- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ketika wargamaya di media sosial sedang rancak membicarakan tentang siapakah yang bakal membarisi watak pelakon dalam siri filem Batman yang seterusnya di samping kerisauan masing-masing terhadap calon yang berkemungkinan tidak cukup layak dan mengancam bagi menyarung kasut but hitam besar tersebut, mungkin kita boleh mengambil peluang ini untuk mengimbas sejenak salah satu watak kelawar yang digambarkan memiliki kuasa yang menggerunkan di dalam mitologi Mesoamerika – iaitu Camazotz.
Caleb Storm. (23 Mei 2019). Batman Existed in Mesoamerican Mythology ang His
Name Was Camazotz. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history/was-mythical-mesoamerican-death-bat-camazotz-inspired-real-giant-vampire-bats-007573
https://www.ancient-origins.net/history/was-mythical-mesoamerican-death-bat-camazotz-inspired-real-giant-vampire-bats-007573
Penterjemah:
A.D. Alexander
Ketika wargamaya di media sosial sedang rancak membicarakan tentang siapakah yang bakal membarisi watak pelakon dalam siri filem Batman yang seterusnya di samping kerisauan masing-masing terhadap calon yang berkemungkinan tidak cukup layak dan mengancam bagi menyarung kasut but hitam besar tersebut, mungkin kita boleh mengambil peluang ini untuk mengimbas sejenak salah satu watak kelawar yang digambarkan memiliki kuasa yang menggerunkan di dalam mitologi Mesoamerika – iaitu Camazotz.
Camazots, (yang
bermaksud kelawar kematian dalam K’iche, bahasa kaum Maya dari Guatemala) telah
berakar jauh dalam mitologi Mesoamerika sebagai suatu makhluk penghuni gua yang
berbahaya. Pemujaan terhadap makhluk ini bermula dalam kalangan masyarakat
Zapotec Indian dari Oaxaca, Mexico dan Camazotz kemudiannya diserap ke dalam
panteon puak Maya Quiche. Setelah itu, legenda-legenda tentang dewa kelawar ini
pun direkodkan di dalam literasi Maya.
Kelawar dianggap
sebagai makhluk yang menggerunkan dalam pelbagai budaya. Mereka merupakan
makhluk nokturnal dan dikaitkan dengan waktu malam, yang mana hal ini juga
dihubungkan dengan kematian. Terdapat banyak spesis biasa yang mempunyai bentuk
rupa yang pelik yang mana hal ini membuatkan manusia tidak menyukai mereka.
Tanggapan manusia terhadapnya bertambah lebih buruk apabila terdapat satu
spesis kelawar yang menghisap darah iaitu kelawar pontianak, Desmodus
Rotundus.
Dalam kebudayaan Maya,
dewa kelawar Camazotz mempunyai kaitan dengan kematian. Camazotz juga merupakan
nama bagi seekor makhluk gergasi yang mendiami sebuah gua bergelar ‘rumah
kelawar’ dalam teks Popol Vuh. Kebanyakan pengkaji mempercayai bahawa
Camazotz diinspirasikan daripada spesis kelawar biasa. Namun, sebahagian yang
lain berpendapat bahawa watak dewa ini diambil berdasarkan seekor kelawar
gergasi yang mungkin telah pupus semasa zaman Plestocene ataupun zaman
Holocene.
![]() |
| Dewa Kelawar, Camazotz. |
KELAWAR RAKSASA
Di dalam Popol Vuh,
iaitu sebuah teks purba mitologi Maya, Zotzilaha merupakan nama gua yang
didiami Camazotz, seekor raksasa yang mempunyai tubuh badan manusia dan
berkepala kelawar serta hidung yang menyerupai pengasah pisau. Makhluk ini
dikatakan gemar menyerang mangsa di bahagian leher lalu memenggal kepala
mereka.
