- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (29 Disember 2018). The Khazars: A Forgotten Medieval Empire that Ruled the Northern Caucasus. Ancient Origins.
Wu Mingren. (29 Disember 2018). The Khazars: A Forgotten Medieval Empire that Ruled the Northern Caucasus. Ancient Origins.
Penterjemah:
Amir Zayyanid
“Kaum Khazar merupakan
suatu kewujudan yang luar biasa pada zaman pertengahan. Dengan terdiri dari
puak-puak nomad yang bersifat lasak, mereka memiliki segala kelebihan yang
diperlukan oleh sesebuah kuasa membangun; pentadbiran yang tersusun,
perdagangan yang luas dan mewah, dan pasukan tentera yang kuat. Pada zaman itu,
zaman di mana kefanatikan dan kejahilan mendominasi dunia Eropah Barat, Khazar
meraih kemasyhuran berkat keadilan dan sifat toleransinya.
Orang-orang yang ditindas hanya disebabkan anutan
agama berbondong-bondong berpindah ke Khazar. Bagaikan bintang yang bergemerlapan,
ia menyinari ufuk dunia Eropah yang suram, dan kemudian sirna tanpa
meninggalkan sebarang jejak kewujudan.” – Vasili V.
Grigoriev, di dalam eseinya yang bertajuk “O dvoystvennosti verkhovnoy vlasti u
khazarov” (1835), yang dicetak semula di dalam buku kompilasi tahun 1876 yang
berjudul Rossiya I Aziya.
Khazar merupakan sebuah
masyarakat separa-nomad yang bertutur dalam Turki. Mereka membentuk sebuah
empayar perdagangan yang besar di wilayah utara Caucasus pada abad ke-7 Masihi.
Merentas abad, mereka melebarkan kuasa hingga ke Ukraine, Crimea, selatan
Russia, barat Kazakhstan dan barat laut Uzbekistan.
Syiling Khazar, kononnya ‘syiling Musa’, dari Spilling Hoard di Gotland Museum |
ASAL-USUL YANG TIDAK
JELAS
Asal-usul Khazar tidak
dapat dipastikan secara jelas. Begitu juga dengan tarikh ketibaan mereka di
wilayah Volga-Caucasus. Khazar dipercayai secara umum sebagai etnik Turki dan
mungkin berhijrah ke kawasan tersebut dari Asia Tengah. Mereka turut dipercayai
sebagai sebahagian daripada Empayar Hunnic yang berkuasa pada abad ke-5 Masihi;
sebagai puak Akatzirs yang disebutkan oleh diplomat dan sejarahwan Byzantine
yang bernama Priscus dari Panium.
Menjelang separuh kedua
abad ke-6 Masihi, Khazar berada di bawah pemerintahan Khaganate Turki Barat.
Apabila khaganate tersebut bubar pada pertengahan abad berikutnya, Khazar
menubuhkan khaganate mereka yang tersendiri dengan menakluk beberapa buah puak
Bulgar, Caucasian dan Slavic yang berhampiran.
Khazar pada asalnya
merupakan kaum yang hidup secara nomad. Setelah menakluk puak-puak tersebut,
mereka tetap meneruskan budaya bercucuk tanam di samping mengadaptasi gaya
hidup secara tetap. Tambahan lagi, Khazar turut terlibat dalam aktiviti
perdagangan, yang kelak membenarkannya berkembang menjadi sebuah empayar
perdagangan yang kuat.
Benteng
Khazar di Sarkel (Belaya Vyezha, Russia). Gambar dari atas berkenaan usaha
eksvakasi yang dijalankan oleh M. I. Artamanov pada 1930an
PERANG ARAB-KHAZAR
Tidak lama selepas
penubuhan Khaganate Khazar, mereka terlibat dalam konflik dengan Kekhalifahan
Rashidin. Sebelum kemangkatan Khalifah Umar pada tahun 644M, beliau sempat
mengarahkan pasukan tenteranya agar berangkat ke arah utara memasuki Caucasus.
Namun, hanya pada tahun 652/653 barulah berlaku pertempuran besar pertama di
antara Khazar dan Arab yang berlangsung berhampiran kota Balanjar.
Khazar berjaya
menangkis serangan pihak musuh dan komander Arab yang bernama Abd ar-Rahman ibn
Rabiah terkorban di medan tempur. Pihak Arab melanjutkan peperangan mereka
menentang Khazar dan serangan demi serangan yang mereka lancarkan pada akhirnya
memaksa Khazar berundur jauh ke utara Caucasus.
Walau bagaimanapun,
kemenangan-kemenangan awal yang diraih oleh Khazar ke atas Arab berjaya
menghalang perluasan kuasa Kekhalifahan Rashidin ke utara, memasuki Eropah
Timur.
