- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Tristan da Cunha
merupakan nama bagi gugusan pulau yang terletak di Laut Atlantik Selatan. Ia
terdiri daripada enam buah pulau yang masing-masing dikenali sebagai Pulau
Tristan da Cunha (pulau utamanya), Pulau Inaccessible, Pulau Nightingale, Pulau
Middle, Pulau Stoltenhoff, dan Pulau Gough.
Antara keenam-enam
pulau tersebut, hanya Pulau Tristan da Cunha sahaja yang dihuni. Itu pun hanya
seramai 269 orang sahaja (menurut bancian tahun 2014) sekaligus menjadikannya
sebagai pulau paling terpencil di muka bumi. Sementara itu di Pulau Gough,
kelibat manusia hanya hadir bagi mengendalikan stesen cuaca yang beroperasi
sejak tahun 1956, di samping kunjungan atas tujuan penyelidikan (kebiasaannya
ahli meteorologi dan biologi).
Keadaannya yang sunyi
daripada manusia membolehkan ekosistem Tristan da Cunha hidup dengan baik. Atas
sebab itu jugalah, dua daripada enam pulau di Tristan da Cunha diwartakan
sebagai pulau simpanan dan menerima pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan
Dunia.
![]() |
| Letak tempat setiap pulau di Tristan da Cunha |
PENEMUAN TRISTA DA
CUNHA DAN PENGHUNINYA YANG PERTAMA
Kepulauan Tristan da
Cunha dijumpai buat kali pertama pada tahun 1506 oleh seorang peneroka Portugis
yang bernama Tristão da Cunha. Ketika itu, beliau sedang mengepalai konvoi ke
India. Cuma malangnya, sejarah tidak merekodkan secara jelas sama ada Cunha
sempat turun ke kapal dan menjejakkan kakinya ke kepulauan tersebut atau beliau
hanya sekadar melihatnya dari atas kapal sahaja. Dek kerana itu, sejarah
penemuan Trista da Cunha tidak mempunyai kisah yang panjang.
Apapun, selepas
kepulauan tersebut dijumpai, ia langsung sahaja dimata-matai oleh pihak
Perancis, Belanda, dan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berhasrat mahu
merebutnya. Namun, tiada satu pun daripada mereka berjaya dan Tristan da Cunha
kekal sepi buat tiga kurun lagi.
![]() |
| Pulau Trista da Cunha |
Memasuki tahun 1810,
pulau tersebut menyambut penghuni pertamanya dari Salem, Massachusetts. Beliau
yang dikenali sebagai Jonathan Lambert lantas menabalkan dirinya sebagai
maharaja dan mengubah nama kepulauan tersebut menjadi Islands of Refreshment.
Untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. Untung Lambert pula tertanam
jauh di dalam pusara. Keberadaannya di Tristan da Cunha hanya berlangsung
selama dua tahun lantaran ajal datang menyapa.
Tahun 1816, kepulauan
Tristan da Cunha secara rasmi jatuh ke tangan Empayar British. Semenjak itu,
anggota ten-tera dihantar ke sana bagi tujuan kawalan keselamatan. Namun,
mereka diundurkan pada tahun berikutnya. Hanya tiga orang sahaja terkecuali, di
mana salah seorangnya dikenali sebagai Korporal William Glass. Glass menggalas
tanggungjawab memelihara maslahat pulau tersebut dan mendirikan petempatan tetap.
Dekad-dekad berikutnya
menyaksikan pulau Tristan da Cunha menerima kunjungan manusia secara berkala.
Rata-ratanya terdiri daripada anak kapal yang terselamat dari malapeta-ka di
tengah samudera. Menjelang tahun 1856, populasi Tristan da Cunha mencapai
seramai 71 orang. Namun, kebu-luran menye-rang pada tahun berikutnya dan
mengakibatkan kebanyakan mereka pindah keluar. Kejadian tersebut meninggalkan
pulau itu dengan hanya 28 orang sahaja, sebelum angkanya meningkat semula
kepada 97 orang pada tahun 1886.
![]() |
| Petempatan utama di Trista da Cunha |
Sebagai bumi yang
ditatahi gunung berapi, Tristan da Cunha tidak lekang dari ben-cana alam. Oleh
kerana itu, tahun 1961 menyaksikan evakuasi besar-besaran dijalankan apabila
para penghuninya digusarkan dengan anca-man letusan gunung berapi. Mereka
dipindahkan ke England melalui Nightingale dan hanya pulang dua tahun kemudian.
Bagaimanapun, tidak sedikit yang memilih untuk menetap terus di England dan ada
juga yang menghembuskan nafas terakhirnya di sana.
Kurangnya manusia di
Tristan da Cunha menghadirkan seribu satu hikmah buat hidupan liar di sana. Tumbuhan
mekar disuguhi matahari dan burung-burung bebas terbang sambil bernyanyi.
Bertepatan dengan kekayaan alamnya, Pulau Gough dan Pulau Inaccessible
diwartakan sebagai pulau simpanan. Kedua-dua pulau itu sememangnya menyimpan
spesis hidupan yang tidak dapat ditemui di tempat lain.
![]() |
| Antara spesis burung endemik di Tristan da Cunha. Dari kiri: Spectacled Petrel, Tristan Albatross, dan Inaccessible Rail |
Di Pulau Gough
misalnya, terdapat dua spesis burung dan 12 spesis tumbuhan endemik. Pulau
Inaccessible pula mempunyai dua spesis burung, lapan spesis tumbuhan, dan
sekurang-kurangnya 10 spesis invertebrata endemik. Pada tahun 1995, kekayaan
alam yang dimiliki Trista da Cunha meraihkannya pengiktirafan dari UNESCO
sebagai salah sebuah Tapak Warisan Dunia.
TERJEMAHAN
Wu
Mingren. (31 Mac 2019). Tristan da Cunha: Only 269 People Remain on World’s
Most Remote Inhabited Island. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-africa/tristan-da-cunha-0011682
- Get link
- X
- Other Apps




