- Get link
- X
- Other Apps
LAPISAN AIS GREENLAND MENCAIR LEBIH CEPAT DARI APA YANG KITA JANGKA, DAN KEADAAN INI TIADA TANDA AKAN BERHENTI
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan
ke artikel asal:
Alex Schwartz. (23 April 2019). Greenland’s ice sheet is melting faster than we
thought and shows no signs of stopping. PopSci.
https://www.popsci.com/greenland-ice-melting-fast/
https://www.popsci.com/greenland-ice-melting-fast/
Penterjemah: Farahi Kamaruddin
Pencairan ini berkemungkinan
besar berlanjutan selama beberapa dekad.
Lagi
berita menyedihkan dari Artik: Lapisan ais Greenland telah mengecil enam kali
ganda lebih cepat daripada kadar normal sejak tahun 1980-an, dan ia boleh terus
mencair sehingga beberapa dekad walaupun manusia mengurangkan pembebasan
karbon.
Para
penyelidik dari Universiti California, Irvine dan Universiti Utrecht di Belanda
telah menggunakan data (yang dikumpulkan) selama berdekad-dekad mengenai
pencairan salji dan glasier Greenland bagi membina sejarah perubahan selama 46
tahun ke atas pulau terbesar di dunia itu – dan hasilnya bukan suatu yang
menenteramkan. Mereka menemui bahawa Greenland sendiri telah menyebabkan aras
laut meningkat sehingga 13.7 milimeter sejak 1972, separuh daripadanya telah
berlaku sejak 8 tahun yang lalu.
Para
saintis yang mengkaji peningkatan aras laut telah mengawasi keadaan Greenland
selama berdekad-dekad, yang mana 656,000 batu persegi aisnya – tiga kali ganda
saiz Texas – adalah tanah daratan. Lautan ais, yang sensitif terhadap suhu pemanasan,
tidak menjejaskan jumlah isipadu lautan. Bayangkan segelas air dengan kiub ais
di dalamnya: jika kiub-kiub ini mencair, aras air di dalam gelas tetap tidak
berubah. Namun, apabila kawasan daratan dengan lapisan ais mencair, ia adalah
seperti menambahkan lebih banyak air ke dalam gelas yang tiada sebelumnya.
Antartika
adalah satu-satunya tanah daratan di dunia yang diliputi lapisan ais sepanjang
tahun, dan ia adalah lebih besar berbanding Greenland. Tanah daratan selatan yang
gergasi ini turut mula kehilangan ais, sementara Artik pula telah mula mengecil
sejak berdekad-dekad yang lalu.
Walaupun
kajian sebelumnya telah berjaya mengesan kehilangan ais di Greenland sejak tahun
2000, para saintis yang menjalankan kajian terkini mahu melihat bagaimana
keseimbangan jisim ais (satu perancangan tentang bagaimana lapisan ais memperoleh
dan kehilangan ais seiring peredaran masa) telah berubah sejak 1972, apabila
satelit pertama kali mengumpulkan data mengenainya.
Terdapat
dua faktor yang menentukan keseimbangan ini: cairan salji dan pergerakan
glasier. Pada musim panas, apabila suhu lebih panas berkumpul, sebahagian
daripada salji di atas permukaan lapisan salji Greenland mencair ke dalam laut.
Jika kurang salji yang turun pada musim sejuk bagi menggantikannya, hasilnya
adalah suatu kerugian (kehilangan dan kesusutan kadarnya). Proses ini
berbeza-beza pada setiap tahun, kerana ia dipengaruhi oleh musim.
Beratus-ratus
glasier menghubungkan kawasan pesisir Greenland. Sungai-sungai dengan kepingan
ais yang besar, bergerak perlahan melalui batuan dasar dan menghantar aisberg
secara terus ke dalam laut. Saintis mengukur seberapa cepat pergerakan glasier
ini, yang mempengaruhi sebanyak mana ais yang dijatuhkan ke dalam laut dalam
tempoh masa tersebut. Hal tersebut turut memberi impak kepada keseimbangan
jisim bagi lapisan ais.
Eric
Rignot, seorang profesor dalam bidang sains sistem bumi di Universiti
California, Irvine dan salah seorang daripada penulis bagi kajian tersebut
berkata bahawa beliau ingin meletakkan perubahan pantas dalam keseimbangan
jisim di Greenland yang telah dikaji selama berdekad-dekad dalam konteks skala
masa yang lebih besar.
“Ia
adalah (mengenai) kefahaman tentang bagaimana pemanasan iklim boleh
mempengaruhi ais tersebut,” kata Rignot.
Pasukan
tersebut telah menemui bahawa Greenland sebenarnya telah memperoleh banyak ais
dalam tahun 1970-an, namun mula mengalami kehilangannya dengan kadar
peningkatan yang bermula pada 1980-an. Rignot berkata, pendekatan dekad demi
dekad ini, berbanding tahun demi tahun, telah membantu beliau untuk
mengenalpsti trend yang lebih besar: glasier mempunyai peranan yang lebih
signfikan dalam kehilangan ais di Greenland daripada apa yang difikirkan
sebelum ini.
