PENGISYTIHARAN 'NEGARA BEBAS IRELAND'

Pautan ke artikel asal:
History.com.(6 Disember 2018). Irish Free State Declared.
https://www.history.com/this-day-in-history/irish-free-state-declared




Negara Bebas Ireland, ataupun The Free Irish State, yang terdiri daripada empat per lima kawasan Ireland, telah diisytiharkan pertubuhannya (pada 6 Disember 1921), sekaligus mengakhirkan lima tahun perjuangan orang Irish dalam menuntut kemerdekaan daripada Britain. 

Sepertimana negara-negara lain yang merdeka daripada empayar Britain, Ireland juga kekal sebagai sebahagian daripada British Komanwel yang secara simboliknya membuatkannya bernaung di bawah (pemerintahan) raja (Britiish). Negara Bebas Ireland kemudiannya memutuskan hubungan dengan Britain dan telah dinamakan semula sebagai Eire, kini dikenali sebagai Republik Ireland.

Inggeris menjajah dan menguasai pulau Ireland semenjak abad ke-12 dan Permaisuri Elizabeth I menggalakkan penghijrahan besar-besaran orang Scottish Protestan pada abad ke-16. Abad-abad seterusnya menyaksikan beberapa buah pemberontakan Irish Katolik yang telah ditumpaskan di saat kumpulan minority Anglo-Irish melebarkan pengaruh mereka ke atas kumpulan majority Katolik.

Ekoran ketiadaan tuan-tuan tanah, rakyat Irish telah beralih kepada ubi kentang sebagai makanan ruji dan semasa Kebuluran Ubi Kentang melanda negara itu pada tahun 1840-an, kira-kira sejuta orang telah meninggal dunia akibat kebuluran dan hampir dua juta yang lain melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Sebuah gerakan untuk meraih kekuasaan sendiri telah mendapat sokongan pada lewat abad ke-19, dan pada tahun 1916, pihak nasionalis Irish telah melancarkan Kebangkitan Easter bagi menentang pihak pemerintah British di Dublin. Pemberontakan itu berjaya ditundukkan, namun keinginan untuk merdeka yang telah tersebar secara meluas masih lagi menyala dengan kuat.

Pada tahun 1919, Irish Republican Army (IRA) telah melancarkan kempen gerila yang meluas dan efektif bagi melawan ketumbukan British. Pada tahun 1921, sebuah gencatan senjata berjaya dicapai dan pada bulan Januari 1922, sebuah kumpulan daripada nasionalis Irish telah menandatangani sebuah perjanjian damai dengan Britain, yang menyaksikan pemisahan Ireland – di mana bahagian selatannya mencapai autonomi manakala enam daerah lagi masih kekal di bawah United Kingdom.

Perang Saudara turut tercetus, sebaik sebelum pengisytiharan Negara Bebas Ireland pada 6hb Disember 1922. Peperangan ini berakhir dengan Ketumbukan Irish Republican berjaya ditundukkan oleh Irish Free State pada tahun 1923. Sebuah perlembagaan kemudiannya digubal oleh orang Irish pada tahun 1937 di mana perlembagaan tersebut mengisytiharkan Ireland sebagai sebuah negara berdaulat, merdeka dan demokratik di samping Negara Bebas Ireland akan dinamakan sebagai Eire. Eire mengambil pendirian neutral semasa Perang Dunia Kedua dan pada tahun 1949, Akta Republik Ireland, telah memutuskan semua hubungan dengan Komanwel.

Walau bagaimanapun, konflik masih lagi berlaku di Ireland Utara dan IRA yang diharamkan di selatan, telah menjadi subsersif bagi mendapatkan kembali daerah utara yang masih dikawal oleh Britain. Ketegangan di antara pihak Protestan dan Katolik di Ireland Utara telah meningkat secara mendadak pada awal 1970-an sehingga kini, yang mana telah mengorbankan lebih daripada 3000 nyawa.