- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Port Royal, Jamaica
pada kurun ke-17 Masehi dijuluki sebagai bandar paling terce.la di muka bumi.
Julukan ini diberi kerana ia menjadi pusat perkumpulan la.nun dan pembu.ru harta
karun, selain dipenuhi dengan berbagai macam he.donisme seperti ju.di,
berfoya-foya, dan pesta a.rak.
Namun, sebesar mana
sekali pun sesebuah rumah ia tetap bermula dengan sekecil bata dan boleh hilang
dalam sekelip mata. Tepat pada jam 11:43 tanggal 7 Jun 1692, pelabuhan paling
mewah di Hindia Barat ini digegarkan gem.pa bumi. Habis dua pertiga daripada
Port Royal run.tuh dan tenggelam ke dasar lautan sekali gus mengu.burkan segala
kegemilangan yang pernah ditempanya.
Hari ini, nama Port
Royal disohorkan kembali sebagai salah sebuah tapak arkeologi paling penting di
Carbbean merangkap satu-satunya bandar tenggelam di Hemisfera Barat.
Berbicara daripada
sudut sejarah, Port Royal pertama kali dijejaki oleh suku Taino. Bagaimanapun,
sejarahwan tidak dapat memuktamadkan sama ada ia dihuni atau sekadar
disinggahi. Apa yang pasti, suku Taino menggunakan Port Royal sebagai pulau
persinggahan semasa mereka keluar menang.kap ikan.
![]() |
Antara run.tuhan Port Royal yang tenggelam akibat kejadian gem.pa bumi |
Memasuki Zaman
Penjelajahan, Pulau Jamaica dikuasai oleh Sepanyol yang merupakan adikuasa
maritim ketika itu. Port Royal yang terletak di tenggara pulau turut tidak
terkecuali. Cuma, pengaruh Sepanyol di sana belum lagi utuh.
Pada tahun 1654, Oliver
Cromwell menghantar sebuah konvoi yang diketuai oleh Robert Venables dan
William Penn bagi menak.luki Haiti dari Sepanyol. Namun, ekspedisi ini gagal.
Dek kerana tidak sanggup mengangkat muka di hadapan Cromwell, Venables dan Penn
lantas membawa diri ke Jamaica.
Tidak banyak
penen.tangan dihadapi oleh mereka, justeru pulau itu pun jatuh ke tangan
Inggeris. Fort Cromwell kemudian dibangunkan, disusuli oleh petempatan di
sekitarnya yang diberi nama Point Cagway. Sejurus selepas Charles II menaiki
takhta England, nama kubu itu diubah menjadi Fort Charles dan Point Cagway pula
ditukar menjadi Port Royal.
Berkat kedudukan Port
Royal yang strategik, ia dengan pantas membangun sebagai pusat perdagangan yang
penting di Caribbean sekali gus menjadi pelabuhan paling sibuk di Hindia Barat.
Lokasinya yang menghubungkan antara Dunia Baru dan Sepanyol turut membuatkan
Port Royal kerap dikunjungi la.nun-la.nun yang berhasrat menjadi pelaut
persendirian (privateer). Antara privateer tersohor di Port Royal
ialah Henry Morgan yang bersara dari dunia perla.nunan untuk menjawat jawatan
Leftenan Gabenor Jamaica.
Hari-hari gemilang Port
Royal bagaimanapun berlangsung singkat dan berakhir dengan pantas. Segalanya
berpunca daripada gem.pa bumi dan tsu.nami yang melanda pada tahun 1692. Beberapa
minit sahaja diperlukan alam untuk mera.napkan dua pertiga bandar (seluas 33
ekar).
![]() |
Peta yang menunjukkan kawasan yang tenggelam |
Bencana ini
mengor.bankan 1,600 nyawa dan mence.derakan 3,000 yang lain. Kece.deraan dan wa.bak
penya.kit yang menyusul mera.gut 3,000 kasu.alti tambahan. Gem.pa bumi yang melanda
Port Royal kerapkali disifatkan sebagai huku.man Tuhan ke atas penduduk bandar
tersebut yang banyak bergelumang dengan do.sa dan no.da.
Port Royal hanya sempat
berdiri megah selama 37 tahun. Tempoh singkat ini bagaimanapun secara tidak
langsung menyumbang kepada pengiktirafannya sebagai antara tapak arkeologi
bawah laut paling terpelihara.
Menurut laman sesawang
UNESCO, kuali dan periuk-periuk besi masih berada di perdiangan (ketuhar tanah)
bersama dengan kayu-kayan hangus. Timbunan pinggan mangkuk turut dijumpai
berselarakan di sekitar gerobok simpanan di bawah tangga.
Di celah-celah run.tuhan
dinding rumah pula ditemui ja.sad kanak-kanak. Tidak ketinggalan, tong-tong yang
mengandungi sampah harian – termasuklah rambut dan jambang (yang baru sahaja
dicukur sebelum bencana berlaku). Banyak juga barangan seramik yang masih
berkeadaan sempurna.
Lebih daripada itu,
pasukan arkeologi berjaya mengenal pasti waktu tepat berlakunya ben.cana
menerusi penemuan jam poket yang terhenti hitungannya di saat kejadian. Jam
poket ini dijumpai oleh Edward Link pada tahun 1960, sekali gus menandakan
kejayaan pertama lingkungan arkeologi dalam mengenal pasti waktu tepat
berlakunya sesebuah ben.cana pada zaman dahulu.
Signifikasi tapak arkeologi
maritim Port Royal umumnya terletak pada keadaan barangan harian dan runtuhan
bangunannya yang masih terpelihara. Berbekalkan penemuan arkeologi dan
catatan-catatan sejarah berkaitan, sejarahwan berupaya mendalami pengetahuan
perihal seni bina, perancangan bandar, pemakanan, gaya hidup, dan hal-hal
berkaitan kehidupan penduduk Port Royal sewaktu bandar tersebut masih berdiri
megah.
![]() |
Antara artifak dari Port Royal yang dipamerkan |
Pada hari ini,
kebanyakan run.tuhan Port Royal terdampar pada kedalaman 40 kaki dari paras
laut. Ramai penyelam cuba meneroka dan membuat pemetaan semenjak 1950-an. Cuma
untuk melakukan penyelidikan sedemikian, lesen daripada pihak kerajaan perlu
terlebih dahulud diperoleh sebagai langkah kawalan.
Kebanyakan artifak yang
dinaikkan pada tahun-tahun kebelakangan kini dipamerkan di Muzium Sejarah dan
Etnografi di Institut Jamaica, Kingston.
TERJEMAHAN
April Holloway. (7 Ogos 2014). The Underwater Pirate City of Port Royal.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-americas/underwater-pirate-city-port-royal-001946
- Get link
- X
- Other Apps