- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Caroline Redmond. (14 Ogos 2018). Researchers Finally Uncover What Wiped Out
The Mayan Civilization. All That Interesting.
https://allthatsinteresting.com/how-did-mayans-disappear
https://allthatsinteresting.com/how-did-mayans-disappear
Penterjemah: Khairul Asraf Shah Nizamuddin
Analisa kajian ini
telah memperlihatkan bahawa pengurangan mendadak hujan tahunan dan kelembapan
telah menjadi penyumbang kepada kemarau
yang mengakhiri Tamadun Maya.
Banyak teori telah
dikaji bagi menerangkan faktor keruntuhan Tamadun Maya. Sehingga sekarang,
kajian yang dilakukan bertahun-tahun tidak berjaya memberikan bukti yang
muktamad untuk mengukuhkan teori-teori tersebut.
Empayar Maya yang
terletak di Guatemala moden adalah sebuah pusat gempar kebudayaan yang hebat di
dalam pertanian, seni tembikar, penulisan, dan matematik. Mereka mencapai puncak
kekuasaan pada abad ke-6 Masihi. Namun apabila mencecah tahun 900 Masihi,
mereka meninggalkan kebanyakan bandar raya mereka.
Selama beratus tahun
pengkaji telah cuba meneroka secara tuntas bagaimana sebuah tamadun hebat ini
boleh jatuh berserakan sebegitu pantas. Sebuah laporan di dalam Science,
terbitan 3hb Ogos, akhirnya berjaya memberikan beberapa bukti yang mengesahkan
teori yang paling ramai percayai di dalam menerangkan punca kejatuhan Tamadun
Maya: Kemarau.
Kunci yang
menyelesaikan misteri ini akhirnya terletak di Tasik Chichancanab di
Semenanjung Yucatan. Berkenaan laporan itu, para penyelidik telah memeriksa
isotop oksigen dan hidrogen di dalam endapan tasik tersebut, yang mana ia
terletak dekat di tengah tamadun Maya lalu
menyediakan sampel yang tepat berkenaan iklim di situ.
Selain itu, Nicholas
Evans, seorang pelajar penyelidikan Universiti Cambridge dan pengarang bersama
artikel itu, telah menyukat komposisi isotop air yang dijumpai di dalam endapan
tasik tersebut bagi mengukur secara tepatnya jumlah kadar kerpasan yang turun
di penghujung Tamadun Maya.
Mengikut Washington
Post, menganalisa teras endapan adalah amalan kebiasaan bagi mendapatkan
maklumat mengenai masa lampau. Ahli sains berupaya untuk meneliti setiap
lapisan tanah dan merekod maklumat yang terkandung di dalam tanah bagi merangka
garis masa keadaan masa lampau yang tepat.
Selepas memeriksa sampel
endapan itu, Evan bersama pasukan pengkajinya, menyimpulkan bahawa taburan
hujan tahunan telah menurun sebanyak 41 hingga 54 peratus di kawasan yang
mengelilingi tasik tersebut untuk selang masa yang lama iaitu secara kasarnya 400
ratus tahun, mengikut IFLScience.
Laporan ini juga
mendedahkan bahawa kelembapan kawasan itu telah menurun sebanyak 2 hingga 7
peratus. Kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kesan yang merosakkan ke atas
hasil pertanian tamadun ini.
Disebabkan kemarau
tersebut berlaku dengan kerap dalam masa beberapa ratus tahun, tamadun ini
pastii tidak berupaya untuk mempunyai bekalan makanan mencukupi untuk menampung
kekurangan hasil pertanian lalu menyebabkan kelembapan mereka.
Walaupun artikel ini
menyimpulkan beberapa persoalan yang menyelubungi Maya, beberapa persoalan
besar yang belum terjawab masih kekal seperti apa yang telah membawa kepada
kemarau yang dahsyat dan berpanjangan ini?
Kajian sebelum ini
menunjukkan bahawa pembalakan yang orang Maya lakukan mungkin boleh menyebabkan
keradangan kering tersebut, mengurangkan kelembapan kawasan dan menyahstabil
tanah sekitar.
Evans mengatakan bahawa
kemarau juga berupaya menyebabkan perubahan kepada aliran atmosfera dan
pengurangan frekuensi siklon tropika.
Matthew Lachinet ialah
seorang professor geosains di Universiti Nevada di Las Vegas, yang mana tidak
terlibat di dalam kajian, telah memberitahu Washington Post bahawa kajian ini
mempunyai impak kerana ia memberikan pengetahuan mengenai bagaimana manusia boleh
mengubah iklim di sekeliling mereka.
"Manusia
mengganggu iklim," kata Lachinet. "Kita menjadikan lebih panas dan
kesannya Amerika Tengah menjadi lebih kering. Apa yang akan terjadi pada kita
adalah kemarau berganda. Jika kekeringan secara semulajadi serentak berlaku
dengan kesan manusia, ia akan menggandakan kekuatan kemarau tersebut."
Walaupun dengan adanya penemuan
ini, masih banyak lagi perkara yang boleh dipelajari mengenai keruntuhan
Tamadun Maya.
- Get link
- X
- Other Apps
