- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Manusia dan kero.sakan
sukar dipisahkan. Kebaikan dan keja.hatan pula sentiasa berjalan seiringan.
Untuk meminimakan sa.lah laku dalam kalangan masyarakat, undang-undang digubal
dan hu.kuman diwujudkan. Sebahagiannya sekadar bertujuan memberi pengajaran.
Namun, ada juga hu.kuman yang membawa kema.tian. Dalam kesempatan kali ini, kami
kongsikan lima bentuk hu.kuman yang dikenakan pada zaman silam.
HU.KUMAN KE.RAT HIDUNG
Kira-kira 3,000 tahun
yang lalu, seorang raja Mesir membangunkan sebuah kota yang boleh dikatakan
unik. Orang Yunani memanggilnya sebagai Rhinocolura. Menurut catatan, kesemua
penghuni kota ini tidak mempunyai hidung kerana dike.rat di atas kesa.lahan
jena.yah masing-masing. Maka, boleh juga dikatakan yang Rhinocolura ini
merupakan pen.jara buat mereka.
Sesiapa yang dihu.kum
menetap di dalam kota ini tidak lagi berpeluang menjalani hidup seperti
sebelumnya. Kalau pun ada yang dapat meloloskan diri, tanda pada hidung mereka
tetap akan mendedahkan identiti mereka sebagai penje.nayah.
Justeru mahu tidak
mahu, mereka terpaksa meluangkan seluruh baki hidup di dalam kota Rhinocolura.
Suasana di dalam kota ini bukanlah mudah. Sumber air amat terhad dalam keadaan
cuaca yang panas membahang. Kebanyakan perigi yang ada pula tercemar.
Bagaimanapun, kehidupan
tetap dapat diteruskan. Aktiviti menang.kap ikan dan membu.ru burung puyuh
menjadi punca rezeki utama buat penduduk Rhinocolura.
Mang.sa hu.kuman ke.rat
hidung yang paling masyhur ialah rakan-rakan subahat isteri Ramses III yang
bertanggungjawab membu.nuh firaun itu sewaktu tidur. Cuma, sejarahwan tidak
mempunyai sumber yang jelas sama ada mereka ini dihum.ban ke dalam Rhinocolura
ataupun tidak. Apa yang pasti, hu.kuman tersebut cukup mengesankan sehingga
salah seorang daripada mereka lebih rela membu.nuh diri berbanding dikecam
sebagai pembu.nuh seumur hidup.
HU.KUMAN DIPANG.GANG DI
DALAM BRAZEN BULL
Brazen Bull
merupakan sejenis alat hu.kuman yang digunakan oleh Yunani purba. Alat ini
dicipta oleh Perillos yang bermaksud mahu memang.sakan Phalaris, pemerintah kota
Acragas yang terkenal ke.jam.
Patung kerbau ini
diperbuat daripada gangsa, dengan bahagian dalamnya dibiarkan kosong dan di
sisi badannya pula disediakan sebuah pintu masuk. Setelah mang.sa diku.rung di
dalamnya, api akan dinyalakan di bawah perut patung sekali gus menjadikannya
seakan ketuhar yang memang.gang tubuh mangsa.
Lebih mengerikan, alat
ini direka khas supaya jeritan mang.sa kedengaran seperti lantunan muzik bagi
mereka yang menyaksikan acara penyek.saan berkenaan.
Diodorus Siculus,
sejarahwan Yunani mencatatkan yang Perillos menghadiahkan patung kerbau ini
kepada Phalaris. Namun, sebaik sahaja Phalaris mengetahui muslihat di sebalik
pemberian ini, beliau pun berhelah.
Phalaris meminta
Perillos supaya menunjukkan bagaimana patung tersebut berfungsi. Maka, Perillos
pun masuk ke dalam patung tersebut. Serta-merta, Phalaris menutup dan mengunci
pintu lalu menyalakan api di bawah patung kerbau itu – mengakibatkan Perillos
nyawa-nyawa ikan dek dipang.gang hidup-hidup. Beliau kemudian dikeluarkan lalu
dihum.ban ke dalam gaung.
