- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Tradisi ‘Penyemadian
Langit’ kebiasaannya dikaitkan dengan masyarakat Tibet, walau pada hakikatnya
ia turut diamalkan oleh beberapa tamadun lain di dunia seperti Australia Utara
dan Amerika Utara. Bagi kita, tradisi sedemikian kelihatan agak aneh.
Bagaimanapun jika
diselusuri, nilai dan falsafah di sebaliknya tidak kurang menarik dan murni.
Mereka memilih untuk mengikuti kaedah ‘Penyemadian Langit’ supaya dapat menyatu
dengan alam, memberi makan kepada burung hering (disebut dakini, ‘penari
di langit’) yang dianggap suci, dan memberi peluang kepada haiwan lain (mang-sa
hering) untuk hidup sehari lebih lama di muka bumi.

Amalan penyemadian langit turut diamalkan oleh beberapa tamadun lain di dunia, seperti Australia Utara dan Amerika Utara
Dalam amalan ‘Penyemadian
Langit’, ma-yat mendiang akan dila-pah menjadi cebisan-cebisan kecil oleh seorang
individu yang disebut sebagai rogyapa. Rogyapa
turut dipertanggungjawabkan untuk menghan-cur dan melumatkan tulang-belulang
mendiang.
Cebisan-cebisan daging
yang telah dila-pah itu kemudian diletakkan di lapangan terbuka yang lokasinya telah
terlebih dahulu dipilih oleh keluarga mendiang – untuk dira-tah dan dimamah oleh
kawanan burung hering. Bagi masyarakat Tibet, amalan sebegini merupakan bakti
terakhir yang dapat dilakukan oleh jasad manusiawi mereka di muka bumi.
Kebiasaannya,
‘Penyemadian Langit’ dilakukan di kawasan tanah tinggi. Hal ini berlaku
setidak-tidaknya kerana dua faktor. Pertama, kerana mereka mahu memberi makan
kepada burung hering. Kedua, kerana mereka tidak mempunyai ruangan yang
mencukupi untuk dikhususkan sebagai tanah perkuburan. Tambahan, permukaan tanah
mereka selalu membeku sekali gus menyukarkan kerja-kerja penggalian. Justeru,
‘Penyemadian Langit’ dipilih sebagai norma dalam pengurusan jasad mendiang di
Tibet.
Kepercayaan tradisi
masyarakat Tibet berkaitan kematian dan penyemadian banyak berkisar seputar
konsep reinkarnasi dan transmigrasi dalam ajaran Buddha. Mereka juga meyakini
yang roh meninggalkan tubuh sejurus selepas nyawa dicabut. Oleh kerana itu,
jasad mendiang yang tidak lagi mempunyai sebarang fungsi diserahkan kepada
burung hering yang suci sebagai bukti amal bakti terakhir mereka.
Mereka umumnya melihat
ma-ti sebagai proses perpindahan dan bukannya pengakhiran. Untuk mengecapi
perjalanan yang lancar menuju alam sebalik mata, mereka percaya bahawa segala
jejak tinggalannya di muka bumi perlu dihilangkan, termasuklah tubuh fizikal.
Dek kerana itu, mereka tidak endah jika daging mereka dila-pah menjadi cebisan
dan tulang-belulang dihan-curkan sehingga lumat.
Seandainya burung
hering tidak sudi menjamah daging yang disuakan, ia dianggap sebagai petanda
buruk. Kononnya, daging tersebut terlampau kotor – kotor secara majazi, yakni
dinodai dosa mendiang. Kalau tidak pun, ia menandakan yang keluarga mendiang
tidak melaksanakan istiadat penyemadian dengan sebaiknya. Jika situasi sebegini
terjadi, jasad mendiang akan diberikan kepada haiwan lain; antaranya anjing
liar.

Jika burung hering tidak sudi menjamah daging mendiang, ia dianggap sebagai petanda buruk. Bagi keadaan sebegini, jasad mendiang akan diserahkan kepada anjing liar
Tradisi ‘Penyemadian
Langit’ tidak hanya membabitkan aktiviti mela-pah dan melumatkan jasad mendiang.
Akan tetapi, ia turut merangkumi ritual membalut jasad dengan kain putih.
Kemudian, jasad tersebut ditempatkan di hujung rumah selama tiga hingga lima
hari. Keadaan di rumah juga perlu dielakkan dari riuh-rendah.
Sepanjang tempoh
tersebut, kesemua ahli keluarga mendiang diminta menangguhkan sebarang aktiviti
lain. Sami atau lama juga perlu membacakan kitab tertentu dengan tujuan
roh dapat bebas, lepas, atau setidak-tidaknya, dipermudahkan mengharungi proses
penyucian atau proses pra-kelahiran semula.
Usai ritual berkenaan,
hari dan lokasi khusus perlu ditentukan bagi menjalankan upacara penyemadian
langit. Upacara ini dianggap penting kerana roh mendiang kononnya akan dibawa
oleh dakini (atau burung hering) naik ke langit. Di sana, roh akan
menanti waktu untuk dilahirkan semula.
Jika dilihat daripada
sudut sejarah, amalan ‘Penyemadian Langit’ dipercayai wujud sejak 11,000 tahun
lampau sebagaimana yang dibuktikan menerusi hasil ekskavasi arkeologi di
Göbekli Tepe, selatan Turki. Bagaimanapun, sejarahwan masih kekurangan rekod
yang tepat untuk mendokong kesahihan dakwaan tersebut.

Ukiran pada batuan di Gobekli Tepe yang dikaitkan dengan tradisi penyemadian langit
Di Tibet sendiri, kita
tidak mempunyai bukti untuk menentukan pada tahun bilakah tradisi tersebut mula
diamalkan. Ia berlaku sedemikian bukan hanya kerana tiada jejak tinggalan yang
dapat dikesan oleh lingkungan arkeologi, malahan pemerincian berkaitan amalan
ini cuma menyentuh perihal penyemadian golongan diraja dan elit, bukannya
masyarakat umum. Justeru, kita masih ketiadaan sumber sejarah yang mampu memberikan
gambaran menyeluruh berkaitan amalan Penyemadian Langit di zaman silam.
TERJEMAHAN
Marina Sohma. (15 November 2016). Sky Burial: Tibet’s Ancient Tradition for
Honoring the Dead. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/sky-burial-tibet-s-ancient-tradition-honoring-dead-007016
- Get link
- X
- Other Apps
