- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
DHWTY. 24 Februari
2019. Ubasute: Is the Ancient Tradition of Dumping the Elderly in a Forest
Encouraging Modern Murder? Ancient Origins.
Ubasute merupakan satu amalan masyarakat Jepun dari zaman silam di mana warga tua yang uzur dibuang ke tempat yang terpencil untuk dibiarkan meninggal dunia di sana. Walaupun kisah berkenaan amalan ubasute ini tercantum di dalam legenda-legenda masyarakat Jepun, tidak dapat dipastikan secara tuntas sama ada ia merupakan satu amalan yang lazim dilakukan pada zaman dahulu ataupun tidak.
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Ubasute merupakan satu amalan masyarakat Jepun dari zaman silam di mana warga tua yang uzur dibuang ke tempat yang terpencil untuk dibiarkan meninggal dunia di sana. Walaupun kisah berkenaan amalan ubasute ini tercantum di dalam legenda-legenda masyarakat Jepun, tidak dapat dipastikan secara tuntas sama ada ia merupakan satu amalan yang lazim dilakukan pada zaman dahulu ataupun tidak.
Apa yang pasti, pada
hari ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa amalan ubasute ini ‘dihidupkan
semula’ di Jepun moden – walaupun sudah tentu bentuknya sedikit berbeza.
![]() |
| Wanita tua yang ditinggalkan |
SEBUAH KAEDAH
PEMBUNUHAN WARGA EMAS
Ubasute juga dikenali
sebagai obasute. Ia diterjemahkan secara literal sebagai satu perbuatan
‘meninggalkan wanita tua’. Dalam keadaan lain, ia turut dikenali sebagai
oyasute yang bermaksud ‘meninggalkan ibu bapa’. Ubasute merupakan satu bentuk
pembunuhan warga emas (senicide) yang melibatkan perbuatan meninggalkan
individu yang telah lanjut usia di kawasan pergunungan ataupun tempat-tempat
terpencil lain dan dibiarkan mati di sana.
Satu tempat yang
dianggap sebagai lokasi lazim bagi amalan ubasute pada zaman silam adalah hutan
lebat di kawasan barat daya kaki Gunung Fuji yang dikenali sebagai Aokigahara
(atau Jukai, yang bermaksud ‘Lautan Pokok’).
![]() |
| Hutan Aokigahara |
LEGENDA-LEGENDA UBASUTE
Ubasute merupakan satu
amalan yang tercantum dalam sejumlah legenda Jepun. Walaupun hikayat-hikayat
yang memerihalkan ubasute ini bercerita tentang perbuatan meninggalkan warga
tua, pada hakikatnya ia bertujuan untuk menerapkan nilai ketaatan kepada orang
tua dan mendidik masyarakat pada masa itu supaya tidak meninggalkan ibu bapa.
Salah satu hikayat
berkenaan ubasute yang paling masyhur adalah Ubasuteyama, yang bermaksud Gunung
Ubasute. Di dalam hikayat ini, seorang ibu yang telah lanjut usianya digendong
oleh anak lelakinya untuk dibawa ke kawasan pergunungan – dengan tujuan untuk
meninggalkan warga emas itu di sana.
Walaupun si ibu
menyedari apa yang sedang dilakukan oleh anaknya itu, beliau tetap mencurahkan
keprihatinan terhadap si anak dengan menyelerakkan ranting-ranting di tanah
supaya anaknya itu dapat mencari jalan pulang semasa menuruni gunung dalam
perjalanan pulang kelak. Kisah ini menitikberatkan perihal kasih-sayang seorang
ibu terhadap anaknya – satu nilai murni daripada seorang ibu yang amat memilukan
walaupun beliau menjadi mangsa ubasute.
![]() |
| Wanita tua yang merupakan mangsa ubasute sedang termenung |
Terdapat satu lagi
hikayat lain yang datang daripada India menerusi Cina pada abad ke-6M. Hikayat
ini mengisahkan tentang seorang raja yang membenci warga emas. Raja tersebut
memperkenalkan satu polisi yang mirip dengan ubasute – iaitu mana-mana
rakyatnya yang telah mencecah usia 70 tahun akan dibuang negeri.
Dalam kalangan
menterinya, terdapat seorang menteri yang sangat mengasihi ibunya sampaikan apabila
usia ibunya itu mencecah 70 tahun, beliau bertindak menggali sebuah ruang
rahsia bawah tanah di rumahnya dan menyembunyikan ibunya di sana – supaya tidak
dibuang negeri oleh kerajaan.
