PENGGUBAL UNDANG-UNDANG MAGHRIBI TELAH MENGUNDI UNTUK MEMPERKUKUH BAHASA PERANCIS DI SEKOLAH AWAM

Pautan ke artikel asal:
News Wires. (23 Julai 2019). Moroccan Lawmakers Vote To Bolster French In Public School.
https://www.france24.com/en/20190723-morocco-lawmakers-vote-bolster-french-education-public-schools?ref=tw_i




Penggubal Undang-Undang Maghribi telah meluluskan sebuah draf undang-undang pada petang Isnin lalu. Kelulusan ini akan membawa kepada pengukuhan kedudukan bahasa Perancis di sekolah-sekolah di Maghribi. Hal ini merupakan suatu tindakan yang bertentangan dengan proses Arabisasi di negara berkenaan yang telah berlangsung berdekad-dekad lamanya.

Penggubalan undang-undang ini telah dibahaskan di dalam Dewan Rakyat (Lower House) Maghribi dengan capaian undian 214-4 berserta 21 berkecuali. Kebanyakan ahli dewan yang berkecuali ketika membuat undian ke atas perkara berbangkit itu iaitu penggunaan bahasa Perancis sebagai bahasa pengajaran adalah pihak Islamis PJD yang bersekutu dengan pihak konservatif Istiqlal.

Kandungan teks tersebut akan berkuatkuasa selepas bacaan kedua dibuat di Dewan Pertuanan (Upper House) dan penerbitannya di dalam buletin rasmi.

Sebagai makluman, bahasa rasmi bagi negara tersebut adalah bahasa Arab dan Amazigh atau Berber. Kebanyakan rakyat bercakap bahasa Arab-Maghribi. Bahasa tersebut merupakan campuran antara bahasa Arab dengan bahasa Amazigh yang diadun dengan pengaruh bahasa Perancis dan Sepanyol.


“Bahasa Perancis Tinggi Darjatnya”

Walau bagaimanapun, bahasa Perancis menduduki martabat yang lebih tinggi di dalam bidang perniagaan, pentadbiran dan pendidikan di mana hal ini membuatkan mereka yang berkemampuan untuk bersekolah (mendapatkan pendidikan) di Perancis mempunyai kelebihan ke atas kebanyakan pelajar di negara itu.

Menurut kajian kementerian pendidikan, sebanyak dua daripada tiga orang gagal menamatkan pengajian mereka di universiti awam di Maghribi dan punca utamanya adalah kerana mereka tidak mampu bertutur bahasa Perancis.

Bagi mengekang jumlah keciciran universiti dan menyiapkan rakyat dengan keperluan bahasa (yang dituntut untuk meraih) pekerjaan, kerajaan telah mengusulkan agar memasukkan semula bahasa Perancis sebagai bahasa bagi pengajaran sains, matematik dan subjek teknikal.

Kelas-kelas bagi matapelajaran seperti itu diajarkan di dalam bahasa Arab sehingga peringkat sekolah menengah. Hal ini merupakan suatu yang berbeza dengan pendidikan universiti yang secara umumnya didominasi oleh (penggunaan) bahasa Perancis.

Pengambilan draf undang-undang itu membangkitkan kemarahan penyokong Arabisasi termasuk bekas Setiausaha Agung Parti PJD, Abdelillah Benkirane. Beliau menyifatkan pengenalan semula bahasa bekas penjajah colonial tersebut sebagai suatu pengkhianatan terhadap prinsip parti.

Dua ahli parlimen daripada gabungan parti berhaluan kiri iaitu Omar Balafrej dan Mostafa Chennaoui, telah mengundi tidak menyokong draf tersebut selepas cadangan pemindaan mereka ditolak. Cadangan mereka adalah berkaitan pengenaan cukai ke atas orang kaya dan cukai warisan yang progresif, di mana kutipan tersebut akan digunakan untuk menaja pelan pembaharuan pendidikan.

(REUTERS)

*Kapsyen gambar tajuk Sekeping gambar yang diambil pada 19hb April 2017, menunjukkan sesi parlimen semasa kelangsungan mesyuarat awam bersama yang dikhususkan kepada pembentangan program kerajaan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik di Rabat pada tarikh yang sama