Khazar mengekalkan
hubungan yang mesra dengan kuasa besar lain pada waktu itu, iaitu Empayar
Byzantine. Pada abad ke-7 Masihi, Khazar membekalkan bantuan ketenteraan kepada
Maharaja Heraklius dalam kempennya memerangi Empayar Sassanid. Tambahan lagi,
dua orang maharaja yang memerintah pada abad ke-8 iaitu Justinian II dan
Constantine V, masing-masing mempunyai isteri berwarga Khazar.
Selain itu, kehadiran
Khaganate Khazar juga secara tidak langsung berperanan melindungi Byzantine
daripada ancaman puak nomad di utara Caucasus, memandangkan kedudukan Khazar
menjadikannya sebagai wilayah penampan di antara dua kekuasaan tersebut.
Khazar mengalami pertumbuhan ekonomi menerusi aktiviti perdagangan yang dijalankan, berkat kelebihan geografi yang mereka miliki. Laluan timur-barat yang menghubungkan antara Timur Jauh dengan Empayar Byzantine, serta laluan utara-selatan yang menghubungkan antara puak-puak Slavic dengan Kekhalifahan Arab, masing-masing perlu melalui wilayah Khazar sekaligus menuntut mereka agar membayar cukai yang dikenakan ke atas kafilah-kafilah yang lalu-lalang. Hal ini memberikan sumbangan yang besar terhadap lonjakan ekonomi Khaganate Khazar.
Khazar mengalami pertumbuhan ekonomi menerusi aktiviti perdagangan yang dijalankan, berkat kelebihan geografi yang mereka miliki. Laluan timur-barat yang menghubungkan antara Timur Jauh dengan Empayar Byzantine, serta laluan utara-selatan yang menghubungkan antara puak-puak Slavic dengan Kekhalifahan Arab, masing-masing perlu melalui wilayah Khazar sekaligus menuntut mereka agar membayar cukai yang dikenakan ke atas kafilah-kafilah yang lalu-lalang. Hal ini memberikan sumbangan yang besar terhadap lonjakan ekonomi Khaganate Khazar.
Rus sedang memperdagangkan hamba dengan Khazar. Lukisan tahun 1913 berjudul “Perdagangan di Kem Slavik Timur” oleh Sergei Ivanov |
KHAZAR MEMELUK AGAMA
JUDAISM
Tidak dinafikan lagi
bahawa Khazar sering berhubung dengan agama Kristian dan Islam menerusi
pertembungan mereka dengan Byzantine dan Arab serta aktiviti perdagangannya
dengan para pedagang dari kedua belah pihak itu. Pun begitu, Khazar tidak
menganut kedua-dua agama itu secara rasmi.
Sekitar abad ke-8
Masihi, agama Judaism mula tersebar secara meluas dalam kalangan masyarakat
Khazar berkat kemasukan kaum Yahudi ke wilayah itu. Pada permulaan abad ke-9
Masihi, Judaism mula diangkat sebagai agama rasmi Khaganate Khazar sekaligus
menjadikannya sebagai zon neutral antara dua kekuasaan yang bersengketa, iaitu
Byzantine-Kristian dan Arab-Muslim.
Walau bagaimanapun,
Khazar mengamalkan sikap toleransi terhadap agama-agama lain dan penganut
kepercayaan-kepercayaan lain dapat hidup dengan aman di bawah kekuasaan mereka.
Menjelang abad ke-10,
Khaganate Khazar mula mengalami kejatuhan. Di wilayah utara dan barat, sebuah
lagi kaum beretnik Turki, iaitu Pechenegs, mula mendaki tangga kuasa. Tambahan
lagi, puak-puak Slavik Timur kini bersatu di bawah kepemimpinan Kievan Rus.
Pada tahun 965 Masihi,
Sviatoslav I yang merupakan Putera Mahkota Kiev bertindak melancarkan kempen
memerangi Khazar. Beliau berjaya menewaskan mereka dan menamatkan kekuasaan
Khaganate Khazar. Lebih menarik untuk dikongsikan, sehingga kini tidak dapat
dipastikan sama ada bahasa Khazar masih kekal selamat ataupun tidak. Maklumat
bertulis berkenaan mereka hanya didapati melalui sumber-sumber Byzantine dan
Arab.
Sviatoslav I dari Kiev (di atas perahu), pemusnah Khaganate Khazar |
SUMBER
- Brook, K. A. 2014. An Introduction to the History of Khazaria.
- Canadian Institute of Ukrainian Studies. 2001. Khazars.
- Dugdale-Pointon, T. 2011. Khazar Khaganate.
- Jewish Virtual Library. 2018. Khazars.
- The Editors of Encyclopedia Britannica. 2017. Khazar.
- Encyclopedia.com. 2018. Khazars.
- Get link
- X
- Other Apps