Beberapa tahun
kemudian, seorang pemerintah dari kerajaan jiran menghantar dua ekor kuda yang
saling mirip antara satu sama lain kepada si raja tersebut; menyuruhnya supaya
meneka kuda yang mana ibu dan kuda yang mana adalah anak. Jika raja itu gagal
menjawab teka-teki tersebut, maka kerajaannya akan diserang. Lantas, raja itu
pun mendapatkan khidmat nasihat menteri tadi.
Walaupun menteri tersebut tidak
mampu menjawab soalan yang dikemukakan oleh pemerintah dari kerajaan jiran,
beliau mengenali seseorang yang mungkin mampu menyelesaikan teka-teki itu.
Maka, beliau pun pulang dan bertemu dengan ibunya.
Menurutnya, ibunya itu
sudah hidup lama dan sudah tentu pernah mendengar teka-teki seperti itu.
Sangkaan si menteri itu tepat. Ibunya menyuruh beliau meletakkan rumput di
hadapan dua ekor kuda itu. Menurut si ibu, kuda yang melangkah ke belakang dan
membiarkan kuda yang lain makan adalah ibu kuda.
Selepas soalan itu
berjaya dijawab dengan tepat, terdapat sejumlah lagi soalan teka-teki yang
menyusul dan setiap satunya dijawab oleh menteri tersebut atas tunjuk ajar
ibunya. Akhirnya, pemerintah dari kerajaan jiran itu pun berputus-asa. Pada
mulanya ingin menyerang kerajaan si raja itu, kini dia malah bersekutu
dengannya pula.
Oleh kerana berasa
kagum dengan keupayaan menterinya itu, si raja pun memanggilnya supaya datang
menghadap dan menceritakan bagaimana beliau mampu menjawab segala soalan
teka-teki itu. Menteri itu menceritakan perkara yang sebenarnya – bagaimana
beliau meminta tunjuk ajar daripada ibunya. Takdir menetapkan bahawa hikayat
ini diakhirkan dengan baik.
Raja itu tidak naik
marah tatkala mendengar jawapan menterinya itu (yang melanggar polisi yang
dititahkannya), sebaliknya beliau menyedari kesilapannya dalam mengeluarkan
arahan polisi sedemikian. Lantas, si raja itu pun menarik semula perintah
kejamnya terhadap warga tua dan melayan mereka dengan baik.
![]() |
| Raja India di singgahsananya. (Muzium Kesenian San Diego) |
ADAKAH UBASUTE INI
SEKADAR HIDUP DALAM KISAH RAKYAT ATAU BENAR-BENAR BERLAKU?
Amalan ubasute ini
hanya berlaku secara meluas di dalam kisah rakyat, memandangkan tidak ada bukti
yang cukup untuk menunjukkan bahawa ia merupakan amalan lazim di zaman silam.
Apapun, kisah-kisah tersebut telah membawa kepada berlakunya perbuatan ubasute
di di zaman moden.
Misalnya pada tahun
2015, dilaporkan bahawa seorang lelaki berusia 63 tahun dituduh meninggalkan
kakaknya yang cacat di kaki gunung untuk dibiarkan mati di sana. Perbuatan
tersebut dilakukan pada tahun 2011. Dalam laporan lain pada tahun 2018, seorang
wanita ditahan kerana meninggalkan bapanya yang telah uzur di sebuah stesen
perkhidmatan jalan raya.
Akibat ditekan oleh
kemiskinan, terdapat lebih ramai individu yang menghantar orang tua mereka ke
hospital dan jabatan-jabatan kebajikan. Memandangkan jumlah warga emas di
negara tersebut terus meningkat di samping kadar kesuburan pula menurun dan
diiringi pula oleh tekanan ekonomi, dilihat seakan-akan amalan ini bakal
menjadi satu kelaziman di masa akan datang.
![]() |
| Menteri kewangan Jepun menyuruh warga emas agar ‘lekas mati’ untuk membantu mengurangkan bil kebajikan yang ditanggung kerajaan |
SUMBER
- Haiyuna, 2017. Chilling Legends: Ubasute.
- Hoffman, M., 2010. Aging through the ages.
- Ryall, J., 2015. Man admits abandoning disabled sister in forest.
- Samson, C., 2017. Poor Japanese Families are Reviving the Heartbreaking Tradition of ‘Granny Dumping’.
- Shomaker, T., 2017. Japan's Haunted Forest.
- South China Morning Post, 2018. Japanese tradition of abandoning elderly in remote spot is alive and well.
- Weller, C., 2017. Japanese people who can’t afford elder care are reviving a practice known as ‘granny dumping’.
- Get link
- X
- Other Apps





