- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan
ke artikel asal:
Suzanne Raga. (28 Julai 2016). 9 Forms of Birth Control Used in the Ancient
World. Mental Floss.
http://mentalfloss.com/article/83685/9-forms-birth-control-used-ancient-world
http://mentalfloss.com/article/83685/9-forms-birth-control-used-ancient-world
Penterjemah: FarahiKamaruddin
Bagi
kebanyakan orang, frasa kawalan kelahiran tidak menggambarkan imej secara
mental dalam penggunaan herba, bersin ataupun najis buaya. Namun, wanita dan
lelaki dalam kebudayaan purba telah menggunakan pelbagai kaedah pelik bagi mencegah
kehamilan, dengan tahap kejayaan yang berbeza (juga kebersihan). Di sini,
terdapat sembilan bentuk bagi kawalan kelahiran yang digunakan dalam dunia
purba, dari Greece hinggalah ke China.
1. AKASIA DAN MADU
Bermula
pada sekitar abad ke-16 sebelum Masehi, wanita Mesir dan Mesopotamia telah
menyenaraikan kegunaan daripada akasia (sejenis pokok) dalam usaha pencegahan
kehamilan mereka. Wanita-wanita ini mencampurkan buah akasia yang belum masak
bersama madu dan kurma kisar. Mereka merendam sehelai kain atau bahan fiber tumbuhan lain ke dalam pes
tersebut dan memasukkannya ke dalam vagina mereka, seperti tampon. Kaedah
kawalan kelahiran ini jauh lebih efektif daripada apa yang anda fikirkan: Gam
daripada akasia akan ditapaikan menjadi asid laktik, yang mana bertindak
sebagai spermicide.
2. SILPHIUM
Orang
Mino, Mesir, Roman dan Greek purba sangat menyukai silphium. Mereka menggunakan
tumbuhan seperti adas (jintan hitam) bagi melegakan perut kembung, memperasakan
makanan mereka, mewangikan badan mereka dan mencegah kehamilan.
Selama
enam abad, para wanita telah meminum biji tumbuhan yang berbentuk hati ini
sebagai jus sebanyak sekali dalam masa sebulan bagi mencegah kehamilan secara
semulajadi. Kaum wanita juga meletakkan bulu yang direndam di dalam jus
tumbuhan tersebut dan dimasukkan ke dalam vagina bagi mencegah kehamilan. Silphium
(yang juga dipanggil sebagai laserwort) memiliki nilai yang tinggi dan
penting kepada ekonomi perdagangan Mediterranean purba. Masyarakat Cyrenian pula
meletakkan imej biji silphium pada matawang mereka.
Para
cendekiawan tidak mengetahui bagaimana silphium ini bertindak atau
sejauh mana ia efektif sebagai pencegah kehamilan – satu kajian pada 1985 telah
menemui bahawa ekstrak yang dikatakan mempunyai kaitan dengan silphium
telah mencegah kehamilan dalam tikus apabila diberikan secara oral, namun dos
yang sama didapati tidak efektif terhadap hamster – tetapi tumbuhan pencegah
kehamilan itu mungkin telah menyumbang kepada kadar kelahiran yang rendah di Rom.
Para petani purba tidak dapat menanam silphium – ia hanya tumbuh
berhampiran Cyrene, iaitu Afrika Utara pada hari ini – dan tumbuhan itu telah
pupus di antara abad pertama dan kedua Masehi.
3. BERSIN
Soranus,
seorang pakar sakit puan Greek yang merawat kaum wanita pada zaman Rom purba,
telah menulis bahawa apabila seseorang lelaki berejakulasi, pasangan wanitanya
“harus menahan nafas dan menjauhkan diri sedikit, bagi mengelakkan benih
terlontar jauh ke dalam bahagian uterus. Lalu bangun serta-merta dan sambil
duduk mencangkung, dia perlu mencetuskan rasa bersin dan mengesat keseluruhan
vaginanya”. Walaupun Soranus tidak memberikan penjelasan lanjut tentang
bagaimana caranya untuk mencetuskan bersin, cadangannya secara asas bermaksud
untuk mengeluarkan air mani itu daripada badan wanita.
