- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Katie Serena. (8 September 2017). Lost Languages Discovered In One Of The World’s
Oldest Libraries. All That Interesting.
https://allthatsinteresting.com/lost-languages-discovered
https://allthatsinteresting.com/lost-languages-discovered
Penterjemah:
Khairul Asraf Shah Nizamuddin
Para
pengkaji telah menemui sebuah teks kuno di antara penulisan bertahun-tahun di
dalam manuskrip yang tersimpan di Biara St Catherine.
Di
puncak Gunung Sinai ini dikatakan bahawa Tuhan telah memberikan Sepuluh
Perintah kepada Nabi Musa dan di kaki gunung ini juga terletaknya Biara St
Catherine. Biara ini merupakan salah satu perpustakaan paling tua di dunia yang
masih terus berfungsi. St Catherine menempatkan sejumlah buku dan manuskrip
tertua dan paling berharga di dunia. Semua ini dijaga rapi oleh para rahib.
Kebanyakan
teks tersebut adalah berupa manuskrip dan sebahagian besarnya ditulis di dalam
bahasa Yunani dan Latin. Bagaimanapun baru-baru ini, saintis telah mendedahkan
bahasa baru di dalam manuskrip tersebut. Sebahagian kecilnya tidak pernah
digunakan semenjak Zaman Gelap.
Masalahnya
adalah bahasa ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Semasa
tulisan ini ditulis pada awalnya, para rahib hanya menulis di dalam bahasa
kuno. Bagaimanapun, kertas kekulit yang mereka gunakan waktu itu sangat
berharga lalu kekulit itu selalunya digunakan semula.
Teks
yang dirasakan kurang penting telah digosok bersih lalu bahagian itu digunakan semula
untuk penulisan maklumat yang lebih penting di mana selalunya ia ditulis di
dalam bahasa lain yang lebih sejagat atau bahasa moden. Teks-teks ini yang mengandungi
berlapis-lapis tulisan dikenali sebagai palimpsest.
![]() |
| Serambi Gereja St Catherine di Biara Iskandariah pada abad ke-14, Cittaducale, Lazio, Itali |
Kini,
setelah menggunakan teknologi terbaru, sepasukan pengkaji telah membentuk cara
untuk membongkar tulisan kuno di atas palimpsest di Biara St Catherine
dan telah menjumpai bahasa yang selama ini disangkakan pupus. Salah satu
daripada bahasa tersebut ialah bahasa Albania Kaukasia. Bahasa ini sudah
diabaikan semenjak abad ke-8. Bahasa lain termasuklah bahasa Aramaik Palestin
Kristian yang merupakan campuran antara Syriac dan Yunani.
Bagi
membongkar tulisan-tulisan yang tersembunyi itu, para saintis telah mengambil
gambar manuskrip tersebut dengan menggunakan pelbagai spektrum cahaya dan
melalukan imej-imej tersebut di bawah algoritma elektronik. Hal ini membolehkan
mereka melihat tulisan pertama yang ditulis di helaian tersebut.
Michael
Phelps, seorang pengkaji di Perpustakaan Elektronik Manuskrip Purba di
California, memanggil perkembangan ini sebagai permulaan sebuah “penemuan zaman
keemasan yang baru”.
“Zaman
Penemuan ini tidak akan berakhir,” beliau berkata. “Pada abad ke-20, manuskrip-manuskrip
baru telah dijumpai di dalam gua. Pada abad ke-21, kami akan menggunakan teknik
baru ke atas manuskrip-manuskrip itu yang selama ini berada di dalam dakapan
kita. Kami akan menebus semula ‘suara’ (bahasa) yang telah hilang ditelan
zaman.”
Seterusnya
Phelps memuji pihak biara di atas kerja mereka menyimpan rekod dan tumpuan
mereka di dalam pemuliharaan sejarah.
“Saya
tidak mengetahui mana-mana perpustakaan di dunia ini yang setanding dengan
mereka. Biara adalah sebuah institusi yang berasal daripada Empayar Rom yang
masih berterusan berfungsi mengikut misi asalnya,” kata beliau.
Bagaimanapun,
beliau juga menyatakan bahawa walaupun rahib wajar dipuji kerana merekod
sejarah, mereka juga perlu dipersalahkan kerana memadam kertas kekulit yang
dipegang oleh mereka.
“Pada
suatu ketika, bahan manuskrip itu menjadi lebih bernilai berbanding nilai
tulisan tersebut. Maka ia dirasakan lebih berbaloi untuk mengitar semula kertas
berkenaan,” kata Phelps.
Selain
daripada penemuan teks bahasa Albania Kaukasia, pengkaji juga telah menjumpai
apa yang difikirkan sebagai salinan kitab injil pertama diketahui ditulis di
dalam bahasa Arab. Begitu juga contoh-contoh tulisan awal ahli falsafah Yunani,
Hippocrates.
Imej atas: Biara
St Catherine di Mesir, Afrika
- Get link
- X
- Other Apps

