- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ashley Cowie. (9 Julai 2019). Five Bold Navigators Master the Deadly ‘Black Stream’ After 32 000 Years. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/black-stream-0012264
Ashley Cowie. (9 Julai 2019). Five Bold Navigators Master the Deadly ‘Black Stream’ After 32 000 Years. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/black-stream-0012264
Penterjemah:
Khairul Asraf Shah Nizamuddin
Sepasukan
pendayung Jepun dan Taiwan yang berani telah berjaya menyalin semula laluan
laut penghijrahan kuno yang menggunakan perahu batang tradisional.
Pada
suatu Ahad di waktu tengah hari, selepas dua cubaan gagal, seorang lelaki
Taiwan, tiga lelaki Jepun, dan seorang wanita Jepun telah menaiki sebuah kanu
kayu berukuran 7.6 meter panjang, 70 sentimeter lebar (24.93 kaki panjang kali
27.56 inci lebar) dan mendayung sejauh 200 km (125 batu) dari Daerah Taitung,
tenggara Taiwan, ke Pulau Yonaguni, Okinawa.
Selama
lebih dua hari dua malam, mereka mengira latitud di laut mengikut matahari,
perjalanan mereka mengikut gugusan bintang, dan mereka menolok kelajuan angin
dan arah mata angin. Mereka sedaya-upaya
cuba mengikuti cara kuno dalam projek perlayaran tersebut.
![]() |
| Kesemua kru berangkat untuk melakukan perlayaran |
MENGAPA
MELAYARI BLACK STREAM?
Projek
ini merupakan salah satu daripada pelayaran serupa yang dipersetujui pada tahun
2017 di antara National Museum of Nature, Jepun, dengan Museum of
Prehistory, Taiwan. Ketua pasukan, Yosuke Kaifa, memberitahu wartawan Jepun
bahawa para pakar arkeologi merasakan penghijrahan awal manusia ke Jepun adalah
dengan menggunakan tiga laluan dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Black
Stream. Laluan ini mengalir daripada Filipina ke arah timur laut melepasi
Jepun. Beliau menambah bahawa projek itu "bertujuan untuk menambah
pengetahuan akan betapa sukarnya untuk melakukan perjalanan tersebut."
Berkisar
mengenai legenda Black Stream, pendayung berumur 47 tahun yang dikenali sebagai
Koji Hara telah memberitahu wartawan dari Japanese Times bahawa gelora
laut itulah yang "membawa kanu (canoe) dan apa yang kami lakukan
hanya mengemudinya sekali-sekala.” Kenyataan tersebut sememangnya berupaya
menggondol hadiah utama tahun 2019 bagi kategori merendah diri (memandangkan
betapa sukarnya perlayaran tersebut, namun Koji tidak meletakkan kredit yang
banyak pada dirinya).
Beliau
menambah, "Saya tidak boleh bayangkan bagaimana manusia menjelajah pada 30,000
tahun dahulu, namun bagi perjalanan ini, saya berpendapat mereka telah
mempertaruhkan nyawa mereka". Sebaik sahaja kanu yang dinaiki itu berlabuh
di pesisir pulau, beberapa ratus penduduk tempatan menyambut mereka penuh
riang.
PERSOALAN
SEKITAR PARA PELAYAR KUNO YANG MEREDAH BLACK STREAM
Anda
mungkin mengingati rancangan televisyen Jepun bertajuk Takeshi Castle yang
disiarkan di antara tahun 1986 hingga 1990 di mana rakyat marhaen Jepun menolak
sesama sendiri untuk maju ke hadapan. Arkeologi
Jepun turut mempunyai pegangan yang sama apabila berkaitan dengan perdebatan
tarikh pendaratan pertama di kepulauan itu. Zaman pendudukan manusia di Jepun
sebelum 10,000 SM yang ditakrifkan melalui penarikan tembikar telah dinamakan
sebagai Zaman Paleolitik Jepun dan mengunjur sehingga permulaan Zaman Mesolitik
Jomon iaitu lebih kurang 14,000 SM. Para pendayung awal telah tiba pada zaman
Paleolitik lebih kurang di antara 2.6 juta hingga 15,000 tahun dahulu.
