa versi, jiang shi mempunyai kebolehan untuk terbang dan berubah
menjadi serigala.
Menurut kepercayaan umum,
jiang shi wujud daripada beberapa jenis kema-tian. Antaranya, kema-tian
dek bu-nuh diri, terjerut di tali gantung, atau lemas. Kema-tian sebegini
kononnya membuatkan roh terperangkap di dalam tubuh, sekali gus mengubahnya
menjadi ma-yat hidup. Kema-tian yang tidak disemadikan dengan sebaiknya juga
boleh menjadi penyebab ma-yat mendiang bertukar menjadi jiang shi. Begitu
juga dengan ma-yat yang dipanah petir atau diduduki haiwan (kebiasaannya
kucing).
![]() |
| Legenda urban tentang jiang shi hakikatnya lahir daripada liuk-lentuk buluh tempat keranda mayat diikat untuk diangkut pada waktu malam |
Legenda urban tentang jiang
shi tidaklah wujud daripada khayalan kosong. Dalam kilat, ada kilau. Dalam
dongengan, ada bayangan. Pada zaman Dinasti Qing, ma-yat buruh-buruh China yang
meninggal dunia jauh dari kampung diusahakan supaya disemadikan di kampung
halaman masing-masing. Kononnya, ia dilakukan supaya roh mendiang dapat
bersemadi dengan tenteram.
Mereka yang mengambil
tanggungjawab khusus bagi menguruskan pengangkutan ma-yat ini kebiasaannya
menyelesaikan kerja tersebut semalaman. Hal ini bertujuan mengelakkan m-ayat
daripada mereput, di samping menghindari pertembungan dengan masyarakat
setempat. Terserempak dengan ma-yat, menurut mereka, adalah satu petanda malang.
Keranda yang diangkut
biasanya diikat pada batang buluh. Ia kemudian diletakkan di atas bahu dua
orang lelaki. Jika dilihat daripada jauh, pergerakan buluh yang liuk-lentuk itu
saling tidak tumpah seperti ma-yat yang melompat dengan sendiri. Apatahlagi jika
ketika itu langit legam, suasana sekeliling pula sunyi dan lengang. Keadaan
sebeginilah yang melahirkan legenda urban tentang jiang shi.
Umumnya, jiang shi
hanya keluar pada waktu malam. Untuk melangsungkan petualangan dan menambah
kekuatan, jiang shi kononnya akan menyerap qi (tenaga hayat)
milik manusia hidup. Menurut kepercayaan umum, antara sen-jata mujarab bagi
mengelakkan diri dari menjadi mang-sa jiang shi adalah da-rah anjing
hitam, cermin, telur ayam, dan air kencing budak lelaki.
Pada 1980an, sosok jiang
shi kerap ditampilkan di dalam filem Hong Kong. Seiring peredaran masa,
hantu Cina ini kian dikenali menerusi pelbagai medium – komik, animasi, dan
rancangan televisyen.
![]() |
| Memasuki 1980an, Jiang shi kerapkali muncul dalam filem Hong Kong |
TERJEMAHAN
Wu
Mingren. (8 Jun 2016). The Living Dead: Chinese Hopping Vampires.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/living-dead-chinese-hopping-vampires-006050
RUJUKAN
- Andrew, 2012. Chiang-Shih – Chinese Hopping Ghosts!
- Hoare, J., 2015. Chinese Hopping Vampires: The Qing Dynasty roots behind the Jiangshi legend.
- Ireland, T., 2011. The History of Chinese Zombies.
- tvtropes.org, 2016. Chinese Vampire.
- Vampiresaroundtheworld.weebly.com, 2016. Vampire Legends in Asia.
- Get link
- X
- Other Apps


