- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Matt Soniak. (30 Mei 2012). 10 Things You Need to Know About Mosquitoes. Mental
Floss.
http://mentalfloss.com/article/30791/defense-mosquito-10-things-know-about-summer%E2%80%99s-biggest-annoyance
http://mentalfloss.com/article/30791/defense-mosquito-10-things-know-about-summer%E2%80%99s-biggest-annoyance
Penterjemah:
Khairul Asraf Shah Nizamuddin
Terperangkap di antara
rasa gatal dan kesan bilur di samping rasa gerun akan virus bawaan nyamuk, mudah
untuk kita terlupa bahawa nyamuk adalah keajaiban evolusi. Atau mungkin mereka
tidak mendapat keadilan yang sepatutnya daripada kita. Dengan spesis nyamuk
yang melebihi 3,000 jenis, hanya 80 jenis yang sebetulnya menggigit manusia dan
sekurang-kurangnya ada jenis yang memakan nyamuk lain untuk kita.
Semenjak
menetas, mereka membesar menjadi dewasa dalam masa lima hari. Mereka membiak
dalam beberapa minit selepas menetas. Malah mereka mempunyai anggota badan yang
mengagumkan dalam dunia haiwan jika ingin dibandingkan mengikut anggota
mulutnya yang menyengat.
1.
NYAMUK
ADALAH PENERBANG HANDAL DI DALAM CUACA BURUK
Purata titik hujan
adalah 50 kali lebih berat daripada purata berat nyamuk. Namun nyamuk mampu
meredah hujan tanpa masalah. Jika sebuah kapal terbang Boeing 747 dihentam oleh
titis hujan yang serupa, sebanyak 2375 tan air akan menimpanya dan pastinya
kapal terbang itu tidak mampu menyamai kemampuan seekor nyamuk. Bagaimana
serangga ini melakukannya?
Satu legenda umum
menyatakan bahawa serangga-serangga cukup lincah untuk mengelak titik-titik
hujan. Beberapa tahun yang lepas, sepasukan jurutera yang berpusat di Institut
Teknologi Georgia telah memerhati nyamuk sebenar dan nyamuk tiruan Styrofoam
menggunakan kamera berkuasa tinggi. Mereka memerhatikan nyamuk itu terbang
ketika hujan bagi meneliti keadaan sebenar yang terjadi. Mereka mendapati
bahawa nyamuk tersebut tidaklah terbang cukup laju untuk mengelak titik-titik
hujan tetapi kelambatan mereka itulah yang mengelakkan daripada terhempas jatuh
ke Bumi.
Jisim seekor nyamuk yang rendah di samping kelajuan yang perlahan
telah menyebabkan perlanggaran berlaku di antara titik hujan dan nyamuk.
Tetapi, titik itu hanya berubah bentuk dan tidak memindahkan momentum yang
cukup untuk mengganggu penerbangan nyamuk tersebut.
2.
TEXAS
IALAH PUSAT BANDAR NYAMUK DI AMERIKA
Dengan sebanyak 3,000
jenis spesis nyamuk di dunia, lebih kurang 150 dijumpai di Amerika Syarikat dan
85 jenis daripada itu dijumpai di Texas. Apabila orang mengatakan semua yang
ada di Texas besar belaka, anda boleh memasukkan biodiversiti jenis gigitan serangga
pembawa penyakit ke dalam koleksi tersebut.
3.
SESETENGAH
NYAMUK BENAR-BENAR BAHAYA TERHADAP MANUSIA
Nyamuk betina yang
mengigit dan menghisap darah adalah pemindah penyakit yang hebat. Oleh sebab
itu, nyamuk dikategorikan sebagai haiwan paling berbahaya di dunia. Setiap
tahun, parasit malaria yang direbak oleh mereka telah membunuh dua hingga tiga
juta orang dan menjangkiti 200 juta atau lebih orang lagi. Mereka juga menyebar
patogen yang menyebabkan demam kuning (yellow fever), demam Rift Valley,
demam Chikungunya dan penyakit West Nile.
4.
…
DAN SESETENGAH NYAMUK TIDAK MEMUDARATKAN.
Bukan semua spesis
nyamuk menghisap darah daripada manusia dan di antara mereka yang menghisap,
bukan semua merebakkan penyakit. Penghisap darah itu tidak perlu menghisap
darah anda sepanjang masa. Nyamuk jantan hidup sepenuhnya bergantung pada
nektar dan cecair pokok lain.
Malah makanan ruji buat nyamuk betina juga
berasaskan tumbuhan. Kebanyakan masa mereka hanya menghisap darah manusia
ketika mereka sedang bersedia untuk membiak. Ini kerana darah mengandungi
lipid, protein, dan pelbagai nutrien lain yang diperlukan untuk penghasilan
telur.
5.
NYAMUK
SEBENARNYA MEMBANTU PERSEKITARAN
Apabila anda menyapu
losyen kalamin di seluruh badan, nyamuk mungkin hanya mengganggu anda tanpa
sebab tetapi banyak spesis memainkan peranan ekologi. Nyamuk Aedes impiger dan
Aedes nigripes yang berkumpul seperti awan tebal di Artik Rusia dan Kanada
merupakan sumber makanan utama buat burung-burung penghijrah.