![]() |
| Patung tanah liat dari zaman Jomon lewat |
Sementara
sebahagian ahli arkeologi masih berpendapat pelayar pertama tiba sekitar tahun
40,000 SM, sebahagian lagi berpendapat bahawa teori tersebut mempunyai bukti
yang meragukan dan pelayar pertama telah berkanu ke sana lebih kurang 35,000
SM. Dan kita mesti mengambil kira bahawa sebahagian ahli arkeologi percaya bahawa
pelayar mungkin telah tiba di Kepulauan Jepun sejak 100,000 tahun dahulu ketika
Zaman Ais sedangkan mengikut catatan di dalam Facts and Details, Jepun
bersambung dengan benua Asia melalui jambatan tanah ke Semenanjung Korea di
selatan dan Delta Sungai Amur (kini berada di antara China dan Rusia) melalui
Pulau Sakhalin di utara.
OLOKAN
YANG MENGABURI KOMUNITI ARKEOLOGI JEPUN
Reputasi
global Arkeologi Paleolitik Jepun telah diperlekehkan dan dimalukan oleh sebuah
skandal yang dikenali sebagai Olokan Paleolitik Jepun yang akhirnya terbongkar
ekoran sebuah kisah yang diterbitkan oleh Mainichi Shimbun pada 5hb November,
2000. Shinichi Shimura merupakan seorang ahli arkeologi negeri yang dihormati
telah mengambil gambar 'artifak palsu' secara rahsia di tapak Kamitakamori dan
beliau telah ditangkap pada masa itu juga.
Artikel
Japan Times ini menerangkan bahawa ahli arkeologi telah membuat
pengumuman antarabangsa sehari selepas penangkapan gambar artifak palsu
tersebut. Beliau telah mengumumkan "penemuan" artifak tersebut namun
sejurus selepas itu beliau telah mengaku bersalah mengenai seluruh rancangan
untuk mengundurbelakangkan pentarikhan tapak tersebut.
Semenjak
penemuan olokan tersebut, pentarikhan di antara 40,000 hingga 50,000 SM di
Jepun akan diragui dan maafkan saya, saintis telah memberikan 'purata'
pendaratan manusia pertama lebih kurang 35,000 SM walaupun dengan cara yang
paling tidak saintifik. Namun begitu anda faham apa yang saya maksudkan.
![]() |
| Mikrolith. Ekskavasi Niigata. Muzium Kebangsaan Tokyo |
Ekoran
keaslian artifak yang menyokong kehadiran manusia pra 35,000 SM di kepulauan
Jepun diragui, penganjur pelayaran kamu yang baru ini telah menjauhkan diri
mereka dan mendasari laluan mereka mengikut penemuan relik yang bertarikh
30,000 tahun dahulu di Kepulauan Ryukyu. Sebuah artikel di dalam World-Archeology
telah membincangkan 'enam gua batu kapur dan kawasan rekahan di pulau
tersebut" yang membongkar tulang manusia berumur lebih kurang 30,000
hingga 20,000 tahun dahulu termasuklah tetulang seorang "budak perempuan
berumur enam tahun yang meninggal lebih kurang 32,000 tahun dahulu."
Belayar
di Black Stream di dalam kanu kayu sambil menggunakan matahari, bulan, bintang
dan angin di samping melihat, menghidu, merasa, dan mendengar semua yang
dilakukan oleh orang yang melakukannya pada 32,000 tahun dahulu pastinya
memberikan lima pendayung ini sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh mana-mana
saintis PHD yang meneroka menggunakan model hipotesis.
Ini
adalah pengalaman arkeologi yang paling mentah tanpa sebarang olokan. Tunggu
dulu. Ada sesiapa yang menyiasat keberadaan baling-baling pada kanu tersebut?
Kita pernah terkena sebelum ini!
- Get link
- X
- Other Apps




