- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
M R Reese. (1 Disember 2014). Baku – The Legend of the Dream Eater. Ancient Origins.
Baku, atau turut dikenali sebagai ‘pemakan mimpi’ merupakan suatu makhluk mitologi masyarakat Cina dan Jepun yang dipercayai memakan mimpi ngeri. Walau bagaimanapun, Baku tidak boleh diseru secara bersahaja. Hal ini kerana legenda-legenda purba menyebutkan bahawa jika Baku tidak berasa puas (kenyang) walaupun setelah memakan mimpi ngeri orang yang menyerunya, maka ia akan turut memakan harapan dan impian si penyeru itu.
M R Reese. (1 Disember 2014). Baku – The Legend of the Dream Eater. Ancient Origins.
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Baku, atau turut dikenali sebagai ‘pemakan mimpi’ merupakan suatu makhluk mitologi masyarakat Cina dan Jepun yang dipercayai memakan mimpi ngeri. Walau bagaimanapun, Baku tidak boleh diseru secara bersahaja. Hal ini kerana legenda-legenda purba menyebutkan bahawa jika Baku tidak berasa puas (kenyang) walaupun setelah memakan mimpi ngeri orang yang menyerunya, maka ia akan turut memakan harapan dan impian si penyeru itu.
Hikayat berkenaan Baku
si pemakan mimpi ngeri ini berasal dari mitologi Cina dan kemudian muncul dalam
kisah rakyat Jepun pada tempoh waktu antara abad ke-14 hingga abad ke-15
Masihi, iaitu pada era Muromachi. Walaupun Baku merupakan suatu makhluk yang
berupa lembaga, namun ia memiliki rupa bentuk yang jelas dan tampak.
Baku
muncul dalam bentuk seekor chimera –
iaitu suatu makhluk mitologi yang terdiri dari pelbagai anggota badan haiwan
yang berbeza-beza. Baku lazimnya digambarkan memiliki tubuh beruang, berhidung
gajah, berkaki harimau, berekor kerbau dan bermata badak sumbu. Menurut
legenda, Baku ini dicipta dari baki lebihan yang tinggal selepas para dewa
selesai menciptakan seluruh haiwan lain.
![]() |
| Patung Baku, di Kuil Konnoh Hachimangu, Tokyo, Jepun |
Perincian dan
kepercayaan mengenai Baku ini berubah seiring peredaran zaman. Dalam
legenda-legenda purba Cina, Baku merupakan sejenis haiwan yang diburu –
terutama sekali kulitnya. Katanya, sesiapa sahaja yang membunuh Baku lazimnya
akan menjadikan kulit makhluk itu sebagai selimut yang berfungsi sebagai
tangkal atau pemberi kuasa magis yang mampu melindungi pemakainya daripada roh
jahat.
Kepercayaan terhadap hal ini
semakin berkembang dan kemudiannya muncul pula satu kepercayaan di mana kulit
berbulu milik Baku tidak lagi diperlukan. Sebaliknya, memadai dengan hanya mempamerkan
imej Baku di tempat tidur untuk menghalau roh jahat. Baku tidak dipandang
sebagai makhluk pemakan mimpi ngeri melainkan setelah ia memasuki kebudayaan
Jepun. Selepas pandangan terhadap Baku ini mengalami perubahan, Baku terus-menerus
dipercayai sebagai makhluk pemakan mimpi ngeri sehingga ke hari ini.
Legenda menceritakan
bahawa seseorang yang terjaga dari mimpi buruk boleh memanggil atau menyeru
Baku dengan menyebut namanya sebanyak tiga kali, “Baku-san, datanglah makan
mimpi saya. Baku-san, datanglah makan mimpi saya. Baku-san, datanglah makan
mimpi saya.”
Lantas, legenda menyebutkan bahawa Baku akan memasuki bilik si
penyeru tersebut dan memakan mimpi buruknya sehingga si penyeru itu dapat
kembali tidur dengan aman.
Namun, penyeruan Baku
juga perlu dilakukan dengan penuh berwaspada kerana jika ia masih lapar
walaupun sesudah memakan mimpi ngeri seseorang, maka Baku akan turut memakan
harapan dan kehendak orang tersebut sekaligus membuatkan kehidupannya menjadi
kosong. Selain diseru kerana terjaga daripada mimpi ngeri, Baku juga boleh
diseru dengan tujuan memohon perlindungan dari mimpi buruk sebelum seseorang
itu masuk tidur pada waktu malam. Sehingga ke hari ini, masih menjadi satu
kebiasaan buat kanak-kanak Jepun untuk mempunyai tangkal Baku berhampiran
tempat tidurnya.
![]() |
| Patung Baku dan singa, di Kuil Konnoh Hachimangu, Shibuya, Tokyo, Jepun |
Pada hari ini, kita
dapat menemukan beberapa gambaran moden terhadap Baku. Dalam gambaran-gambaran
tersebut, Baku ditunjukkan sebagai seekor tapir, tidak sebagai bentuk
tradisionalnya iaitu chimera. Pada
tahun 1984, filem animasi Oshii Mamoru,
‘Pemimpi Indah’ menggambarkan Baku sebagai seekor tapir. Dalam Pokemon pula,
Baku hadir sebagai seekor tapir dalam karakter Drowzee/Hypno dan Munna/Musharna
sambil Digimon juga mempunyai karakter yang bernama Bakumon atau Tapirmon yang
memiliki kemiripan dengan Baku.
Jika dilihat dari
pelbagai budaya dan zaman, menyeru makhluk pelindung dari mimpi ngeri merupakan
suatu kepercayaan lazim – sama seperti penyeruan Baku. Begitu juga dengan
penggunaan tangkal atau simbol perlindungan semasa tidur. Baku sendiri kekal diingati
sebagai suatu figura pelindung dari mimpi ngeri dan mungkin akan terus diingati
sedemikian di masa hadapan, baik dalam bentuk chimera mahupun tapir
SUMBER
- Baku – The Dream Eater – Hyakumonogatari.
- Baku (spirit) – Princeton.
- Baku (spirit) – Wikipedia.
- Baku – Unknown Explorers.
- Get link
- X
- Other Apps


