- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Sama seperti kebanyakan
masyarakat di dunia, Viking yakin akan kehidupan selepas mati dan mereka
mempunyai tradisi penyemadian yang tersendiri. Di samping pendedahan daripada
sumber arkeologi, tradisi sedemikian turut diungkapkan menerusi teks-teks
sejarah. Antara catatan paling penting berkenaan tradisi penyemadian Viking
ialah penulisan Ahmad ibn Fadlan, salah seorang duta Abbasiyah yang dihantar ke
Volga Bulgaria pada kurun ke-10 Masehi.
Bagi masyarakat Viking,
mereka meyakini yang harta dunia boleh dibawa ke alam kematian. Oleh kerana
itu, barang persemadian menjadi elemen penting dalam tradisi mereka. Tambahan
lagi, mereka meyakini pahlawan-pahlawan yang gugur dalam medan tem-pur akan
memasuki Valhalla, iaitu sebuah dewan di Asgard yang boleh diumpamakan seperti
syurga buat mereka.
Di sana, mereka akan
bersenang-lenang menikmati hidangan yang disediakan, di samping berjuang
sehingga tibanya Ragnarok atau pe-rang akhir zaman. Kepercayaan terhadap
Ragnarok mendorong mereka untuk menyemadikan pahlawan-pahlawan yang gugur
bersama kesemua kelengkapan pe-rang.
![]() |
Kepercayaan terhadap Valhalla dan Ragnarok mempengaruhi tradisi pengebumian Viking, di mana pahlawan yang gugur akan disemadikan bersama seluruh kelengkapan pe-rang mereka |
Selain Valhalla, Viking
turut meyakini kewujudan beberapa alam kema-tian yang lain – iaitu Folkvangr
(juga khusus buat pahlawan), Helgafjell (khusus bagi mereka yang beramal baik
di dunia), dan Helheim (khusus bagi mereka yang beramal buruk di dunia).
Keunggulan Viking
sebagai pelaut handalan juga antara faktor yang mempengaruhi tradisi
penyemadian mereka. Bagi golongan penguasa dan pembesar, mereka disemadikan di
dalam kapal yang ditanam dan ditanda dengan batu-batuan. Kononnya, kapal
tersebut bakal memudahkan perjalanan mereka menuju alam kema-tian.
Sementara itu bagi
masyarakat umum pula, Viking kebiasaannya disemadikan di dalam bukit, gundukan,
atau susunan batu yang membentuk seakan-akan kapal. Tradisi penyemadian mereka
sememangnya menumpu pada kapal – sama ada ia ditanam bersama semua muatannya,
atau terlebih dahulu dibakar sebelum abunya ditanam bersama mayat mendiang.
![]() |
Kapal merupakan elemen penting dalam tradisi Viking. Bagi golongan elit, mereka disemadikan di dalam kapal sebenar |
Selain kapal, barang
persemadian utama dalam tradisi Viking ialah kelengkapan p-erang – yakni senjata
dan baju perisai. Cuma, senjata-senjata yang ditemui berkubur bersama mendiang
kebiasaannya sudah pun bengkok ataupun rosak.
Lingkungan arkeologi
meyakini yang ia secara simbolik menggambarkan betapa mendiang gugur setelah
bertem-pur dengan sungguh di medan pe-rang. Di samping itu, penggunaan
senjata-senjata seperti itu sebagai barang persemadian dapat mengelakkannya
dari dicuri oleh perompak-perompak kubur.
Di samping barang
persemadian, Viking juga mengamalkan tradisi mengor-bankan manusia bagi
mendampingi pemergian mendiang. Kebiasaannya, individu malang ini dipilih dalam
kalangan hamba sahaya. Pelaksanaan upacara kor-ban juga bergantung kepada cara
mendiang tadi disemadikan.
Jika mayatnya dibakar,
maka hamba yang bakal dikor-bankan juga akan dibakar hidup-hidup. Jika mayat
mendiang disemadikan, maka hambanya juga akan disemadikan di sisinya supaya
mereka dapat bangkit bersama-sama di alam kema-tian.
![]() |
Perkuburan di Lindhom, Denmark. Batu-batunya disusun mengikut bentuk kapal |
Viking juga meyakini
yang roh mendiang boleh kembali ke dunia (disebut draugr) untuk menghantui
mereka yang masih hidup. Keadaan sebegini berlaku jika ia tidak dapat bersemadi
dengan tenteram. Kononnya, draugr ini boleh menimpakan bala musibah
seperti hasil tanaman yang tidak menjadi, kekalahan dalam pe-rang, dan se-rangan
wabak penyakit.
Andai situasi
sedemikian berlaku, Viking kebiasaannya akan membongkar semula mana-mana kubur
baru. Setelah kubur milik draugr yang membuat onar dijumpai, mereka akan
menyemadikan semula jasad tersebut bersama barang persemadian yang lebih
banyak. Kadangkala, ia diuruskan dengan cara yang lebih kasar – yakni tengkorak
mendiang dicabut daripada jasad, konon supaya draugr tadi ma-ti dan tidak
lagi dapat membuat kacau.
Di dalam karyanya yang
berjudul Risalah, Ibn Fadlan ada mencatatkan perihal istiadat
pengebumian seorang pembesar Viking di Volga Bulgaria. Antara ritual yang
diungkapkannya adalah berkenaan kor-ban manusia. Menurut beliau, mendiang
disemadikan bersama seorang hamba perempuan.
Namun sebelum hamba itu
dikor-bankan, beliau terlebih dahulu disuruh melakukan hubungan intim dengan
enam lelaki berbeza – kononnya untuk mengutip ‘sari kehidupan’ bagi kegunaan
mendiang di alam kematian kelak. Amalan sebegini mungkin sekadar terhad di
Volga Bulgaria, namun setidak-tidaknya ia memberikan sumber primer berkaitan
tradisi penyemadian Viking – suatu tamadun yang pernah menempa nama khususnya
di Zaman Pertengahan.
![]() |
Tradisi pengebumian Viking juga melibatkan korban manusia. Jika mayat tuannya dibakar, maka hambanya pun akan dibakar hidup-hidup bagi mendampingi pemergian tuannya |
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (5 Disember 2018). What Really Happened at Viking Funerals? It’s
Not What You Think! Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/viking-funerals-0011109
- Get link
- X
- Other Apps