- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Nama Samuel Bellamy
diingati sebagai salah seorang la.nun paling masyhur di Laut Caribbean. Kesohorannya
banyak disumbang oleh kejayaan beliau dalam menghimpunkan harta karun antara
yang terbesar nilainya – di mana sebahagiannya sudah pun dijumpai oleh ahli
arkeologi dan dipamerkan di muzium tersendiri.
Samuel Bellamy
dilahirkan pada tahun 1689 di Devonshire, England. Kebanyakan maklumat berkaitan usia mudanya
telah pun hilang. Setakat yang diketahui, beliau menyertai angkatan laut
British dan terlibat dalam beberapa buah pertem.puran pada penghujung usia
remajanya.
Beliau juga sempat
mendirikan rumah tangga. Namun beberapa tempoh kemudian, beliau keluar
meninggalkan anak isterinya untuk berlayar ke pantai Florida bagi memburu harta
karun. Dalam perjalanan, Bellamy singgah di Pelabuhan Eastham, Massachusetts.
Sepanjang berada di
sana, Bellamy menjalinkan hubungan dengan seorang gadis dan dikurniakan seorang
anak. Cuma malangnya, anak itu hanya sempat hidup selama beberapa hari sebelum
dijemput a.jal.
Bellamy kemudian sekali
lagi meninggalkan kekasihnya demi membu.ru harta karun. Kali ini, beliau
berangkat bersama rakannya yang bernama Paulsgrave Williams. Bellamy seterusnya
memilih untuk menyertai kru la.nun Benjamin Hornigold setelah mengharungi
bulan-bulan yang suram.
Nama Hornigold dikenali
sebagai la.nun yang berpendiri an – beliau hanya menyasarkan kapal-kapal
Perancis dan Sepanyol. Sikap toleransi Hornigold ke atas orang-orang taha.nan
juga melonjakkan lagi prestijnya.
Namun, takdir
menyediakan perjalanan yang berbeza. Pada bulan Jun 1716, anak-anak kapalnya ingkar
dan berhasrat mahu menye.rang kapal-kapal Inggeris. Pengambil-alihan kepimpinan lantas
berlaku. Hornigold digu.lingkan.
![]() |
Dalam tempoh setahun, Samuel Bellamy berhasil merom.pak lebih 50 buah kapal di Atlantik dan Caribbean |
Atas persetujuan ramai,
Samuel Bellamy diangkat sebagai kapten baru dengan Paulsgrave Williams menjadi
orang kedua. Di bawah kepimpinan Bellamy, kru la.nun tersebut berhasil merom.pak
lebih 50 buah kapal di Lautan Atlantik dan Caribbean dalam tempoh setahun
singkat.
Disebabkan
kepimpinannya yang bersifat terbuka, anak-anak buahnya menggelar beliau sebagai
‘Robin Hood La.nun’. Beliau juga sinonim dengan pakaian mahal, khususnya kot
berwarna hitam. Kain selempangnya pula biasa dipenuhi dengan empat laras
pis.tol. Justeru, beliau turut dijuluki ‘Black Bellamy’ (Bellamy Hitam).
Catatan sejarah
menyifatkan beliau sebagai seorang yang berpostur tinggi, berbadan sasa, dan
berpenampilan kemas. Kapal utamanya diberi nama Sultana. Kapal keduanya – Mary
Anne – pula terkenal sebagai kapal yang pantas. Bersama dua buah kapal ini,
Bellamy menempa nama sebagai ‘serigala Atlantik’ yang digeruni ramai.
Pada bulan Februari
1717, Bellamy berjaya meram.pas sebuah kapal pengangkut ham.ba milik Inggeris
yang dikenali sebagai Whydah. Ketika itu, kapal tersebut sedang dalam
perjalanan ke Jamaica dengan membawa muatan emas, perak, dan gading. Kapal ini
dianggap sebagai ram.pasan terbesar dalam karier Bellamy. Justeru, tidak hairan
jika beliau sanggup menggantikan Sultana dengan Whydah.
Whydah merupakan kapal
geliung seberat 300 tan yang mempunyai tiga layar dan berukuran 34 meter
panjang. Dicatatkan, kelajuannya mampu mencecah sehingga 13 knot (24 km/h).
