- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (9 Mei 2016). Kemari: Revival of a 7th Century Japanese Football Game in Modern Times. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/kemari-revival-7th-century-japanese-football-game-modern-times-005851
Wu Mingren. (9 Mei 2016). Kemari: Revival of a 7th Century Japanese Football Game in Modern Times. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/kemari-revival-7th-century-japanese-football-game-modern-times-005851
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Kemari merupakan sebuah permainan bola di zaman purba yang berasal-usul dari Jepun dan mempunyai beberapa kesamaan dengan sebuah sukan moden yang dikenali sebagai bola sepak, salah satu sukan paling masyhur pada hari ini.
Sukan bola sepak
mula meraih bentuknya seperti yang dikenali sekarang di England pada tahun
1863, iaitu apabila sukan ragbi dan sukan bola sepak mula mengorak haluan
masing-masing. Tahun tersebut juga
memperlihatkan Persatuan Bola Sepak di England, iaitu badan pengurusan bola
sepak pertama, ditubuhkan.
Jika dibuat perbandingan
masa, kemari sudah pun wujud sejak abad ke-7 Masihi walaupun
undang-undangnya hanya diseragamkan pada beberapa kurun kemudian.
BERMULANYA SUKAN KEMARI
Kemari
diperkenalkan oleh masyarakat Cina ke dalam kebudayaan Jepun pada suatu tempoh
masa sekitar tahun 644M. Salah satu sumber tertua yang ada menyebut tentang
permainan ini adalah Nihon Shoki, sebuah buku sejarah klasik Jepun yang
kedua paling tua.
Menurut sumber sejarah
ini, kemari pernah dimainkan di Hôkôji di Nara pada tahun 644M. Salah seorang
pemainnya ketika itu adalah Putera Nako no Ôe (yang kelak menjadi Maharaja
Tenji). Dalam permainan tersebut, kasut yang dipakai oleh putera tiba-tiba
tercabut dan tercampak. Melihat keadaan itu, seorang pemain lain yang bernama
Nakatomi (kelak dikenali sebagai Fujiwara) no Kamatari mengambil kasut tersebut
dan menyerahkannya semula kepada putera.
Kejadian ini merupakan satu peristiwa yang penting memandangkan mereka berdua kemudiannya menjadi rakan baik dan bersama-sama terlibat dalam usaha menggulingkan puak Soga pada tahun berikutnya.
Kejadian ini merupakan satu peristiwa yang penting memandangkan mereka berdua kemudiannya menjadi rakan baik dan bersama-sama terlibat dalam usaha menggulingkan puak Soga pada tahun berikutnya.
![]() |
Halaman dari salinan Nihon Shoki, sebuah karya pada awal era Heian |
CARA KEMARI DIMAINKAN
Di negara Cina, terdapat sebuah sukan yang mirip dengan sukan bola sepak iaitu cuju. Ia dikatakan telah wujud sejak zaman Negeri-Negeri Berperang (476-221SM) lagi. Cuju merupakan sebuah sukan yang lasak dan digunakan untuk melatih kaum tentera. Merentas peredaran masa, penyeragaman undang-undang pun dilakukan ke atas permainan ini. Sifatnya yang lasak mula dikurangkan apabila ia mula tersebar secara meluas dalam kelas sosial yang lain. Pun begitu, sifat kompetitif sukan ini masih dikekalkan.
Di negara Cina, terdapat sebuah sukan yang mirip dengan sukan bola sepak iaitu cuju. Ia dikatakan telah wujud sejak zaman Negeri-Negeri Berperang (476-221SM) lagi. Cuju merupakan sebuah sukan yang lasak dan digunakan untuk melatih kaum tentera. Merentas peredaran masa, penyeragaman undang-undang pun dilakukan ke atas permainan ini. Sifatnya yang lasak mula dikurangkan apabila ia mula tersebar secara meluas dalam kelas sosial yang lain. Pun begitu, sifat kompetitif sukan ini masih dikekalkan.