Disebabkan
oleh saiz glasier adalah terlalu besar dan ia bergerak secara perlahan, makanya
ia bertindakbalas terhadap perubahan jangkamasa panjang iklim berbanding
perubahan jangkamasa pendek bagi musim. Rignot berkata, meskipun sesekali
berlaku tahun yang lebih sejuk apabila kehilangan daripada cairan salji yang
mungkin berkurang, glasier yang telah tercungkil keluar daripada batuan dasar
akan terus mengalir dengan cepat.
“Apabila
anda menolak glasier ini keluar daripada equilibrium disebabkan oleh gelombang
pemanasan yang besar, adalah sukar untuk membawanya kembali seperti mana
sebelumnya,” Rignot berkata. “Ia seolah-olah kerosakan telah pun berlaku.”
Jeremie
Mouginot, seorang lagi penulis bagi kajian tersebut berkata, kajian ini
menunjukkan bahawa walaupun dalam tahun-tahun kebelakangan ini apabila
Greenland mula memperoleh salji, glasier masih tetap melepaskan ais dalam kadar
yang pantas.
“Lapisan
ais telah mengalami kehilangan yang banyak setiap tahun sejak 1998,” Mouginot
berkata.
Keadaan
pengecilan Greenland yang membahayakan ini bukanlah sesuatu yang baru bagi para
saintis, namun kajian ini membantu mendedahkan di mana punca kehilangan ais itu
datang – dan bagaimana ia berlaku dengan pantas sejak empat dekad yang lalu.
Rignot
berkata bahawa memikirkan tentang Greenland di luar waktu musimnya adalah
penting, terutamanya apabila mempertimbangkan bahawa perubahan iklim juga
berlaku dalam skala jangkamasa panjang. Walau bagaimana sekalipun pemanasan
global berlaku, ia telah memulakan suatu kesan domino dalam gerak perlahan yang
akan berlanjutan selama berdekad-dekad.
“Glasier
adalah pintu kepada banjir, dan jelas bahawa pemecahan pintu kepada banjir ini
adalah perkara besar yang sedang berlaku di Greenland, dan juga sesuatu yang
harus kita pertimbangkan pada masa hadapan,” Rignot berkata.
Kristin
Poinar, seorang profesor geofizik di Universiti Buffalo, yang telah melakukan
kajian meluas dalam glasiologi dan model lapisan ais serta tidak terlibat dalam
kajian tersebut berkata bahawa keputusan itu adalah bukti kepada apa yang para
saintis jangkakan mengenai Greenland – yang pencairannya berlaku dalam tempoh
skala masa dekad berbanding musim.
“Saya
memang menantikan kajian ini,” beliau berkata.
Poinar
berkata, aras cairan salji mungkin menghadapi tahun yang buruk, glasier juga
akan turut menghadapi dekad yang buruk, yang menjadikannya sukar untuk
memulihkan kembali kerosakan yang berlaku.
“Hari
di mana kita mengurangkan atau mungkin menghentikan pembebasan karbon dioksida
bukanlah harinya di mana kita akan kembali normal,” Poinar berkata. Ia akan
mengambil masa bertahun-tahun untuk suhu kembali menjadi normal tidak kiralah
bagaimana cekap dan meluasnya manusia mampu untuk menghalang pembebasan, dan
lebih lama lagi untuk glasier kembali stabil hasil tindakbalas terhadap keadaan
itu.
Poinar
berkata, kefahaman mengenai bagaimana Greenland bereaksi selama beberapa dekad
yang lalu boleh memberikan kita pandangan untuk beberapa dekad akan datang,
membantu kita untuk merancang mengenai apa yang akan berlaku apabila – jika
tidak – aras laut meningkat.
“Jika
Greenland telah mengalami kehilangan yang banyak dalam 30 tahun, maka ia adalah
satu lagi bukti yang kita perlukan bagi merancang untuk peningkatan aras laut
di mana terkandungnya lapisan ais Greenland,” beliau berkata.
Adakah
kesemua ais Greenland akan mencair ke dalam laut, para saintis menjangkakan
bahawa aras laut global akan meningkat sekitar 24 kaki – hanya satu suku
daripadanya telah cukup untuk menelan hampir keseluruhan bandar pesisir pantai
dunia dan memindahkan lebih 650 juta orang. Poinar berkata, menyedari tentang
bagaimana keadaan ini bakal berlaku pada masa akan datang adalah penting bagi
perancang bandar, yang bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian bagi
menghadapi banjir tersebut.
Rignot
berkata, manusia telah melancarkan suatu jentera yang beroperasi untuk skala
masa yang lebih panjang daripada aktiviti yang kita jalankan, dan ia adalah sangat
penting untuk kita ingati dalam kita membina jalan penyelesaian:
“Kuasa
alam yang berlaku di sini adalah sangat, sangat besar, dan kita tidak harus
memandang rendah akannya.”
- Get link
- X
- Other Apps