Nama kapal ini diambil bersempena sebuah kerajaan di Afrika Barat, Ouidah. Ia
dibina di London pada tahun 1715, dengan pemilikan asalnya kembali kepada seorang
ahli Parlimen British bernama Sir Humphrey Morice.
Sebagai kapal
pengangkut ham.ba, Whydah direka khas dengan teknologi paling terkehadapan.
Persen.jata.annya juga tidak ketinggalan. Oleh kerana itu, sejarah menyifatkan
keunggulan kapal Whydah sebagai satu dalam seribu.
![]() |
Model kapal Whydah milik Samuel Bellamy |
Sehingga April 1717,
karier Bellamy berjalan dengan lancar. Nasib malangnya bermula apabila
perlayarannya diba.dai ribut kencang di Cape Cod, Amerika Syarikat. Sekitar
lewat malam, Whydah merem.puh beting pasir yang berjarak kira-kira 152 meter
dari Pantai Marconi.
Me.riam yang menjadi
kebanggaan Bellamy habis menghen.tam badan kapal yang terjungkit terbalik sekali
gus mengakibatkan kayu-kayannya berkecai dan berselerakan di lantai lautan.
Menjelang pagi, kapal Mary Anne pula menerima nasib serupa.
Menurut laporan
anak-anak kapal yang terselamat – dua dari Whydah dan tujuh dari Mary Anne –
sewaktu kejadian ini berlaku, Whydah mengangkut lima tan emas, habuk emas,
perak, batu permata, dan seumpamanya.
Petaka ini turut
memangsakan Bellamy. Kebanyakan anak kapal yang terselamat pula diber.kas dan
riwayat mereka ditamatkan di tali gan.tung – kecuali dua orang tukang kayu yang
dibebaskan, dan seorang pengemudi warga India bernama Miskito (Bellamy
memanggilnya John Julian, berusia 16 tahun) yang dijual sebagai ham.ba.
Kisah Bellamy
bagaimanapun tidak terku.bur di sini. Nama beliau sekali lagi disebut-sebut
selepas sepasukan arkeologis mengumumkan penemuan bang.kai kapal Whydah pada
bulan Julai 1984. Penemuan ini diperakui sebagai bangkai kapal la.nun pertama
yang pernah dijumpai di Amerika Utara.
Nilai khazanahnya juga
diperakui sebagai antara yang paling besar – dengan berat keseluruhan khazanah
yang dijumpai mencecah 4.5 hingga 5 tan, termasuklah gading, emas, dan matawang
bernilai 20,000 hingga 30,000 pound sterling.
![]() |
Loceng yang dijumpai di tapak bang.kai kapal Whydah |
Tahun penemuan Whydah
sebenarnya berlaku lebih awal, iaitu pada tahun 1982 oleh sepasukan penyelam
yang diketuai dan dibiayai oleh Barry Clifford. Ketika dijumpai, Whydah berada
sedalam 4.3 meter di bawah paras laut. Bersamanya, dijumpai lebih 200,000 buah
artifak termasuklah laras-laras me.riam, emas, batu-batu berharga, barangan
kemas, dan lain-lain.
Clifford dan anak-anak
buahnya turut menemukan sejumlah sen.jata, pakaian, kelengkapan, dan barangan
lain milik lanun. Antaranya termasuklah rantai gari, cincin, rantai leher, dan
kepala tali pinggang. Penemuan paling menarik mungkin melibatkan sebahagian
rangka milik lanun paling muda setakat yang diketahui – iaitu John King.
Dipercayai, King baru berusia 9 tahun ketika berada di atas Whydah pada hari
terakhirnya.
Pada tahun 1985,
Clifford menjumpai loceng kapal yang diukir padanya tulisan ‘The Whydah Galley
1716’. Berbekalkan artifak-artifak yang tidak terhitung banyaknya ini, Clifford
kemudian menubuhkan The Whydah Pirate Museum (Muzium Lanun Whydah) di
MacMillan Wharf, Massachusetts. Muzium ini didedikasikan sepenuhnya buat Samuel
Bellamy dan Whydah, dengan ribuan artifak daripada bangkai kapal sebenar
dipamerkan di sana.
TERJEMAHAN
Natalia Klimczak. (11 Januari 2016). Samuel Bellamy and the Treasure of
Whydah. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/samuel-bellamy-and-treasure-whydah-005142
- Get link
- X
- Other Apps