![]() |
Karya pelukis dari
Dinasti Ming, Du Jin yang menggambarkan kaum wanita Cina sedang bermain cuju
|
Jika dilihat cara kemari dimainkan pada
hari ini, dapat dilihat bagaimana sukan tersebut mengalami perubahan yang
drastik berbanding bentuk asalnya ketika ia mula diperkenalkan di kawasan
pantai Jepun. Perubahan pertama yang boleh dikesan sudah tentu sifat kompetitif
sukan cuju yang dihilangkan.
Gol bagi cuju sama seperti bola sepak
moden, iaitu pemain perlu menendang bola hingga memasuki gawang yang terdedah
tanpa menggunakan tangan. Namun, gol (atau matlamat) bagi sukan kemari
pula adalah mengekalkan bola di udara selama mana yang boleh dengan menggunakan
seluruh anggota badan selain tangan. Tidak seperti cuju dan bola sepak,
sukan kemari tidak memiliki pemenang atau si kalah.
Setiap permainan kemari biasanya
melibatkan antara enam hingga lapan orang pemain. Kebiasaannya, terdapat empat
orang pemain utama dan dibantu oleh pemain-pemain pembantu. Pemain-pemain ini
perlu bekerjasama untuk memastikan agar bola kekal di udara selama mana yang
boleh sekaligus menitik-beratkan sifat kerjasama dalam sukan tersebut.
Perbezaan lain antara kemari dan cuju
adalah kelas masyarakat yang mula-mula memainkannya. Di Cina, cuju mula
dimainkan oleh kelas tentera sementara kemari di Jepun pula terlebih
dahulu masuk sebagai budaya golongan kelas atasan. Bagi golongan kelas atasan
di zaman Jepun purba, permainan kemari ini dianggap sebagai suatu
permainan yang baik, menarik dan menekankan aspek kemahiran.
Pada zaman Kamakura (antara abad ke-12 hingga
abad ke-14M), kemari menjadi sebuah sukan yang masyhur dalam kelas
samurai. Menjelang zaman Edo pula (antara abad ke-17 hingga abad ke-19M),
permainan ini mula meraih penerimaan secara meluas. Namun selepas berlakunya
Revolusi Meiji, kemasyhuran kemari mula jatuh menjunam sekaligus keadaan
tersebut menggusarkan Maharaja Meiji.
![]() |
Festival Kemari moden di Kuil Tanzan, kota Nara, Wilayah Nara, Jepun |
Hal ini mendorong pemerintah Jepun itu untuk
menubuhkan Kemari Hôzô Kai atau Komuniti Pemelihara Kemari.
Berkat usaha daripada maharaja itu, kemari masih lagi kekal wujud
sehingga ke hari ini. Walaupun permainan ini tidak berhasil meraih semula
tingkat kemasyhuran yang pernah dikecapinya sebelum ini, namun ia kekal hidup
dalam kalangan masyarakat moden menerusi dua buah keraian penting yang diadakan
pada setiap tahun.
Salah satu keraian tersebut adalah kemari
hajime atau ‘sepak mula’ yang diadakan pada hari sambutan Tahun Baru di
Kuil Shimogamo, sebuah kuil Shinto yang berlokasi di Kyoto. Keraian yang kedua
pula adalah festival kemari yang diadakan pada setiap bulan November di
Nara, ibu kota Jepun pada zaman purba.
SUMBER
- Bryant, A. J. & Badgley, J. L. 2014. Kemari.
- FIFA. 2002. Kemari – an alternative way to play football.
- FIFA, 2016. History of Football – The Origins.
- Hongo, J. 2014. Kemari: a whole old ball game.
- Ministry of Culture, P.R. China. 2003. Ancient Chinese Football.
- RoninDave. 2012. Kemari – Ancient Japanese Soccer/Football.
- The Imperial Household Agency. 2016. Kemari (Ancient football game of the Imperial Court).
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Kemari – Sukan Bola Sepak Jepun Purba’
- Get link
- X
- Other Apps