- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Banjir A.rak London 1814
merupakan kema.langan aneh namun tra.gik dalam sejarah kota London. Petaka ini
berlaku pada tanggal 17 Oktober 1814, dengan puncanya datang daripada sebuah kilang
a.rak bernama Horse Shoe Brewery. Kilang ini terletak di penjuru Great Russell
Street dan Tottenham Court Road, St. Gilles, London Tengah.
Jika mengimbau
sejarahnya, Horse Shoe Bre.wery ditubuhkan sebelum tahun 1764 dan mula membuat
penghasilan berskala besar pada tahun 1810. Semenjak itu, ia tersohor sebagai
pengeluar a.rak terkemuka di kota London.
Tahun yang sama juga
menyaksikan kilang milik Henry Meux ini membeli sebuah tangki fermentasi
setinggi 6.7 meter yang mampu menampung muatan sehingga 3,500 tong a.rak. Tangki
inilah yang menjadi punca berlakunya Banjir A.rak London Bagaimanapun, ia
bukanlah tangki paling besar yang dimiliki oleh Horse Shoe Bre.wery. Dicatatkan,
kilang tersebut mempunyai sebuah tangki lain yang mampu menampung muatan
sehingga 18,000 tong a.rak.
Sebagai langkah
keselamatan, tangki-tangki fermentasi ini kebiasaannya diikat dengan rantai
besi yang kukuh. Namun pada tengah hari tanggal 17 Oktober 1814, kerani yang
bernama George Crick melaporkan yang salah satu rantai pengikat tangki
tercabut. Beliau bagaimanapun tidak mengambil peduli kerana keadaan sebegitu
memang biasa berlaku dua-tiga kali dalam setahun.
Tambahan, majikan Crick
sendiri bersikap lewa dan mengarahkan Crick supaya menulis sepucuk surat kepada
penyelenggara bagi menangguhkan tarikh pembaikian rantai tersebut.
Sekitar sejam selepas
Crick selesai membuat kerja-kerja pemantauan, telinganya menangkap suatu bunyi
letu.pan yang datang dari arah gudang tempat tangki tadi berada. Letu.pan tersebut
kemudian disusuli oleh letu.pan tangki-tangki lain.
Menurut laporan Crick,
muatan keseluruhan tangki yang mele.tup ini bersamaan dengan 8,000 – 9,000 tong
a.rak (bersamaan 320,000 gelen) sekali gus mengakibatkan banjir setinggi 15 kaki
yang membadai kawasan kejiranan St. Giles.
![]() |
Suasana di ruangan dalam sebuah kilang a.rak kurun ke-19 yang dipenuhi tangki-tangki besar |
Permukiman ini
disifatkan sebagai permukiman kumuh (tidak teratur, kotor, dan terpinggir).
Oleh kerana itu, ia tidak mempunyai sistem saliran mahupun longkang yang membolehkan
banjir tadi surut. Akibatnya, ombak a.rak yang menggulung ini pun menghentam bangunan-bangunan
kediaman di sepanjang laluannya. Antara kawasan yang paling terjejas ialah New
Street, di mana kebanyakan mang.sa kor.ban berasal dari sana.
Sejarah bagaimanapun
mempunyai rekod-rekod yang berbeza berkaitan identiti mang.sa kor.ban. Lima
daripada mereka merupakan tukang ratap yang sedang meratapi kema.tian seorang
budak lelaki berusia dua tahun yang mening.gal dunia pada hari sebelumnya.
Dua mang.sa lain terkor.ban
sewaktu menikmati secangkir teh. Mereka ialah seorang wanita bersama anak
perempuannya yang berusia tiga tahun. Mang.sa kelapan pula ialah seorang remaja
yang sedang bekerja mencuci periuk di belakang pub Tavistock Arms – terbunuh
akibat dihem.pap dinding pub yang run.tuh.
![]() |
Kilang Horse Shoe Bre.wery |
Kononnya, penduduk di
kawasan banjir mengambil kesempatan untuk mendapatkan a.rak percuma dalam
kejadian ini. Namun, tiada sebarang catatan kontemporari yang mampu mengesahkan
dakwaan tersebut. Apa yang pasti, mereka lebih mengutamakan kerja-kerja mencari
dan menyelamat mang.sa banjir, khususnya yang terperang.kap di sebalik run.tuhan
bangunan.
Laporan akhbar pada
masa itu juga menyatakan bahawa penduduk setempat memberikan kerjasama dengan
tidak membuat bising supaya memudahkan usaha mengesan kedudukan mang.sa yang
terperang.kap.
Sebaik banjir surut,
pihak berkuasa menjalankan penyelidikan bagi mencari punca kejadian. Anehnya,
kilang Horse Shoe Bre.wery tidak dikenakan sebarang pendak.waan. Kata pihak
berkuasa, banjir tersebut adalah kehendak Tuhan yang tidak boleh dielakkan
walaupun jelas sekali ia berpunca daripada sikap cuai.
Lebih aneh, kilang
tersebut dikecualikan daripada cukai mengikut kadar kerugian yang mereka alami.
Sementara keluarga miskin yang menjadi mang.sa pula langsung tidak menerima
sebarang bentuk pampasan.
Operasi kilang Horse
Shoe Bre.wery terus dilanjutkan sehingga tahun 1921 sebelum ia berpindah ke Nine
Elms Brewery. Premis lama ditutup dan diro.bohkan. Tapaknya kemudian digantikan
dengan Dominion Theater yang dibina pada tahun 1928 dan masih berdiri sehingga
ke hari ini.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (1 Mac 2019). Forgotten Disaster: The Great London Be.er Flood
that Kil.led Eight People. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/london-be.er-flood-0011562
- Get link
- X
- Other Apps