Jauh ke selatan,
pelbagai haiwan seperti unggas, serangga, lelabah, salamander, cicak-cicak,
katak, dan ikan, akan selalu memakan pelbagai jenis spesis nyamuk. Tumbuhan
memerlukan mereka juga dan sesetengah daripada mereka seperti anggerik daun
majal (blunt-leaved orchid) dan anggerik monyet (monkeyface orchid)
bergantung pada nyamuk sebagai pendebunga primer.
Sesetengah jenis nyamuk
juga handal di dalam mengawal jumlah nyamuk. Spesis nyamuk daripada genus
Toxorhynchites menjadikan larva nyamuk dan nyamuk muda sebagai makanan mereka.
Malah mereka kadang-kadang memakan spesis mereka sendiri.
6.
NYAMUK
ADALAH PEMBURU HEBAT (MACAMLAH KAMI PERLU BERITAHU ANDA FAKTA INI)
Nyamuk pakar di dalam
menangkap bahan kimia yang dikeluarkan oleh perumah mereka iaitu manusia.
Mereka boleh mengesan karbon dioksida di dalam nafas kita, bahan 1-octen-3-ol
di dalam nafas dan peluh, di samping bahan-bahan organik lain yang kita
hasilkan menggunakan tujuh puluh lebih jenis reseptor bauan dan bahan kimia di
antena mereka. Reseptor-reseptor ini boleh mengesan jejak kimia sejauh beberapa
ratus kaki dan sebaik sahaja nyamuk itu mendekatinya, ia akan mengesan bahan
kimianya dan juga mengesan melalui penglihatan. Di samping itu, mereka gemar
pada orang yang memakai pakaian berwarna gelap.
7.
NYAMUK
BOLEH MENJADI CEREWET
JIka kelihatan anda
selalu berkelubung dari hujung rambut hingga hujung kaki sedangkan orang lain
yang duduk di sebelah anda hanya memakai pakaian singkat, ia bukan satu
paranoia. Nyamuk benar-benar berada di sekitar untuk mendapatkan anda.
Sesetengah
orang mempunyai bau badan dan mengeluarkan bahan kimia yang menarik minat
nyamuk manakala sesetengah yang lain mengeluarkan bau yang membuatkan mereka
tidak digemari nyamuk dan bau ini samaada bertindak sebagai pencegah atau
menyelubungi bahan kimia yang akan menjadikan nyamuk suka.
8.
MULUT
SEEKOR NYAMUK BETINA DIBINA KHAS UNTUK MENGHISAP DARAH
Nyamuk bukan sekadar
menembus masuk proboscis-nya ke dalam kulit anda dan mula menghisap. Apa
yang anda lihat melekat di muka nyamuk adalah labium yang menyarung bahagian
mulut yang digunakan untuk menghisap. Labium akan membengkok ke belakang ketika
nyamuk mengigit di mana ia membenarkan bahagian lain untuk melalui hujungnya
dan melakukan peranan masing-masing. Sepasang mandible dan maxillae yang tajam
dan runcing akan digunakan untuk menembusi kulit. Hypopharynx dan labrum yang
berongga masing-masing akan digunakan untuk menyalurkan air liur dan menyedut
darah.
9.
AIR
LIUR NYAMUK MENGHALANG PEMBEKUAN DARAH
Air liur yang dipam
keluar dari hypopharynx ketika nyamuk mengigit adalah penting untuk
mempengaruhi kecenderungan darah kita untuk membeku. Ia mengandungi sekumpulan
bahan kimia yang menahan pengecutan salur darah, menyekat pembekuan darah serta
pengagregatan platelet. Justeru itu ia memastikan darah kita sentiasa cair
ketika lalu di dalam labrum nyamuk lalu mengganggu hidangan mereka.
10.
NYAMUK
BOLEH MELETUP
Tekanan darah membantu
pengisian perut nyamuk lebih cepat lalu memudahkan hidangan mereka. Namun ada
lagenda yang mengatakan ia juga menyebabkan kematian mereka. Ceritanya begini, anda
boleh melenturtegangkan otot yang hampir dengan tempat gigitan atau meregangkan
kulit supaya nyamuk itu tidak boleh menarik keluar proboscisnya lalu tekanan
darah anda akan mengisi perut nyamuk sehingga ia meletup.
Terdapat kesefahaman
di antara pakar entomologi yang merasakan perkara ini tidak benar namun ada
cara yang lebih sukar untuk meletupkan nyamuk ini. Untuk membuat bom darah, anda
haruslah memotong bahagian ventral saraf tunjang. Saraf ini akan menghantar maklumat
mengenai rasa kenyang. Semasa ia dipotong, saraf tunjang itu tidak boleh
memberitahu otak nyamuk bahawa perutnya sudah penuh lalu ia akan berterusan
mengisi perutnya hingga mencapai saiz kritikal.
Sekurang-kurangnya seorang
pengkaji mendapati bahawa nyamuk tidak cakna akan betapa penuhnya mereka dan
akan berterusan menghisap walaupun perut mereka sudah pecah lalu darah memancut
keluar daripada bahagian hujung mereka yang meletup itu.
- Get link
- X
- Other Apps