Di Dalam Popol Vuh,
direkodkan bahawa makhluk ini pernah memenggal kepala seorang pahlawan Maya
yang bernama Hunahpu. Camazotz juga merupakan salah seekor daripada empat
haiwan-syaitan yang bertanggungjawab menghapuskan manusia semasa zaman matahari
yang pertama.
![]() |
| Hunahpu, hero Maya yang sedang diserang Camazotz |
Syaitan-kelawar dan
raksasa merupakan suatu kebiasaan dalam kepercayaan masyarakat Amerika Selatan
dan Amerika Tengah. Satu lagi contoh kisah yang serupa adalah Chonchon di Peru
dan Chile, yang dipercayai wujud apabila seorang ahli sihir yang dikenali
sebagai seorang kaku, melakukan satu ritual magik yang menyebabkan
kepalanya yang terpenggal kembali menumbuhkan sepasang telinga gergasi dan
kuku. Telinga gergasi tersebut kemudiannya berubah menjadi sayap.
Kewujudan kelawar
gergasi dalam pelbagai legenda dan mitos membuatkan ramai ahli arkeologi
berpendapat bahawa makhluk tersebut mempunyai asas pertemuan dengan haiawan
sebenar – seperti kelawar pontianak. Kelawar pontianak mendapat perhatian
kerana ia mempunyai kaitan sejarah dengan pertumpahan darah dan upacara korban.
Namun begitu, terdapat
juga kemungkinan bahawa legenda-legenda ini lahir daripada kewujudan kelawar
gergasi semasa zaman Plesitocene atau permulaan zaman Holocene – makhluk yang
mungkin masih wujud sehingga ke hari ini.
![]() |
| Ilustrasi artis tentang Chonchon |
KELAWAR PONTIANAK
GERGASI
Pada tahun 1988, sebuah
fosil kelawar pontianak telah dijumpai di Mongas, sebuah daerah di Venezuela.
Kelawar tersebut bersaiz 25% lebih besar berbanding kelawar moden dan diberi
nama Desmodus Draculae. Ianya lebih dikenali dengan jolokan kelawar pontianak
gergasi.
Tapak-tapak yang
mempunyai fosil kelawar tersebut dijumpai di Yucatan, Belize, utara Brazil dan
Venezuela. Pada tahun 2000, sebatang gigi daripada D. Draculae telah dijumpai
di Argentina – terletak jauh lebih selatan daripada taburan moden genus
Desmodus. Sebenarnya, agak sukar untuk menentukan secara tepat pada waktu bila
D. Draculae pupus, atau adakah ia benar-benar telah pupus. Setakat ini, kesemua
tapak yang ditemui bertarikh antara akhir zaman Pleistocene dan akhir zaman
Holocene.
![]() |
| Desmodus Draculae |
Pentarikhan terkini
yang direkodkan untuk tapak D. Draculae adalah 300 BP (sekitar 1650M).
Pentarikhan terkini bagi tapak di Amerika Tengah agak sukar untuk dipastikan
namun ianya berkemungkinan sama ada bertarikh pada zaman akhir Pleistocene atau
Holocene. Pentarikhan ini memungkinkan pendapat bahawa D. Draculae pernah hidup
bersama dengan manusia di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Malahan, manusia
mungkin pernah berinteraksi dengan D. Draculae, walaupun pada akhir zaman
Holocene makhluk tersebut mungkin telah pupus.
PENAMPAKAN KELIBAT
D.DRACULAE
Sebagai tambahan kepada
bukti ini, terdapat beberapa penampakan misteri kelibat kelawar gergasi ataupun
makhluk yang berupa seakan-akan kelawar. Antara penampakan terawarl berlaku
pada tahun 1947 apabila J. Harrison mendakwa ternampak beberapa makhluk gergasi
berterbangan, yang mana ia digambarkan sebagai kelawar gergasi (walaupun ada
sebahagian yang mendakwa bahawa makhluk tersebut adalah pterosaurs).
