- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke
artikel asal:
Phoebe Weston and Tim Collin. (11 Jun 2019). Ancient Greek Colonies in America?
Sounds Unbelievable, But May Be True. Greece High Definition.
https://www.greecehighdefinition.com/blog/2019/6/11/ancient-greek-colonies-in-america-sounds-unbelievable-but-may-be-true
https://www.greecehighdefinition.com/blog/2019/6/11/ancient-greek-colonies-in-america-sounds-unbelievable-but-may-be-true
Penterjemah:
Dans C’Kay
Adakah orang
Yunani Kuno pernah berlayar ke Kanada? Para saintis mendakwa bahawa mereka masyarakat
daripada ketamadunan ini pernah berlayar ke Newfoundland dan membuka penempatan
untuk melombong emas pada abad pertama Masihi, satu millennia lebih awal
sebelum kedatangan orang Viking.
Orang Yunani
Kuno mungkin pernah tiba di Kanada pada tahun 56M – seribu tahun lebih awal
sebelum kedatangan orang Viking. Kenyataan ini diperoleh dari sebuah kajian
kontroversi yang mendakwa bahawa tamadun Yunani Hellenistik mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang asronomi di mana mereka mampu menentu
dan mengenal-pasti arus Lautan Atlantis yang boleh membawa mereka ke arah
barat.
Idea ini lahir
daripada kajian yang dilakukan terhadap teks ‘De Facie’ oleh ahli biografi dan
penulis Yunani, Plutarch yang hidup antara 46 dan 119M. Seorang karakter dalam
teks ini menceritakan tentang pertemuan dengan seorang warga Yunani tidak
dikenali yang baru pulang dari ‘benua yang besar’ – dan saintis berkata bahawa
benua tersebut berkemungkinan adalah Kanada.
Hasil kajian itu
turut mendakwa bahawa dengan hanya bergantung pada layar dan dayung, mereka
mungkin kerapkali melawat tanah Newfoundland, melombong emas dan membuka
penempatan yang berlanjutan selama berabad-abad.
Walau
bagaimanapun, tiada bukti kukuh bagi menyokong dakwaan berkenaan perlayaran ini
dan ramai sejarahwan serta ahli arkeologi maritime menolak kajian ini kerana
menganggapnya sebagai ‘tidak berasas’.
![]() |
| Orang Yunani Kuno tiba di Kanada pada 56 M – seribu tahun lebih awal sebelum kedatangan orang Viking. |
“Hasrat kami
adalah untuk membuktikan, dengan sains moden, bahawa tidak mustahil untuk
perlayaran ini dilakukan,” kata Ioannis Liritzis, ahli arkeologi dari
Universiti Aegean kepada Hakai Magazine sebagai sebahagian daripada usaha
mendalami penyelidikannya.
Para penyelidik
berkata bahawa para peneroka Yunani ini telah lama berlayar bagi mencari tanah
dan kekayaan yang baru. Mereka percaya bahawa sesetengah pelayar ini akan
kembali semula ke tanah air mereka setalah menetap di sana selama beberapa
tempoh, tetapi sebilangan yang lain hanya berlayar sehala sahaja – tidak pulang.
Para penyelidik
mengakui bahawa mereka tidak memiliki bukti bagi menyokong dakwaan bahawa
perlayaran ini pernah berlaku, namun mereka percaya bahawa ia berkemungkinan
pernah berlaku sepertimana yang dituliskan oleh Plutarch di dalam teksnya.
Plutarch telah
menulis sebanyal lebih dari 60 biografi tentang figura masyhur dari Rom dan
Yunani Kuno secara terperinci di mana penernagannya itu dimuatkan ke dalam
Parallel Lives.
Teori ini
berdasarkan pada bukti daripada hasil kerja Plutarch berjudul De Facie,
yang juga dikenali sebagai On the Face Which Appears in the Orb of the Moon.
Dalam teks yang menjadi bacaan sastera klasik masyhur di Zaman Pencerahan,
karakter-karakternya membincangkan sama ada bulan itu adalah Bumi yang lain;
adakah terdapat kehidupan di sana; dan persoalan-persoalan falsafah yang lain.
Terdapat juga seorang karakter yang mengisahkan tentang pertemuannya dengan
seorang lelaki tak dikenali yang baru kembali dari ‘benua yang besar’.
![]() |
| Idea ini lahir dari kajian teks ‘De Facie’ oleh ahli biografi dan penulis Yunani, Plutach yang hidup antara 46 dan 119 M. |
Dr. Liritzis dan
rakan-rakannya percaya bahawa benua yang dinyatakan itu adalah Amerika Utara,
khususnya Newfoundland.
Ini bukanlah
kali pertama teori ini diperkenalkan. Johannes Kepler, seorang ahli matematik
dan astronomi dari Jerman yang merupakan figura penting dalam revolusi sains pada
abad ke-17, turut mempercayai bahawa kenyataan tersebut berkait dengan Amerika
Utara. Lelaki tak dikenali di dalam teks berkenaan mengisahkan bagaimana para
pelayar melakukan perjalanan setiap 30 tahun apabila planet Zuhal muncul dalam
buruj Taurus.
Masyarakat
Yunani kuno mempercayai dan menuruti fenomena astronomi yang berkaitan dengan
planet Zuhal, yang dipanggil sebagai Kronos pada masa itu. Makanya, hipotesis
menyebutkan bahawa perlayaran ini mungkin berlaku pad asetiap 30 tahun, selama
berabad-abad.
