- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
John Black. (1 April 2019). The Powerful Symbol of the Swastika and its 12 000
Year History. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/symbol-swastika-and-its-12000-year-old-history-001312
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/symbol-swastika-and-its-12000-year-old-history-001312
Penterjemah:
A.D. Alexander
Swastika merupakan sebuah simbol yang digunakan pada
abad ke-20 oleh salah seorang manusia paling dibenci di dunia. Simbol tersebut
kini menggambarkan kejadian pembunuhan jutaan orang manusia dan mengenangkan
salah satu peperangan yang paling menghancurkan pernah berlaku.
Tetapi, Adolf
Hitler bukanlah manusia pertama yang menggunakan simbol Swastika. Pada
hakikatnya, ia telah digunakan dalam pelbagai budaya dan benua sebagai simbol
yang positif lagi berkuasa selama ribuan tahun sebelum hayat Hitler.
PERMULAAN SPIRITUAL BAGI SWASTIKA
Bagi penganut agama Hindhu dan Buddha di India serta
negara-negara Asia yang lain, swastika merupakan satu simbol penting sejak
ribuan tahun dahulu dan sehingga ke hari ini, simbol tersebut masih boleh
dilihat dengan begitu banyak di kuil, bas, teksi dan kulit buki. Simbol ini
juga digunakan oleh tamadun Yunani dan Rom purba, dan kesan tinggalannya dapat
dijumpai dalam runtuhan kota purba Troy yang wujud pada 4000 tahun yang lalu.
Bangsa Druids dan Celts purba juga menggunakan simbol swastika dan ianya dapat
dilihat menerusi pelbagai artifak yang telah ditemui. Swastika turut digunakan
oleh bangsa Nordic dan bahkan masyarakat awal Kristian. Antara lain termasuklah
Pahlawan Teutonik, iaitu sebuah angkatan tentera di zaman pertengahan Jerman
yang menjadi anggota di bawah Gereja Katolik.
Akan tetapi, mengapa simbol ini sangat penting dan
mengapa juga Adolf Hitler memutuskan untuk menggunakan simbol swastika?
![]() |
| Swastika merupakan simbol yang dijumpai dalam pelbagai budaya, dengan makna yang berbeza, dilukis dalam pelbagai bentuk |
ZAMAN SWASTIKA SEBAGAI SIMBOL POSITIF
Perkataan ‘swastika’ berasal dari bahasa Sanskrit
(svastika) yang bermaksud ‘kesejahteraan’, ‘kewujudan yang baik’ dan ‘tuah yang
baik’. Walau bagaimanapun, simbol tersebut turut dikenali dengan nama yang berbeza
di negara-negara lain – seperti ‘Wan’ di Cina, ‘Manji’ di Jepun, ‘Fylfot’ di
England, ‘Hakenkreuz’ di Jerman dan ‘Testraskelion’ atau ‘Tetragammadion’ di
Yunani.
![]() |
| Mozek Swastika di tapak penggalian gereja Byzantine di Shavei Tzion (Israel) |
Pada tahun 1979, seorang pengkaji Sanskrit, P. R.
Sarkar mengatakan bahawa makna yang lebih mendalam bagi perkataan itu
(swastika) adalah ‘kemenangan abadi’. Beliau juga mengatakan bahawa seperti
mana-mana simbol, ia boleh mempunyai makna yang positif dan makna yang negatif
bergantung kepada cara ia dilukis. Oleh kerana itu, di dalam agama Hindu,
swastika kanan yang digambarkan di bawah ini merupakan simbol bagi Dewa Vishnu
dan Matahari, manakala swastika kiri adalah simbol bagi Kali dan Sihir.
Makna lain bagi simbol ini adalah perkara biasa
dalam tradisi kuno, seperti contoh, simbol pentagram (bintang berbucu lima),
yang dilihat sebagai negatif apabila menunjuk ke bawah dan positif jika
menunjuk ke atas.
SIMBOLISTIK SELAMA 12 000 TAHUN
Swastika paling awal pernah ditemui manusia dijumpai
di Mezine, Ukraine. Simbol tersebut diukir pada patung gading yang dapat dijejak
sejak 12 000 tahun yang lalu. Salah satu kebudayaan yang paling awal
menggunakan simbol swastika adalah budaya Neolitik di Eropah Selatan, tepatnya
di kawasan Serbia, Croatia, Bosnia dan Herzegovina moden, yang dikenali sebagai
budaya Vinca – sebuah budaya yang bermula sekitar 8000 tahun yang lalu.
![]() |
| Corak Swastika pada gelang tulang Mammoth dari Mizyn |
Dalam agama Buddha, swastika adalah lambang
kekayaan, kemakmuran, kelimpahan dan kekekalan. Ia berkait secara langsung dengan
Buddha dan boleh dijumpai diukir pada patung-patung di tapak kakinya dan di
hatinya. Dikatakan bahawa ia mengandungi fikiran Buddha.
![]() |
| Patung kayu Buddha dengan gamadian (swastika) |
Padang dinding-dinding kubur Kristian di Rom, simbol
Swastika muncul di sebelah perkataan "ZOTIKO ZOTIKO" yang bermaksud
"Kehidupan kehidupan". Ia juga boleh dijumpai di bukaan tingkap
gereja misteri Lalibela Rock di Ethiopia, dan di pelbagai gereja lain di
seluruh dunia.
![]() |
| Simbol swastika pada tingkap gereja Lalibela Rock |
![]() |
| Contoh Swastika di gereja Kristian |
![]() |
| Kiri, Mangkuk Samarra di Pergamonmuseum, Berlin. Swastika di tengah corak merupakan rekaan semula. Kanan, Pencarian makam Thera purba, 8 hingga 7 abad sebelum masihi. Archeological Museum of Fira |
Dalam mitos Nordik, Odin digambarkan melalui ruang seperti
sebuah cakera yang berputar atau swastika yang melihat ke bawah ke semua dunia.
Di Amerika Utara, swastika digunakan oleh Navajos. Dalam masyarakat Yunani
purba, Pythagoras menggunakan swastika dengan nama 'Tetraktys' dan ia adalah
simbol yang menghubungkan antara langit dan bumi, dengan bahagian kanan yang
menunjuk ke langit dan bahagian kirinya menunjuk ke bumi.
Simbol swastika juga digunakan oleh masyarakat
Phoenicia sebagai simbol Matahari dan ia merupakan simbol suci yang digunakan
oleh para paderi wanita.
![]() |
| Swastika, lambang matahari Phoenicia, pada batu Phoenicia Craig-Narget di Scotland, dan pada jubah seorang paderi wanita Phoenicia |
Bagaimana dan mengapa boleh begitu banyak negara dan
budaya selama zaman-berzaman menggunakan simbol yang sama dan secara kebetulan
memiliki permaknaan yang sama?
Ironik dan malangnya, simbol kehidupan dan keabadian
yang dianggap suci selama ribuan tahun telah menjadi sebuah simbol kebencian.
Imej atas: Dekorasi lampu tanah liat swastika (diya)
di Varanasi, India pada festival Dev Diwali.
SUMBER
- Jennifer. Rosenberg. (25 Mei 2019). Learn the History of the Swastika. ThoughtCo.
- Esoteric Online. (n.d.). About Swastika.
- Get link
- X
- Other Apps