HU.KUMAN DIHENYAK GAJAH
Gajah merupakan haiwan
yang cukup akrab dalam sejarah manusia. Dalam beberapa buah tamadun, ia
dimuliakan. Ada juga yang memanfaatkannya dalam bidang keten.teraan. Namun bagi
sesetengah tamadun, gajah dijadikan sebagai alat hu.kuman.
Kebiasaannya, hu.kuman
melibatkan gajah berlaku di India (disebut gunga rao) sehingga
kurun ke-19 Masehi. Namun, belahan bumi yang lain seperti Asia Tenggara dan
Barat turut menyaksikan bentuk hu.kuman yang hampir serupa.
Gajah sememangnya
sejenis haiwan yang bijak dan mudah dilatih. Ia mampu menyek.sa mang.sa secara
perlahan-lahan. Ada yang diajar supaya menghan.curkan anggota tubuh terlebih
dahulu, sebelum memijak kepala mang.sa. Ada pula yang dilatih untuk mero.bek
mang.sa dengan gading.
Di Siam, gajah biasanya
melambung mang.sa ke udara sebelum melanyak mereka sehingga ma.ti. Sementara itu
di Cochinchina (selatan Vietnam), penje.nayah diikat pada sebatang tiang lalu
direm.puh oleh gajah.
HU.KUMAN MEMAKAI TOPENG
MEMALUKAN
Bentuk hu.kuman ini
diamalkan di Eropah dan koloni-koloninya di Dunia Baru pada kurun ke-17 dan 18
Masehi. Ia bertujuan menimbulkan rasa malu kepada pemakainya sebagai suatu
bentuk pengajaran.
Topeng ini kebiasaannya
dibuat dengan agak ketat, sehingga menya.kitkan dan tidak menyelesakan apabila
dipakai. Sebahagiannya direka mengikut bentuk wajah haiwan tertentu bagi
menandakan kesa.lahan yang dilakukan oleh si pemakai.
Topeng berwajah lembu
misalnya, mengisyaratkan yang pemakainya bersifat malas. Sementara topeng
berwajah keldai dan arnab pula masing-masing menandakan yang pemakainya pernah
membuat kesa.lahan dangkal dan mencu.ri dengar.
Ada juga keadaan di
mana topeng ini dikenakan pada kaum wanita yang gemar menyelak tepi kain orang.
Selalunya, orang yang gemar berbo.hong dipakaikan topeng berhidung panjang
manakala yang kuat mengum.pat pula dikenakan topeng berlidah panjang.
Sebahagian topeng turut
dilengkapi dengan loceng atau alat-alat lain yang mengeluarkan bunyi bising,
bertujuan supaya pemakainya lebih berasa malu apabila berada di khalayak.
DAMNATIO MEMORIAE
Senat Rom kebiasaannya
akan menjatuhkan satu bentuk hu.kuman yang dikenali sebagai damnatio memoriae
(diluputkan dari ingatan) ke atas pembe.lot atau sesiapa sahaja yang memalukan
nama Rom. Bagaimanapun, ia turut dikenakan ke atas mereka yang enggan
menyebelahi kepentingan Senat atau Maharaja Rom.
Sebahagian maharaja
seperti Nero, Domitian, dan Commodus, tidak terkecuali daripada hu.kuman ini. Damnatio
memoriae dilakukan dengan beberapa cara. Antaranya nama individu tersebut
akan diha.puskan daripada mana-mana rekod. Tugu miliknya juga akan diubahsuai
dan imej wajahnya pula dibuang.
Bentuk hu.kuman ini
tidak hanya terhad di bumi Rom. Masyarakat Mesir Purba turut mengamalkan bentuk
hu.kuman yang sama. Antara yang pernah menjadi mangsa damnatio memoriae
ialah Akhenaten. Nama beliau dan para penggantinya dibuang oleh Horemheb.
Tindakan ini cukup berkesan hinggakan nama Akhenaten langsung tidak wujud di
dalam Senarai Raja Abydos yang ditulis kurang 100 tahun selepas kema.tiannya.
TERJEMAHAN
Ancient Origins. (12 Mei 2019). 9 Methods of Ancient Punishment That’ll Make
You Squirm.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/ancient-punishment-0011903
- Get link
- X
- Other Apps