Malangnya,
beberapa bab awal De Facie telah hilang sekaligus mengakibatkan tidak
ada seorang pun tahu pada tarikh bilakah perbualan di antara karakter-karakter
tersebut berlaku. Hal ini memerlukan para penyelidik membuat andaian
pentarikhan sendiri.
Mereke
menumpukan pada rujukan salah satu karakter yang diberitahutentang kejadian
gerhana matahari yang berlaku pada waktu tengah hari.
Dr Liritzis dan
rakan-rakannya kemudian menyelidiki kejadian gerhana matahari yang berlaku
sepanjang 5000 tahun dan mendapati kejadian yang sepadan dengan penerangan yang
termuat di dalam penulisan Plutarch. Fenomena tersebut berlaku pada tahun 75M.
Kemudian, mereka
merujuk pula dekad-dekad sekitar waktu berlakunya gerhana itu untuk mencari
bukti kemunculan planet Zuhal di buruj Taurus. Kajian ini mendapati bahawa ia
pernah berlaku sebanyak tiga kali; iaitu dari tahun 26 hingga 29M, 56-58M, dan
85-88M.
Lantas, mereka
pun memutuskan bahawa perlayaran tersebut berkemungkinan besar berlaku pada
tahun 56M memandangkan ia tahun di mana Zuhal berada paling cerah di buruj
Taurus. Menurut dakwaan mereka, para pengembara itu akan menetap di sana selama
setahun dan kemudian berlayar pada tahun 58M ketika Zuhal tidak lagi berada di
buruj Taurus.
“Dengan
menerapkan data saintifik, kerja-kerja penilaian semula terhadap unsur
astronomi dan geografi yang terdapat di dalam dialog pada teks berkenaan telah
menghasilkan penafsiran dan pemahaman yang baru berkenaan tarikh dan tempat
pertemuan serta masa berlakunya perlayaran ke Lautan Atlantik,” tulis para
penyelidik di dalam jurnal mereka yang diterbitkan di Journal of Coastal
Research Online.
Mereka meneliti
arus Gulf Stream dan perairan-perairan lain yang terdapat di Lautan
Atlantik utara untuk menganggarkan kelajuan kapal.
“Benua yang
besar” terletak sebaris dengan teluk yang berada di latitude yang sama seperti
delta Sungai Volhga, iaitu pintu masuk utara ke pantai Caspian. Dengan
menggunakan perisian Google Earth, mereka mengandaikan bahawa peneroka Yunani
tersebut berkemungkinan pernah tiba di teluk St. Lawrence dan Pulau
Newfoundland.
Kata para
pengkaji, “Pulau-pulau tidak bernama lain yang disebutkan di dalam dialog pada
teks berkenaan dikenal pasti mempunyai persamaan dengan pulau-pulau di Norway,
Azores, Iceland, Greenland dan kepulauan Baffin.”
Mereka mendakwa
bahawa orang-orang Yunani mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang arus
lautan dan astronomi, sekaligus memaksudkan bahawa penjelajahan mereka
merupakan ‘peristiwa yang boleh dipercayai’.
Walau
bagaimanapun, para pengkaji lain membantah teori ini secara meluas. “Walaupun
(teori) ini kelihatan bijak dan menarik, saya tidak fikir bahawa orang-orang
Yunani pernah tiba di Kanada,” kata Dr Hector Williams dari University of
British Columbia kepada media MailOnline.
“Para penulis
sendiri mengakui bahawa tiada sebarang bukti arkeologi atau sejarah yang
menunjukkan bahawa orang-orang Yunani ini pernah menyeberangi Lautan Atlantik,”
katanya lagi.
“Penyeberangan
merentas laut itu mungkin munasabah secara teori – misalnya terdapat sejumlah
contoh bot-bot nelayan Jepun yang mampu merentasi Lautan Pasifik apabila ia
dibadai ribut dan dibawa oleh arus yang mengalir ke barat-laut – namun, masyarakat
Yunani tidak cenderung pernah tiba di Atlantik (tidak seperti masyarakat Rom
yang sudah tentu pernah menjajah British).”
Brendan Foley,
ahli arkeologi lautan dalam dari Univeristi Lund di Sweden memaklumkan kepada Hakai
Magazine bahawa mustahil untuk para pelayar dari Mediterranean millennium pertama
SM mempunyai ilmu pengetahuan tentang arus Lautan Atlantik.
“Mereka diyakini
tidak memiliki teknologi navigasi dan pengetahuan (seperti para pelayar
Polynesia) untuk meletakkan diri mereka berlayar meredah Lautan Atlantik secara
terbuka,” kata Dr. Foley.
Beliau juga
mengatakan bahawa tidak ada sebarang artifak Yunani purba yang mengandungi emas
dari Amerika Utara. Malahan, jurnal berkenaan mendakwa bahawa bot-bot tersebut mendakwa
bahawa bot-bot tersebut berlayar dengan kelajuan 10 knot, namun kelajuan
seperti itu dianggap terlalu laju walaupun untuk kapal-kapal moden.
SUMBER
- Phoebe Weston dan Tim Collins. (2 Februari 2018). Daily Mail.co.Uk.
- Get link
- X
- Other Apps



