- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Dalam apa keadaan sekalipun, orang ramai yang tidak tahu menjaga etika sememangnya boleh membuatkan kita berasa tertekan. Namun situasi menjadi amat buruk bagi Fortingall Yew yang dianggap sebagai pokok hidup paling tua di United Kingdom dan mungkin, di seluruh Eropah.
Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut mendatangkan impak buruk kepada Fortingall Yew. Misalnya pada tahun 2015 memperlihatkan pokok itu berubah jantina secara mengejut.
Natasha Ishak. (25 Jun 2019). Handsy Tourists Are Destroying The Oldest Tree In
The U.K. And Potentially All of Europe. All That Interesting.
https://allthatsinteresting.com/fortingall-yew
https://allthatsinteresting.com/fortingall-yew
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Dalam apa keadaan sekalipun, orang ramai yang tidak tahu menjaga etika sememangnya boleh membuatkan kita berasa tertekan. Namun situasi menjadi amat buruk bagi Fortingall Yew yang dianggap sebagai pokok hidup paling tua di United Kingdom dan mungkin, di seluruh Eropah.
Para pelancong yang
datang melawat pokok yang dianggarkan berusia 5000 tahun ini bertindak memotong
dahan dan rantingnya di samping cuba menggantung kalung dan riben padanya.
Menurut individu-individu yang bertugas menjaga pokok tersebut, kesemua
aktiviti itu boleh menjejaskan keadaan pokok tersebut secara fizikal.
“Mereka menyerang pokok
yang malang ini, dan kini ia berasa tertekan dengan keadaan itu. Kami tidak
tahu sama ada tahap kesihatannya merudum itu berpunca daripada hal ini atau
bukan,” ujar Catherine Lloyd, penyelaras Tayside Biodiversity Community
Partnership kepada media The Scotsman.
Fortingall Yew
berlokasi di dalam perkarangan Fortingall Churchyard, Perthshire. Batang
pokoknya telah tumbuh membesar sehingga memiliki saiz sekurang-kurangnya 52
kaki lebar dan 23 kaki tinggi. Ia dikenali sebagai pokok tertua di United
Kingdim dan berkemungkinan di seluruh Eropah.
Sejak zaman Victoria
lagi, pokok ini telah pun dipagari dengan tembok batu dan besi yang tinggi
sebagai perlindungan. Pun begitu, pagar itu tidak cukup untuk menghalang pokok
terbabit dari terus dijejaskan oleh para pelancong yang tidak bertanggungjawab.
Seiring peredaran masa,
pokok yew ini menumbuhkan batang-batang pokok yang terpisah –
membuatkannya kelihatan seolah-olah dua pokok yang berasingan. Pada hari ini,
perkarangan tersebut hampir kelihatan seperti sebuah dusun pokok yew.
Walau bagaimanapun, ciri ini dianggap normal – terutama apabila mengambil kira
keadaan yang perlu dilaluinya kebelakangan ini.
Para penyelidik tidak
dapat mengenal pasti usianya secara tepat memandangkan bahagian dalam kulit
kayunya telah pun mereput dan kosong – satu lagi ciri lazim bagi pokok yew yang
sudah terlalu tua. Namun berdasarkan ujian pengukuran sejarah yang dilakukan
pada abad ke-19, para pakar menganggarkan bahawa usia pokok ini sekurang-kurangnya
adalah 2000 tahun. Paling tua pun, angka tersebut adalah sekitar 5000 tahun.
Dalam erti kata lain,
pokok ini mungkin telah pun hidup dan tumbuh membesar ketika Piramid Besar Giza
dan Stonehenge dibina, sebagaimana yang disebutkan oleh Royal Botanic Garden of
Edinburgh di laman Blog-nya.
Namun, para pelancong
moden yang bertindak terlalu kasar telah menjejaskan jangka hayat pokok ini.
Terdapat pelancong yang begitu berhasrat untuk menggantungkan cenderahati pada
pokok Fortingall hinggakan entah bagaimana, mereka memijak dan menjatuhkan plag
logam yang dinaikkan di situ secara rasmi oleh pihak berautoriti.
Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut mendatangkan impak buruk kepada Fortingall Yew. Misalnya pada tahun 2015 memperlihatkan pokok itu berubah jantina secara mengejut.
Setelah hidup selama
beribu tahun dengan sebagai pokok jantan, Fortingall Yew dengan ajaibnya
membuahkan beri merah – satu ciri yang hanya berlaku pada pokok betina. Walaupun
perubahan jantina itu merupakan suatu perkara yang biasa bagi pokok, namun
pokok yew ini hanya mengeluarkan beri pada satu dahan sahaja. Hal ini
mengisyaratkan bahawa perubahan jantina yang dialami oleh Fortingall Yew hanya
bersifat sebahagian – satu kejadian yang jarang berlaku pada pokok-pokok yew
dan ia mungkin mengisyaratkan keadaan kesihatan pokok terbabit.
“Itu merupakan satu
kaedah untuk meraih kelangsungan,” Brian Muelaner, Pengerusi Forum Ancient Tree
memberitahu kepada The Guardian. “Pokok Fortingall Yew ini telah
terpecah dan mungkin telah begitu memetakkan bahagian tersebut hinggakan ia
mengalami kesamaran jantina. Kami semua masih meneruskan penyelidikan ke atas
pokok-pokok purba – proses penuaan pokok merupakan satu bidang keilmuan yang
baru.”
Perbuatan kasar para
pelancong terhadap pokok ini bukanlah layanan terburuk yang pernah diterima
oleh Fortingall Yew. Catatan-catatan sejarah ada mengisahkan tentang sebuah
perayaan unggun api yang dilangsungkan di tapak pokok tersebut. Begitu juga
dengan aktiviti penunggangan kuda melepasi celah-celah di tengah.
“Manusia telah melayan
pokok itu dengan buruk sejak berkurun-kurun lamanya, “Ujar Lloyd. Dalam
sebahagian kes, kulit-kulit katu pokok ini malah dicabut untuk menghasilkan
cawan pada abad ke-19M.
Kini dalam sebuah usaha
untuk memelihara DNA pokok purba berkenaan, para penjaga Fortingall Yew telah
melancarkan satu inisiatif bernama Church Yew Tree Project. Inisiatif ini
bertujuan untuk mengedarkan anak-anak pokok yew tersebut ke
perkarangan-perkarangan lain dalam tempoh 10 tahun.
Royal Botanic Garden di
Edinburgh sendiri telah menanam pokok lindung nilai yang diambil dari keratin Fortingall
Yew. Usaha ini disasarkan agar berhasil mencambahkan sekitar 30 hingga 50 anak
pokok yang baru. Selain itu, projek tersebut turut memasang objektif supaya
dapat mengedarkan anak-anak pokok itu ke 20 buah perkarangan gereja menjelang
tahun 2020. Kemerosotan kesihatan yang dialami oleh Fortingall Yew kini
benar-benar telah membuka mata masyarakat tentang kepentingan memelihara baka
pokok purba ini.
“Sekiranya kita
berhasil mendapatkan bakanya, ia bermaksud kita dapat mencambahkannya ke tempat
lain dan kemudian DNA itu akan dipantau dan dipelihara. Kita semua akan
memiliki lebih banyak pokok yew ini,” ujar Lloyd.
- Get link
- X
- Other Apps