Pada awal tahun
1950-an, pasangan dari Brazil medakwa mereka telah berjumpa dengan seekor
makhluk berupa seperti kelawar di lembah yang sama di mana fosil D. Draculae
ditemui di Brazil. Sebuah lagi kejadian berlaku pada tahun 1975 apabila
tercetus satu pembunuhan haiwan ternakan di Puerto Rico. Seorang petani berkata
bahawa mereka diserang secara berulang kali oleh dua ekor makhluk yang berupa
seperti burung berwarna kelabu. Makhluk ini turut dilihat oleh beberapa saksi
lain sepanjang berlakunya pembunuhan haiwan tersebut.
Satu lagi penampakan
terjadi pada pertengahan tahun 1970-an di Texas, apabila seorang petani
menyatakan bahawa beliau telah terserempak dengan kelawar yang berkepala botak
atau makhluk seakan pterosaurs dengan paruh pendek dan berwajah seperti
gorilla. Bekas tapak kaki berjari tiga makhluk ini juga dikatakan turut
ditemui.
![]() |
| Dewa Kelawar semasa zaman Zapotec |
ADAKAH D.DRACULAE
MENJADI INSPIRASI KEPADA LEGENDA CAMAZOTZ?
Kelawar pontianak
biasa, iaitu D. Rotundus mempunyai depa sayap sepanjang 8 inci (20.32cm).
Memandangkan D.Draculae bersaiz 25% lebih besar, maka mereka berkemungkinan
memerlukan lebih banyak darah (berbanding kelawar biasa) dan perlu menyerang
haiwan yang lebih besar – dan bahkan juga manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa
sebuah serangan dari seekor kelawar gergasi tidak dikenali akan membawa kepada
lahirnya legenda tentang makhluk mistik.
![]() |
| Perbandingan antara fosil tulang tengkorak Desmodus draculae (kiri) dengan kelawar pontianak biasa, Desmodus rotundus. (Illustrasi oleh Jan Freedman, berdasarkan Figures in Morgan et al. 1988) |
Meskipun terdapat bukti fosil yang mengagumkan dan kisah-kisah aneh berkenaan
beberapa pertemuan manusia dengan kelawar gergasi, setakat ini tiada bukti yang
dapat menyangkal kenyataan bahawa D.Draculae cukup sering ditemui oleh
masyarakat purba yang hidup di Amerika Selatan dan Amerika Tengah dalam
kehidupan sehari-hari mereka.
Begitu juga dengan
kenyataan sama ada kelawar pontianak gergasi masih wujud ataupun tidak pada
hari ini sekaligus memungkinkan ianya merupakan makhluk yang dilaporkan dalam
penampakan-penampakan tersebut.
Walaupun begitu,
kewujudan fosil yang menunjukkan bahawa D.Draculae berkemungkinan pernah hidup
bersama manusia selama ribuan tahun di Amerika dan wujudnya legenda tentang
kelawar gergasi yang meliputi Amerika Selatan dan Amerika Tengah membuatkan
perkaitan di antara keduanya agak munasabah dan boleh diterima.
*Kapsyen gambar tajuk:
Sut Batman versi Camazotz Maya yang direka oleh seorang pereka fesyen Mexico,
Kimbal, Pameran Batman, 2015
SUMBER
- “The Camazotz” (N.D.). Blueroadrunner.com.
- “Giant Vampire Bat” (N.D.). Cryptid Zoo.
- Czaplewski, Nicolas J., Jean Krejca, and Thomas E. Miller. "Late quaternary bats from Cebada Cave, Chiquibul cave system, Belize." Caribbean Journal of Science 39.1 (2003): 23-33.
- Pardiñas, U. F. J., and E. P. Tonni. "A giant vampire (Mammalia, Chiroptera) in the Late Holocene from the Argentinean pampas: paleoenvironmental significance." Palaeogeography,Palaeoclimatology, Palaeoecology 160.3 (2000): 213-221.
- Get link
- X
- Other Apps






