- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Sumaya El-Zahe. (2018).
Did You Know That The World’s Oldest Bread Has Been Found in Jordan? Mvslim.
Amaia Arranz-Otaegui,
seorang penyelidik arkeobotani dari Universiti Copenhagen bersama
rakan-rakannya mempercayai bahawa roti tersebut dibuat oleh kaum Natufia. Kaum
Natufia merupakan pemburu dan pengumpul hasil semula jadi di Levant yang
mengamalkan gaya hidup tetap.
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Roti paling tua di
dunia telah ditemukan oleh ahli-ahli arkeologis di Jordan (pada tahun 2018). Serdak
roti yang hangus itu dijumpai pada batu pendiangan di sebuah tapak yang
terletak di Gurun Hitam, Jordan dan dijangka berusia kira-kira 14 400 tahun
yang lalu.
Roti leper yang mirip
seperti roti pita yang kita kenali pada hari ini diperbuat daripada bijirin-bijirin
yang dikisar menjadi tepung. Antara bijirin tersebut adalah gandum einkorn, oat
dan barli serta ubi bolboschoenus glaucus. Roti tersebut dimasak di
sebuah pendiangan berbentuk bulat yang dibina di tanah bersama batu-batuan
basalt yang rata.
Arranz-Otaegui
memaklumkan kepada Euronews bahawa “kami sememangnya mengetahui bahawa Natufia
ini merupakan suatu kaum yang kompleks – mereka membina bangunan dengan
batu-bata dan menghasilkan gambaran seni. Pembuatan roti malah menambah senarai
tersebut – mereka membuat banyak perkara yang menjadi permulaan kepada hampir
segalanya.”
Para penyelidik berjaya
menghasilkan semula roti tersebut dengan bahan yang sama dan mengatakan bahawa
rasa roti itu agak lazat, masin dan sedikit manis.
Sebelum roti di Jordan
ini ditemukan, roti tertua yang pernah ditemui berasal dari sebuah tapak di
Turki yang dipercayai berusia 9100 tahun. Selain memperbaharui tarikh
penghasilan roti yang ternyata telah dibuat jauh lebih awal, penemuan ini turut
menunjukkan bahawa manusia telah pun mula membuat roti sebelum membangunkan
agrikultur – dan asal-usul roti tidak seharusnya dikaitkan dengan
masyarakat-masyarakat petani awal.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Roti Paling Tua Di Dunia Ditemui!’
- Get link
- X
- Other Apps