4. PLUMBUM CECAIR
DAN MERKURI
Bagi
mengurangkan kesuburan, wanita Cina purba (kebiasaannya pelacur atau gundik
maharaja atau ahli dalam parti pemerintah) meminum plumbum, merkuri, dan
arsenik dan kemungkinan ketiga-tiganya dicampurkan bersama. Meskipun terdapat
potensi bagi kesan sampingan yang serius, daripada kegagalan ginjal kepada
kerosakan otak yang membawa maut, wanita-wanita ini hanya mempunyai matlamat
untuk meminum bahan-bahan berbahaya ini secukupnya bagi mengelakkan kehamilan,
namun bukan untuk meracun diri. Sebahagian wanita Greek purba turut terbabit
dalam trend plumbum cecair, sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
5. NAJIS BUAYA
Wanita
Mesir purba (kira-kira 1800 sebelum Masehi) telah menggunakan bahan pelik –
najis buaya – bagi mencegah kehamilan. Setelah mencampurkan najis reptilia
tersebut bersama doh yang telah ditapai, para wanita itu akan menaburkan ramuan
ke dalam vulva mereka atau di dalam vagina mereka bagi menghalang sperma
daripada sampai ke bahagian uterus.
Masyarakat
purba di India dan Tumr Tengah yang lain pula menggunakan najis gajah dalam
bentuk yang sama untuk kawalan kelahiran. Lupakan sejenak tentang keadaan tidak
bersih untuk memasukkan najis haiwan ke dalam badan seseorang, sejauh mana kaedah
efektif masih tidak diketahui.
Sebahagian penyelidik berpendapat bahawa keadaan
alkali dalam najis boleh membunuh sperma, manakala penyelidik lain menyatakan
bahawa dengan meningkatkan tahap keasidan semulajadi pH vagina sebenarnya
menjadikan peluang kehamilan lebih tinggi, seperti mana keadaan alkali yang
tinggi bermanfaat untuk sperma. Tidak mengejutkan, sukar untuk mencari orang
yang sanggup untuk menguji hipotesis ini.
6. MINYAK ZAITUN
Menurut
Soranus, wanita Greek dan Roman yang tidak mahu mengandung perlu menyapukan
salap daripada minyak zaitun tua pada bahagian bukaan uterus (serviks). Soranus
tidak begitu bertegas dalam resepi untuk membuat spermicide primitif ini, mencadangkan bahawa wanita boleh
menggunakan minyak zaitun, madu, resin pokok cedar atau jus pohon balsam,
bersama atau tanpa plumbum putih.
Beliau
berkemungkinan besar belajar mengenai kaedah pencegahan kehamilan minyak zaitun
daripada Aristotle, yang turut menyokong bahawa wanita yang meletakkan minyak
zaitun atau minyak cedar ke dalam vagina adalah untuk melambatkan perjalanan
sperma.
7. MINYAK SAPI DAN
GARAM
Para
wanita telah menggunakan apa jua bahan yang senang diperoleh oleh mereka, dan
wanita India purba pada abad pertama Masehi telah memasukkan kapas yang
dicelupkan ke dalam campuran minyak sapi (mentega jernih), madu dan/atau benih
pokok ke dalam vagina mereka. Mereka turut menggunakan garam batu sebagai spermicide, yang mana bunyinya sangat
tidak menyelesakan, namun wanita ini berkemungkinan telah mengisar garam
menjadi butiran lebih kecil dan kepingan yang kurang tajam.
8. BERI JUNIPER
Dilahirkan
di Asia Minor (Turki moden) pada abad pertama Masehi, Pedanius Dioscorides
adalah seorang ahli perubatan yang telah menulis mengenai herba bagi kegunaan
perubatan. Dalam De Materia Medica,
beliau telah mencadangkan kepada lelaki dan wanita untuk menghancurkan buah
beri juniper dan menyapukannya pada bahagian genital mereka. walaupun kekuatan
kaedah pencegah kehamilan menggunakan beri juniper ini masih diperdebatkan. Buah
beri berkemungkinan boleh mengganggu kehamilan dengan mengurangkan
kebarangkalian persenyawaan.
9. DELIMA
Bagi
mencuba salah satu daripada kaedah pencegah kehamilan Soranus, anda harus
mempunyai sebiji buah delima. Berdasarkan pakar sakit puan Greek itu, wanita
perlu mengisar bahagian dalam kulit delima, mencampurkan air dan menyapukannya
pada vagina mereka.
Bagi
menjadikan kaedah pencegahan kehamilan ini lebih kompleks, Soranus menawarkan
resepi alternatif buah delima, seperti dua bahagian kulit delima kepada satu
bahagian puru oak (suatu ketumbuhan besar pada pokok disebabkan oleh sejenis
serangga) dan bahagian yang sama kulit delima dengan minyak ros serta gam.
Selepas memasukkan delima itu, wanita “perlu sentiasa diikuti dengan minuman
air madu”. Bunyinya seperti rancangan yang bagus, Soranus.
- Get link
- X
- Other Apps
