- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Regina Bailey. (24 Mei 2019). Fascinating Animal Facts. ThoughtCo.
https://www.thoughtco.com/fascinating-animal-facts-373895
https://www.thoughtco.com/fascinating-animal-facts-373895
Penterjemah:
Alam Bahasa
Dunia kita dipenuhi
dengan haiwan serta keunikannya yang tersendiri. Haiwan-haiwan ini memiliki
ciri tertentu yang mungkin kelihatan aneh kepada kita, tetapi ianya merupakan
suatu keperluan untuk mereka meneruskan hidup. Ciri tersebut mungkin berfungsi
sebagai mekanisme pertahanan untuk membantu haiwan tersebut menghindarkan diri
dari haiwan pemangsa ataupun untuk membantu mereka mencari makanan. Berikut
adalah sepuluh fakta mengenai haiwan yang mungkin boleh mengejutkan anda.
10. Katak mempunyai
gegendang telinga di bahagian luar kepala mereka. Katak tidak mempuyai
bahagian luar telinga seperti manusia, namun mereka mempunyai bahagian dalam
dan tengah telinga serta luaran gegendang telinga yang dikenali sebagai ‘tympanum’.
9. Memerang laut
sentiasa terapung di permukaan air menggunakan bahagian badan belakang mereka
semasa makan. Mamalia laut ini memakan haiwan seperti siput, kerang, kepah
dan kima dengan cara sedemikian. Bulu mereka yang teramat lebat itu melindungi
mereka daripada kesejukan air semasa mereka sedang makan.
8. Beruang kutub
sememangnya kelihatan berwarna putih, namun mereka mempunyai kulit yang
berwarna hitam. Tidak seperti beruang lain, bulu mereka lutsinar dan
memantulkan cahaya tampak. Hal ini membolehkan beruang kutub yang hidup di
dalam kawasan artik tundra untuk bercampur dengan persekitaran bersalji itu.
7. Ular sentiasa
membuka mata mereka walaupun semasa tidur. Ular tidak menutup mata kerana tidak
mempunyai kelopak mata. Mereka mempunyai ‘brille’ (sisik pada mata) yang
menutup mereka dan turut tertanggal semasa mereka bersalin kulit.
6. Cengkerik mempunyai
telinga di bahagian hadapan kakinya. Telinganya yang terletak di bawah lutut
merupakan antara telinga yang paling kecil dalam dunia haiwan. Selain
cengkering, telinga belalang juga berada di bahagian kaki mereka.
5. Tenggiling mampu
mendengar dan menghidu anai-anai dan semut. Mereka menggunakan lidah yang
panjang untuk mencapai kawasan busut anai-anai dan semut yang dalam. Haiwan
tersebut mampu memakan ribuan serangga dalam masa satu malam.
4. Ular tedung mampu
membunuh dengan satu gigitan seawal sejurus mereka dilahirkan. Bisa anak ular
tedung sama seperti tedung dewasa. Gigitan mereka berbahaya kerana mampu
menyuntik bisa dalam jumlah yang banyak hanya dalam satu gigitan. Bisa tersebut
mengandungi neurotoksin yang memberi kesan kepada pusat saraf lalu
mengakibatkan lumpuh, kegagalan sistem pernafasan dan kematian.
3. Burung jenjang
mempunyai lutut yang mampu membengkok ke belakang. Sebenarnya, apa yang
kelihatan seperti lutut itu adalah buku lali dan tumitnya. Kaki haiwan ini
terletak hampir dengan badannya dan tersorok di bawah bulunya.
2. Udang pistol
memerangkap mangsanya dengan memberi kejutan berupa bunyi bising yang
dihasilkan oleh kukunya. Bunyi terseut sangat kuat sehingga ia mampu
mengejutkan dan malah membunuh mangsanya. Bunyi yang terhasil itu mampu
mencapai 210 desibel di mana ia lebih kuat berbanding bunyi tembakan
pistol.
1. Sebahagian spesis
Lelabah Bunga Australia memakan ibunya apabila sumber makanan menjadi terhad.
Ibunya sanggup mengorbankan diri dengan menggalakkan anaknya yang masih kecil
untuk menyerang,menghancurkan isi dalam dan malah memakan dirinya. Kanibalisme
seperti ini juga boleh dilihat pada spesis lelabah yang lain.
- Get link
- X
- Other Apps
